KEPCI Music Fest 2023 di Shah Alam Memang Meriah

Sememangnya muzik dan makanan memang dapat menyatukan masyarakat! Semua ini terbukti dengan kejayaan KEPCI Music Fest 2023 yang telah berlangsung cukup meriah di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada hari Sabtu 26 Ogos 2023.


Penganjuran konsert ini juga atas kesungguhan dan komitmen KFC yang ingin memupuk semangat kemasyarakatan, selain daripada ingin mempertengahkan bakat-bakat hebat artis lama dan baru di Malaysia di atas satu pentas.

COEX

Insomniacks

Misha Omar

Dato' Siti Nurhaliza

Amy Search

Antara artis hebat yang  terlibat dalam Music Fest 2023 di Shah Alam seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Misha Omar, COEX, MK, YonnyBoii, Insomniacks, Bunga dan SOG. Malam konsert yang cukup meriah turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia bersama isteri dan keluarga.

KEPCI Music Fest adalah malam yang penuh bermakna di mana potensi muzik untuk menyatukan orang terseriah melangkaui jangkaan, bahkan juga dapat mencipta memori yang tidak dapat dilupakan.
Dato' Siti Nurhaliza

Persembahan memang cukup bertenaga dari semua artis yang terlibat diikuti dengan sorakan dan  nyanyian bersama-sama dengan penonton yang hadir. Memang sangat happening! Apatah lagi dengan lagu-lagu dari penyanyi otai sehinggalah artis yang baru mencipta nama.

Kepci Music Fest 2023 bukan sekadar pesta muzik, bahkan pesta makanan KFC juga. Seronok dapat lihat penonton yang hadir tidak kira bangsa dan usia, bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur.

Penghibur legenda Datuk Amy Search meluahkan rasa teruja, 

KEPCI Music Fest bukan sahaja tempat dendangan muzik; ia adalah bukti kolektif perpaduan dan kasih sayang tanah air, dengan sentuhan KFC yang menggiurkan menjadikannya lebih istimewa.
Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, menekankan kepentingan festival itu dengan menyatakan, 
Ketika kami menyambut lang tahun KFC ke-50 menghidangkan citarasa tercinta Malaysia, Kami dingatkan bahawa kejayaan KFC bukan sekadar resepi kami sahaja; bahkan ia sebuan, kisah kasih sayang yang berkekalan dan kesetiaan keluarga Malaysia yang luar biasa kami.  KEPCI Music Fest adalah penghargaan yang tulus ikhlas kami dan kami tidak sabar untuk memikat selera anda dan berkongsi detik-detik istimewa anda untuk tahun-tahun yang akan datang.

Siri jelajah KEPCI Music Fest seterusnya akan diadakan di KDCA, Sabah. pada 6 Oktober dan Arena Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023. Jadi masyarakat berdekatan Johor dan Sabah jangan lupa untuk rebut peluang ke Music Fest 2023 yang berdekatan korang!

KEPCI Music Fest 2023 di Shah Alam Memang Meriah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 28, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.