Konvensyen Komuniti Orang Asli Menggariskan Resolusi Dalam Memperkasakan Orang Asli Malaysia

Sebanyak lebih daripada 30 resolusi dirumuskan didalam Konvensyen Komuniti Orang Asli bagi menangani isu dan cabaran yang melibatkan komuniti orang asli Malaysia. Ini termasuklah dalam pendidikan, kesihatan, mata pencarian dan isu kerakyatan.

Konvensyen 2 hari yang berlangsung di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM iaitu 'Komuniti Orang Asli di Malaysia: Merangka Semula Inisiatif Kelestarian Nasional' merupakan acara anjuran bersama antara Yayasan RYTHM, inisiatif impak sosial Kumpulan QI dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Pelbagai organisasi dan institusi terkemuka mengambil bahagian di dalam konvensyen ini, antaranya seperti Yayasan Sime Darby, Quest International University, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Persatuan Graduan Orang Asli Malaysia, Universiti Teknologi Mara, dan UIA Pagoh.

Sudah terlalu lama komuniti orang asli di negara kita, seperti di banyak bahagian dunia berhadapan dengan ketidakadilan sejarah, peminggiran budaya, dan ketidaksamaan sosial
kata Ketua RYTHM, Santhi Periasamy

Perjuangan, ketabahan, dan kebijaksanaan mereka sering diabaikan. Dan konvensyen yang julung kali diadakan ini bagi mengambil langkah sewajarnya dalam menangani cabaran ini dan berusaha ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua.

Resolusi yang dicadangkan dengan jelas menggariskan keperluan penduduk asli kita di kawasan ini
tambah Santhi.

Antara resolusi utama pendidikan termasuklah mewujudkan kurikulum yang relevan untuk komuniti yang memfokuskan pada aspek kehidupan seharian mereka. Ini termasuklah kesihatan, pemakanan, dan kebersihan dan ajaran tentang kerohanian serta penjagaan diri.

Dalam bidang kesihatan, salah satu cadangan termasuklah membangunkan program kesihatan yang bersesuaian dengan budaya mereka. Resolusi yang dibincangkan juga memberi penekanan untuk memperkasakan orang asli melalui inisiatif ekonomi mampan seperti program pembangunan kemahiran, akses kewangan mikro dan mewujudkan perusahaan  yang dapat memanfaatkan warisan budaya penduduk orang asli itu sendiri.

Sebagai titik rujukan penting untuk tindakan masa depan dalam bidang hak asasi manusia dan juga tidak memiliki kerakyatan, dicadangakn untuk merujuk kembali kepada laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal.

Di dalam konvesyen turut mengiktirafkan kepentingan memelihara hak tanah orang asli. Syor telah dibuat untuk mengukuhkan perlindungan undang-undang, meningkatkan proses perundingan, dan memastikan orang asli mempunyai suara yang didengari dalam perkara yang berkaitan dengan wilayah mereka.
Profesor Dr Sity Daud, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, menekankan kepentingan resolusi dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk masyarakat orang asli.
Terdapat potensi kerjasama strategik yang sangat baik antara sektor berkaitan, penyelidik (UKM) kami, dan rakan kongsi konvensyen untuk meningkatkan lagi usaha kolektif sambil menyumbang kepada penyelesaian nasional.
Resolusi ini dapat menyediakan jalan untuk memperkasakan penduduk asli kita dan menangani cabaran unik mereka. Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan resolusi ini untuk perubahan yang mampan

Dalam ucaptamanya, Pengerusi Yayasan RYTHM, Datin Sri Umayal Eswaran, menegaskan bahawa masyarakat mesti mengakui bahawa orang asli menghadapi pelbagai cabaran yang menghalang kemajuan mereka dan mengancam struktur komuniti mereka.
Kemiskinan, peminggiran, dan pencerobohan tanah mereka hanyalah sebahagian daripada ketidakadilan yang mereka alami.
Kewajipan moral kita ialah membuka hati dan minda kita terhadap ketidakadilan ini dan berusaha ke arah perubahan yang bermakna
 kata Datin Sri Umayal.

Dalam perjalanan ke arah masa depan keterangkuman dan persefahaman, adalah penting untuk mengiktiraf bahawa komuniti orang asli adalah penting kepada warisan bersama Malaysia, Dato’ Sri Vijay Eswaran, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI, berkata dalam ucapan penutupnya.
Kita perlu hargai peribumi Malaysia. Kita perlu mengiktiraf bahawa mereka adalah rakyat kita. Apabila mereka menjadi rakyat kita, ketika itulah Malaysia menjadi satu
 kata Dato’ Sri Vijay.

Turut diperlihatkan hasil kejayaan Yayasan RYTHM melalui Program Adaptasi Komuniti (CAP) untuk komuniti orang asli Malaysia. Program yang dilaksanakan di pelbagai kampung di Sabah dan Pahang, telah mencapai kemajuan besar dalam menyediakan sokongan akademik, pembangunan belia, dan inisiatif pemerkasaan wanita. Usaha yang berjaya ini menunjukkan potensi untuk perubahan yang mampan apabila komuniti dan pihak berkepentingan bekerjasama.


Konvensyen Komuniti Orang Asli Menggariskan Resolusi Dalam Memperkasakan Orang Asli Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 01, 2023 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.