The Bentong Farm, Dekati Haiwan Jinak dan Kenali Fauna Secara Dekat

The Bentong Farm, Dekati Haiwan Jinak dan Kenali Fauna Secara Dekat - Mendekati haiwan yang jinak, belajar tentang sifat dan habitatnya adalah aktiviti yang cukup menarik buat anak-anak. Untuk merasai semua pengalaman ini saya memang sangat rekomen untuk bawa famili korang ke The Bentong Farm yang terletak di Bentong Pahang.


Perjalanan dari rumah saya yang terletak di Shah Alam ke sini mengambil masa dalam 1 jam lebih sahaja. Memandangkan waktu operasi bermula 10 pagi, seawal pagi lagi anak-anak saya sudah teruja untuk bertolak ke The Bentong Farm.


Untuk info, The Bentong Farm berkeluasan 27 ekar, didiami lebih 100 spesis haiwan yang kebanyakannya adalah haiwan jinak. 



Baka haiwan ada yang memang dari luar negara dan juga tempatan. Apa yang pasti hidupan di sini memang sangat sesuai dengan habitat dan cuaca di Malaysia.


Lembu kat sini jinak betul dan manja. Paling best! Staf di The Bentong Farm semuanya sangat baik dan rajin melayan.


Pengunjung boleh melihat dan mendekati haiwan yang terletak di kawasan Savannah, Alpaca Hill, Bunny Land, Bird Aviary dan pelbagai lagi.



Bayangkan anak-anak boleh beri makan kepada haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat. Pengalaman yang cukup berharga buat mereka.


Jika sebelum ini kita mungkin mengenali spesis haiwan di sini melalui pembacaan atau dari kaca televisyen, namun di The Bentong Farm kita boleh dekati lebih rapat.


Selain itu di The Bentong Farm juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan seperti sayuran, buahan dan tanaman herba.






Kita boleh belajar tentang tumbuhan ini terutama dari segi nama saintifiknya, cara penanaman dan pelbagai lagi. Dikelilingi dengan pepohon hijau memang menyejukkan mata.




Selain itu, terdapat banyak juga tempat menarik untuk anak-anak berOOTD. Banyak props dan lokasi yang cukup cantik untuk bergambar.


Korang kena cuba ais krim buah-buahan di sini. Manis buah memang terbaik tanpa sebarang pewarna dan gula tambahan tau!

WAKTU OPERASI:
Ditutup setiap SELASA kecuali CUTI SEKOLAH / CUTI UMUM.

10 pagi hingga 6 petang (Isnin – Khamis)
9.30 pagi hingga 6 petang (Sabtu & Ahad)

LOKASI:
Lot 5239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700, Bentong, Pahang Bentong, Pahang, Malaysia

HARGA TIKET:
Dewasa : RM48
Kanak- kanak : RM38
Warga emas: RM38


Banyak yang anak saya belajar bila berada di sini terutama dari segi sifat dan habitat mereka. Selain itu dapat memupuk dan didik mereka untuk punyai rasa kasih pada haiwan-haiwan sejak kecil lagi.

The Bentong Farm, Dekati Haiwan Jinak dan Kenali Fauna Secara Dekat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 23, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.