Bantal Getha 100% Natural Latex Menjadikan Tidur Lebih Berkualiti

Di musim PKP ini memang saya biasanya berbelanja di atas talian sahaja. Selain daripada jimat masa, terdapat banyak juga promosi menarik yang boleh direbutkan. Contohnya produk bantal terbaik dari jenama Getha. Kebetulan saya memang sedang mencari bantal baru untuk kegunaan sendiri dan juga anak bongsu Yara.


Bagaikan mengantuk di sorong bantal, perumpamaan yang boleh digambarkan apabila pertama kali melihat promosi yang ditawarkan di laman web Getha. Memang berbaloi dengan kualiti yang terbaik ditawarkan. Paling best sebab kita boleh dapatkan bantal yang dijual pada harga set bundle.

Info Tentang Getha

Jenama Getha mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1969. Sehingga ke hari ini tidak dinafikan jenama Getha tetap tersohor di kalangan masyarakat Malaysia. Getha sememangnya diiktiraf jenama pakar dalam pembuatan 100% latex semula jadi. Ini memandangkan lebih 50 tahun Getha menguasai kepakaran dalam pembuatan, bantal , tilam dan pelbagai aksesori lain. 

Dengan mengikut spesifikasi antarabangsa serta telahpun melepasi pelbagai piawaian ujian , tidak hairanalah Getha telah dianugerahkan dengan pelbagai pencapaian, antaranya seperti ECO Umweltinstitute Jerman, Institutute Umweltchemie Bremen GmbH Jerman dan Lembaga Getah Malaysia. Persatuan Industri Penyelidikan Perabot (FIRA) juga telah membuat ujian ke atas produk dari Getha  yang mempunyai ciri " Fire Retardant natural latex foam". Dan berpuas hati dengan keputusan tersebut,

Bantal Getha 100% Latex
Getha 100% Natural Latex dihasilkan daipada pokok getah iaitu sumber semula jadi bumi mengikut standard yang tepat serta mesra alam. Komposisi 100% Natural Latex secara semula jadi sememangnya sangat sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara dramatik dapat mengurangkan gangguan tidur.

Apa yang penting produk Getha 100% Natural Latex tetap akan kekal dalam bentuknya selama bertahun-tahun dengan sokongan yang berkekalan. Selain itu Getha 100% Natural Latex mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang menentang tungau debu dan alergen lain, serta tahan terhadap kulat. Produk dari Getha 100% Natural Latex telah diuji dan diluluskan mengikut piawaian ECO Eropah. Ianya tidak beracun, secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

Antara bantal Getha yang saya dan keluarga sedang guna adalah seperti:- 

Award S Latex Pillow
Antara bantal kegemaran saya. Ianya dihasilkan 100% Latex Semulajadi. Dengan struktur rekaan 2 zon 'pincore' memberi kelebihan dari segi sokonggan kepala dan tengkuk.

Memberi keselesaan yang hebat. Saya tidak lagi mengalami sakit tengkuk atau tengkuk setiap kali bangun pagi. Tidur juga menjadi lebih nyenyak. Bagus untuk semua usia dan paling penting ianya boleh mengelakkan kehadiran pepijat di bantal.

Getha Air Baby
Bila lihat pada bantal ini memang kita akan dapat lihat ada lubang-lubang kecil yang bagus untuk pengudaraan. Selain daripada fabriknya yang cukup lembut, bantal ini juga materialnya sangat ringgan. Selain itu, bahan yang digunakan daripada 100% latex bagus untuk anak-anak. Ini kerana ianya dapat mengurangkan risiko kepada anak yang mempunyai masalah asma dan alergik.
  
Tengok ni hah! Bukan main suka dan selesa Yara tidur atas bantal Baby Getha. Bagi saya sendiri sekiranya anak mendapat tidur yang berkualiti, mereka akan bangkit ceria dan tidak meragam.

Baby 3D Pillow.
Saya juga mendapatkan bantal 3D ini untuk Ameer yang berusia 6 tahun. Bagi memberi lebih keselesaan untuk beliau ketika waktu tidur. Seorang anak yang sangat lasak dan memang sangat memerlukan tidur yang berkualiti. Bantal ini sangat lembut dan ringgan, serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mendapatkan yang terbaik untuk keluarga. Setelah menggunakan produk bantal dari jenama Getha ini, ternyata benar-benar memberi kepuasan saya dan keluarga. Jika diukur pada harga yang ditawarkan memang sangat berbaloi dengan nilai kehidupan yang diberikan.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian atas talian boleh layari,

Bantal Getha 100% Natural Latex Menjadikan Tidur Lebih Berkualiti Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 03, 2020 Rating: 5

8 comments:

  1. Wah.. sy tak pernah beli bantal mcm ni.. byk pula kelebihannya..

    ReplyDelete
  2. bila tidur selesa baru la rasa nikmat je tidur. Nak bangun untuk hari esoknya pun rasa semangat. Kalau sakit tengkuk memang kacau mood

    ReplyDelete
  3. Rawlins pernah beli satu dan memang berbaloi dengan harganya - alhamdulilah sebab bertahan sampai sekarang.

    ReplyDelete
  4. saya kalau beli bantal ni silap2 3 hari 3 malam tak bangun tidur jer lena heheheh sedap tengok anak ayu tidur kita dah jadi mengantuk hehehehe best nya dapat bantal berkualiti macam ni kan...

    ReplyDelete
  5. Sejujurnya memang sangat bagus bantalnya..sebab Sis dan Suami pernah gunakannya masa mula keluarannya... now masih ada lagi bantalnya, cuma dah jadi bantal tetamu hehehehe... harga mahal tapi berbaloi..

    ReplyDelete
  6. Won this pillow once, was quite a sleeping experience using it.

    ReplyDelete
  7. dapat bantal empuk dan selesa, tido kita pon akan lenaaaa sepanjang malam..

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat tidur dengan bantal empuk tu! mesti nyenyak tidur sampai tak nak bangun hahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.