Shopee Memperkasa Penjual untuk Suai Padan Produk buat Rakyat Malaysia

Penjual #ShopeeSapotLokal, Lampu Cherita dan HomeDecoStore memperoleh motivasi tinggi daripada pelanggan yang merupakan aset utama perniagaan mereka. Dedikasi mereka dalam mencipta rekaan tersendiri dan memberikan khidmat pelanggan terbaik telah menghasilkan satu pengkalan pelanggan setia, sementara membentuk perkembangan perniagaan berasaskan nilai dalam talian. Mereka menggunakan ciri-ciri Shopee interaktif seperti Shopee Seller Chat, Shopee Live, dan permainan Shopee Prizes dalam berkomunikasi dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas dua hala, memahami nilai dan minat.

Mohd Zaid Othman (kiri), pengasas Lampu Cherita*, memahami kehendak rakyat Malaysia untuk memiliki lilin wangi berkualiti tinggi seperti jenama antarabangsa, tetapi pada harga mampu milik. Zaid mencipta lilin wangi soya (soy wax) 100% bersumber tempatan dan mesra alam pada harga serendah RM7.00. Zaid aktif berkomunikasi dengan pelanggan melalui Shopee Seller Chat untuk memberi cadangan dan penjelasan peribadi tentang bagaimana pelbagai rangsangan wangian lilin boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini telah membawakan rating 4.9 bintang daripada 19 ribu review dan 23 ribu followers kepada Lampu Cherita sejak beroperasi di Shopee lima tahun lalu. 


Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Zaid mendapat bantuan daripada keluarganya dan mengambil dua pekerja sambilan. Beroperasi di rumahnya di Cheras, mereka tuang tangan dan cipta khusus secara teliti 50 ke 100 lilin wangi setiap hari. Produk terlaris Lampu Cherita ialah Scented Candle 200ML yang terjual hampir 30 ribu unit. Antaranya wangian inspirasi Malaysia seperti Klasik, Pandan, Lychee, Coconut, dan Lime Basil Mandarin. 


“Empat tahun lalu, apabila saya tidak mampu untuk membeli lilin wangi mahal, saya memulakan misi saya untuk menawarkan pengalaman lilin wangi terbaik buat rakyat Malaysia tanpa berbelanja besar. Menggunakan 100% soya (soy wax) yang bersumber daripada Selangor dan Kuala Lumpur, saya menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Menerusi interaksi saya bersama pelanggan melalui Shopee Seller Chat, saya percaya rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menyokong produk tempatan yang mampu bersaing dengan jenama antarabangsa dari segi kualiti dan nilai. Terima kasih kepada Shopee, saya mempunyai platform untuk menghubungi lebih ramai rakyat Malaysia, dan dengan dedikasi tidak ternilai kakitangan berbakat saya, perniagaan saya telah berkembang 10 kali ganda. Kami berbangga dapat menghasilkan lilin wangi berkualiti tinggi dan mampu milik yang sejajar dengan cita rasa rakyat Malaysia,” kata Zaid. 


Edward Wong, pemilik HomeDecoStore**, menemui potensi produk hero terkininya iaitu sejadah mini dengan mendengar maklum balas penting daripada kakitangan Muslimnya. Mereka mengetengahkan kepada Edward bahawa terdapat permintaan tinggi (tetapi kurang bekalan) untuk pilihan berkualiti tinggi dan mampu milik dalam kategori ini. Sejak melancarkan HDS Sejadah Muka dua bulan lalu, ianya kini menjadi produk terlaris HomeDecoStore. Permintaan stabil dan pembelian secara pukal sehingga 10 ribu helai dalam dua hingga tiga minggu selalu dibeli pelanggan sebagai hadiah majlis istimewa seperti kenduri.

"Saya percaya apa yang membezakan saya dengan penjual lain adalah kerana saya mencipta rekaan sejadah unik tersendiri. Saya bertanya kepada pelanggan tentang rekaan dan cita rasa kegemaran mereka setiap kali saya berkomunikasi dengan mereka dalam Shopee Live. Input bernilai ini berguna untuk saya mereka sejadah, pada masa yang sama menghormati sensitiviti agama. Tambahan lagi, saya dapat mempamerkan produk saya secara terperinci dalam Shopee Live, sekaligus meraih jualan serta-merta. Perkenalan ciri permainan seperti Shopee Coins dan Spin the Wheel amat penting untuk mengekalkan pembabitan pelanggan dan memberi ganjaran kepada mereka dalam mengekalkan kesetiaan,” kata Edward.

Komitmen Edward dalam menawarkan produk relevan, mengkaji tawaran daripada pesaing, dan mendapatkan bekalan daripada pembekal boleh dipercayai telah membuahkan HomeDecoStore 34 ribu pelanggan setia di Shopee. HomeDecoStore telah menjana 4.9 bintang rating daripada lebih 10 ribu review dan mengekalkan Chat Perfomance 100% dalam beberapa minit; selama empat tahun di Shopee.

Lampu Cherita dan HomeDecoStore telah berjaya menepati nilai pelanggan mereka dengan menerapkan cita rasa tempatan dalam rekaan berinovatif lilin wangi dan sejadah. Pembabitan pelanggan secara proaktif yang menggalakkan dialog dan interaksi secara langsung dalam platform Shopee telah membolehkan mereka mengembangkan perniagaan tempatan mereka yang termasuk pembekal dalam ekonomi. Minat mereka dalam memelihara warisan rakyat Malaysia terserlah dalam penawaran produk yang memberi pilihan mampu milik yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. 




Shopee Memperkasa Penjual untuk Suai Padan Produk buat Rakyat Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 15, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.