Japan Expo Malaysia (JEMY) 2023 Di Pavilion Bukit Jalil

JAPAN EXPO MALAYSIA, juga dikenali sebagai JEMY secara ringkasnya merupakan pameran komprehensif yang bertujuan untuk mempromosi dan mempamerkan segalanya tentang negara Jepun.


Antaranya seperti hiburan J-Pop yang dibawakan istimewa oleh G-Yu Creative dan Siam Connection. Dua organisasi ini yang aktif memperkenalkan  muzik sebagai komponen utama dalam mengukuhkan hubungan budaya antara Jepun dan negara Asia yang lain .

Majlis perasmian telah berlangsung pada 18 Ogos 2023, jam 3 petang dengan kehadiran Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dan Dato' Dr. Ammar, Ketua Pengarah , Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Malaysia.


Matlamat penganjuran JEMY adalah untuk mengeratkan hubungan budaya dan perdagangan kedua-dua negara dengan mempamerkan produk dan perkhidmatan Jepun. 






Expi ini dibahagikan kepada beberapa zon antaranya seperti Taste of Japan, Perjalanan, pendidikan, budaya, kesihatan dan Kecantikan serta pelbagai lagi.





Turut diadakan peraduan Cosplay khas JEMY di mana pereka fesyen terkenal Melinda Loo, cosplayer berbakat Thames dan Amelia akan menjadi juri.


JEMY juga telah menyediakan platform untuk rangkaian dan pembelajaran seni mempertahankan diri Jepun di Malaysia.

Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam bengkel Kendo secara percuma, melibatkan diri dalam seni ilmu pedang Jepun, dan Kyudo (Memanah).

Turut dipamerkan persembahan video kebudayaan yang  disediakan oleh Japan Foundation KL, bersama-sama dengan Kedutaan Jepun di Malaysia . Dengan memperkenalkan wilayah Hokkaido sebagai salah satu daripada banyak destinasi pelancongan di Jepun. Tidak dilupakan tarian Awa Odori.

The World of Japan Gourmet juga akan membawakan Duta Muhibah Khas Masakan Jepun: Master Chef Nao Kawasaki dari Sushi Oribe & Sarjana Saké Thomas Ling. Nucre .


Selain itu Patisserie akan membuat persembahan seni pembuatan Wagashi iaitu penciptaan gula-gula Jepun yang umik.

Di Zon Amal Proiect menawarkan peluang kepada pengunjung untuk membuat pra-pembelian tiket untuk menontkn persembahan sambil menyumbang kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Naomichi Hanazono. Hanazono, seorang penari dan penyanyi Jepun yang terkenal, akan mempersembahkan gabungan tarian tradisional Jepun dengan sentuhan moden.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan hebat SUPER*DRAGON, Natsume dan tean AMEFURASSHI, XLAMP , Ballistik Boyz dari EXILE TR dan Psychic Fever di Japan Expo Malaysia 2023. 


Apa yang pasti JEMY 2023 adalah antara expo terhebat bersempena juga dengan sambutan 50 Tahun Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun.



Japan Expo Malaysia (JEMY) 2023 Di Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.