Restoran Mai Kedaghah Puspa Gomen Menawarkan Pelbagai Hidangan Inspirasi Dari Padang Besar

Ampa bayangkan kalau tiba-tiba mengidam nak makan laksa kuah padu yang biasanya kita boleh dapat hanya belah-belah utara. Sekarang pergi kawasan Sepang dekat KLIA dekat-dekat jam 4 petang, boleh dapat dah rasa laksa di Restoran Mai Kedaghah.


Itu baru cerita tentang laksa dan sebenarnya di sini ada pelbagai makanan belah utara yang sedap-sedap. Boleh dikatakan Restoran Mai Kedaghah ini menawarkan variasi hidangan Padang Besar antaranya seperi Char Kue Teow,  Nasi Ayam Penyet. Mukbang Seafood, Garam Belacan bersama jambu dan mangga serta pelbagai lagi.

Restoran Mai Kedaghah ini diusahakan suami isteri tiktoker yang cukup popular iaitu Puspa Gomen dan juga Kasyah. Baru sahaja dibuka pada 16 Julai yang lalu. Lokasi restoran di Sepang dan berdekatan dengan KLIA. Beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam.


Figura Puspa Gomen ini cukup terkenal dengan video komedi yang mencuit hati. Mula aktif di platform tiktok sejak tahun 2018 dengan pelbagai jenis konten yang menghiburkan. Untuk info, Puspa Gomen juga ada mengeluarkan single yang bertajuk Abiy Sayang dan kini dalam proses memperkenalkan single keduanya. Puspa Gomen juga pernah terlibat dalam beberapa siri rancangan realiti dan juga pernah berlakon dalam drama bersiri satu ketika dulu.

Melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan, Puspa Gomen dan suami memilih kedai makanan memandangkan mereka berdua memang suka makan dan sangat menghargai masakan tradisi lama dari negeri asal Puspa Gomen iaitu Perlis.

Antara hidangan yang korang boleh cuba jika ke Restoran Mai Kedaghah seperti:-


Laksa - Memang rekomen, kuah padu kaya dengan isi ikan (tidak kedekut ya). Makan panas-panas memang terbaik thoq!


Mukbang Seafood - Ada pelbagai jenis hidupan laut didalam satu talam. Ada sotong, udang, kerang dan pelbagai lagi. Istimewanya diniikmati bersama sos hijau. Bagi saya sos  hijau homemade ini memang antara yang sedap pernah saya cuba.


Ikan Miang Pla Pao - Ikan siakap yang digoreng garing, ada suhun dan juga salad. Ikan masih panas-panas dinikmati bersama sos hijau homemade.


Nasi Ayam Penyet - Untuk set nasi ayam penyet didatangkan bersama sambal. Kita boleh pilih samada desit (pedas giler) ataupun manjah (kurang pedas). Selain ayam terdapat juga ikan talapia dan ikan keli/




Char Kue Teow - Ini juga antara hidangan yang menjadi tumpuan pelanggan jika datang ke sini. Ada pelbagai jenis Char Kue Teow ditawarkan iaitu samada kerang, ketam, udang dan juga kambing.

Nasi Ayam Kunyit Rohani - Nasi bajet didatangkan dengan ayam goreng kunyit resepi daripada ibunda Puspa sendiri. Set ini juga ada sup. Harga sepinggan RM5 sahaja,


Kerabu Maggi - Rasa padas, masam-masam manis dengan limpahan hidupan laut dan maggi.


Colek garam belacan - Istimewa untuk sos garam belacan ini adalah resepi Puspa Gomen sendiri. Memang sedap dinikmati bersama buah jambu dan mangga muda.


Tomyam Goong - Tom yam yang boleh dinikmati samada bersama nasi, bihuun, kue teow ataupun mee.


Ayam Kiecap Desit-  Lebih kurang dengan ayam kicap 3 budak gemuk. Cumanya ayam kiecap desit tidaklah terlalu pedas sangat. Just nice, saya suka :-)

Di Restoran Mai Kedaghah memang ada pelbagai jenis minuman tapi dalam banyak minuman di sini saya paling rekomen 3 minuman ini.


Ayaq Kedaghah - sangat besar ya saiz gelas minuman ini. Minuman yang seolah air bandung tetapi tidak diletakkan susu tetapi digantikan dengan laici. Sedap teruk!


Milo Taboq Kedaghah - Begitu juga dengan air mili taboq ini. Juga didatangkan dengan saiz sangat besar dan paling penting ianya tidak manis. Kemanisan sedang-sedang elok sahaja tapi yang best milo yang ditaboq memang banyak ya.


Teh Tarik Kedaghah - Minuman panas yang cukup istimewa. Dengan buih-buih yang cukup banyak, seimbang rasa teh dan susu.


Secara personal saya memang sukakan menu-menu yang ditawarkan di sini. Nampak biasa tapi dari segi rasa memang luar biasa. Jika saya datang lagi, laksa kedah dan mukbang antara hidangan yang akan saya nikmati terlebih dahulu. Begitu juga dengan ayaq kedaghah memang boleh minum sampai pengsan.


Tahniah kepada Puspa Gomen dan Kasyah diatas pembukaan kedai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan inspirasi daripada Padang Besar, Perlis.


Bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan boleh hubungi di talian 012-7020010 (admin untuk Restoran Mai Kedaghah).
Restoran Mai Kedaghah Puspa Gomen Menawarkan Pelbagai Hidangan Inspirasi Dari Padang Besar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 04, 2023 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.