Review Filem : Malbatt Misi Bakara

Malbatt: Misi Bakara menontonnya mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam diri kita. Jalan cerita berkisarkan kisah sebenar misi dan perjuangan anggota Batalion Malaysia yang jarang kita dengar kerana ianya adalah untold story pejuang negara.


Secara ringkas ianya mengisahkan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera Amerika Syarikat atau US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993.


Walaupun pada awalnya kehadiran pasukan ini dipandang enteng oleh pihak tentera US, namun ini tidak mematahkan semangat pejuang negara ini menjayakan misi seperti yang diarahkan. Sedih juga apabila melihat pada awalnya ramai orang luar di sana tidak mengenali Malaysia. Itu semua tidak mematahkan semangat pasukan Malbatt berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.


Filem Malbatt : Misi Bakara banyak mengajar kita bagaimana pejuang negara berjuang didalam membantu misi keamanan di negara luar. Begitu juga dengan semangat setia kawan yang mana tidak akan meninggalkan ahli pasukan dan sentiasa membantu antara satu sama lain.

Kesedihan, ketabahan dan kebanggaan antara emosi yang kita dapat rasakan sepanjang menonton filem patriotik yang diarahkan oleh saudara Adrian Tan selaku pengarah dan penerbit filem Malbatt : Misi Bakara. Saya juga sangat kagum dengan Adrian Tan kerana tidak banyak naskhah patriotik yang di bawa ke layar perak tetapi beliau anak muda berjiwa besar ingin memperkenalkan pada masyarakat semua tentang wira-wira negara yang tidak didendang..


Malbatt: Misi Bakara turut menampilkan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi dan Dafi Ismail Sabri.


So korang jangan lupa untuk tonton filem ini di @gscinemas . Sekarang masih lagi rancak ditayangkan di pawagam-pawwagam GSC. Dan juga dapatkan sekali Kombo Popcorn Gemilang yang mana didalam kombo ada poster Malbatt, air mineral Spritzer, So Tinge, popcorn dan beg Spritzer.


Terima kasih wira negara Malbatt1!

Review Filem : Malbatt Misi Bakara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 30, 2023 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.