Majlis Penyampaian Hadiah Pertama Untuk Tahun 2023

My first prize giving event for the year  2023, keh! Ya ampun. Lama sangat ya, dari sebelum PKP sampai lepas PKP setahun lebih saya belum pernah merasai pergi mana-mana majlis penyampaian hadiah. Tiada rezeki dan juga kurang aktif dalam menyertai peraduan antara asbab juga.


Jadi apabila saya dapat pemberitahuan tentang kemenangan dan saat akhir juga diberitakan dijemput untuk datang hadiri majlis penyampaian hadiah tentulah saya teruja. Ala macam anak-anak kalau dapat surat dari guru kelas utuk hadiri acara Penyampaian Anugerah Sekolah, dia punya excited macam satu kampung nak khaborkan, hahaha.

Kebetulan pada hari yang sama saya telah bersetuju untuk menghadiri acara (bengkel) lain. Kiranya sudah ada komitmen lain sebenarnya. Jadinya ketika itu saya sudah berkira-kira akan wakilkan sahaja kehadiran saya dengan salah seorang anak saya yang tiada urusan pada hari tersebut.

Siapa sangka malam sebelum hari kejadian. saya cuba-cuba tanya dengan PIC bengkel tersebut dan beliau mengesyorkan saya untuk bertukar tempat dengan peserta bengkel pada minggu hadapan. Bayangkan last minute siapa jer yang nak tukar. Pukul 10 makan dan acaranya esok pukul 10 pagi.

Rezeki saya cukup baik, apabila ada salah seorang rakan blogger yang bersetuju untuk tukar biarpun di saat akhir. Terima kasih banyak Aqish, akak doakan semua perkara yang baik-baik akan berbalik pada Aqish. Dimurahkan rezeki selalu, amin.

Berbalik pada peraduan saya sertai ini adalah video tiktok. Bagaimana kita boleh belanja hanya RM50 di Aeon Big. Ianya adalah peraduan yang dianjurkan secara bersama antara Sinar Harian dan Aeon Big.

Saya memang sertai saat akhir juga. Hari kejadian saya sebenarnya menemani Afiq mencari barang untuk dibawa balik ke hostel. Dengan bantuan Afiq saya sempat merakam beberapa footage di Aeon Big. Malam itu paksa diri untuk edit video dengan VO bagai. Terus jer upload dalam tik tok.

Serius! Saya tidak fikir tentang kemenangan sangat ketika menyertai. Cumanya selama ini saya hanya banyak menyertai peraduan slogan ataupun hantar resit (random pemilihan pemenang). Dan banyak yang disertai banyak juga tidak dipilih.

Tapi saya OKKKKK jer. Sebab apa? Saya menyertai peraduan biasanya produk yang dibeli memang saya guna contoh mandian, minyak masak, ubat gigi dan pelbagai lagi. Barangan keperluan yang memang saya akan beli setiap bulan adakalanya setiap minggu. Cumanya saya akan memilih pada jenama yang ada peraduan ataupun ada free gift mahupun yang sedang ada promosi.

Macam belanja di AEON Big ini saya hanya perlu belanja RM50 sahaja. Jadi saya pilih barangan asas dan paling penting pilih jeama AEON Big sendiri sebab lebih murah.


Saya difahamkan cukup ramai yang menyertai peraduan ini. Sukar juga pihak penganjur membuat pemilihan. Video 3 pemenang utama sangat kreatif ya! Memang layak dinobatkan sebagai 3 pemenang teratas.


Acara penyampaian dijalankan di AEON Big Klang pada 29 Julai 2023. Kebetulan pada hari yang sama ada Orange Day di AEON Big di situ. Banyak sangat aktiviti dan goodies diberikan kepada pengunjung yang hadir.


Saya tiba agak lambat tapi sempatlah ambil hadiah. Dan lepas bergambar semua, kami dijemput untuk menjamu selera di Restoran Ayam Penyet. Balik rumah. Penat. Terus tidur.

Tapi dapat menghadiri majlis seperti ini dapat memotivasukan saya sebenarnya. Untuk terus melakukan sesuatu yang dapat memberi manfaat bukan pada diri saya tetapi juga dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.

Syukran. TQ AEON Big dan Sinar Harian.









Majlis Penyampaian Hadiah Pertama Untuk Tahun 2023 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 31, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.