Sepetang Bersama Azira Shafinaz Dengan BOH Pure Green Tea Berwajah Baru

Sepetang bersama selebriti Azira Shafinaz  yang juga merupakan duta terbaru BOH Pure Green Tea di Aurium The Garden Mall . Majlis yang cukup santai dan meriah ini turut dihadiri pengamal media KOL serta wakil dari pihak BOH sendiri.

Sepetang Bersama Azira Shafinaz Dengan BOH Pure Green Tea Berwajah Baru

Ucapan aluan dari Jason Foo, CEO of BOH Plantations

Di majlis yang sama turut diperkenalkan pek BOH Pure Green Tea berwajah baru dan pelancaran secara rasmi pek terkini BOH yang  bakal berada di pasaran. Selain itu turut diadakan sesi demonstrasi penyediaan minuman Passion of Bunga Raya dengan salah satu ramuannya adalah BOH Pure Green Tea. 

Passion of Bunga Raya

Saya sendiri telah mencuba ternyata seteguk rasa memang memberi kepuasan, segar dan ianya cukup sempurna. 

BOH Pure Green Tea Kini Berwajah Baru


BOH Pure Green Tea kini didatangkan dalam wajah baru, namun tetap mengekalkan rasa yang sama. Tetap hebat seperti dahulu dari segi rasa dan aromanya. Pembungkusan yang terkini tampil lebih segar berwarna, kemas dengan suntikan rekaan elemen moden. Lebih menarik pembungkusan diperkemaskan dengan bahan bersumberkan mampan – Forest Stewardship Council (FSC).

BOH Pure Green Tea Memberi Rasa Teh Hijau Sebenar
Teh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Penyelidikan banyak telah dijalankan dan membuktikan teh hijau sarat dengan antioksida serta nutrien yang baik untuk badan dan minda. Hakikatnya teh hijau telah digunakan sebagai kaedah perubatan sejak beribu tahun lalu.

Hidangan dengan sedikit rasa suntikan teh BOH.

BOH Pure Green Tea dihasilkan daripada 100% daun teh hijau memberikan rasa autentik teh hijau sebenar. Menikmati secangkir BOH Pure Green Tea ianya dapat menyegarkan kita serta mencegaskan minda. Nah! Tidak hairanlah mengapa BOH Pure Green Tea menjadi pilihan alternatif untuk minuman yang sihat.

Rehat sejenak dari Kesibukan Kehidupan Bersama Azira Shafinaz ~ Wellness in A Cup
Azira Shafinaz adalah selebriti yang cukup dikenali di Malaysia. Perwatakannya yang lembut, cergas dan bertenaga sering mencuri perhatian terutama dikalangan anak muda. Di majlis pengenalan pembungkusan baru BOH Pure Green Tea, Azira turut berkongsi tentang amalan gaya hidup sihatnya setiap hari. 


Sebagai peminat teh, Azira tidak menolak BOH Pure Green Tea sangat membantu beliau mengekalkan amalan gaya sihat. 


Usai acara rasmi, semua tetamu jemputan yang hadir diberikan pas tontonan secara percuma filem MEG2 : The Trench di Aurum Theatre The Garden Mall. Paling penting, sambil menonton boleh menikmati BOH Pure Green Tea yang telah disediakan. Barulah rasa tenang dan sesi me time lebih berkualiti.


No matter what my day demands, I know I can count on my wellness in a cup.
Kehidupan seharian memang sibuk. Memiliki 24 jam jika tidak diuruskan dengan baik memang boleh menjadikan diri kita rasa stress dan penat. Oleh itu bagi mendapatkan keseimbangan kehidupan, kita perlu rehatkan diri seketika dari jadual yang padat dengan berehat sejenak. Paling penting perlu ada  BOH Pure Green Tea menemani.

Antara KOL yang menghadiri majlis sepetang bersama Azira dan BOH Pure Green Tea

Jangan lupa untuk jejaki BOH Pure Green Tea Truck yang akan kongsikan Wellness in a Cup di kawasan berdekatan sepanjang bulan Ogos ini. Maklumat dan info lanjut boleh layari laman sosial IG dan FB BOH Malaysia.


Sepetang Bersama Azira Shafinaz Dengan BOH Pure Green Tea Berwajah Baru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. memang suka dengan BOH Green Tea sbb takde rasa kelat bila minum

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.