Rawatan CLATUU Di Klinik Dr Chong - Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam

Baru-baru ini saya telah mendapatkan rawatan di Klinik Dr Chong -Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam. Saya telah mendapatkan rawatan CLATUU iaitu rawatan bagi memecahkan lemak di kawasan tertentu di badan.

Dan saya telah memilih kawasan di bahagian pinggang bagi mendapatkan potongan hebat (hiks) di bahagian itu. Rawatan ini bagus sebab ianya tidak memerlukan apa-apa unsur pembedahan dan sebagainya. Dilakukan secara semulajadi bagi membuang lemak badan di kawasan tertentu mengikut pilihan kita sendiri.

Sebelum sesi rawatan dimulakan, terlebih dahulu saya akan mendapatkan penjelasan daripada doktor tentang prosedur yang dilakukan. Bagi saya ianya sangat penting bagi memastikan jenis rawatan yang bakal dilakuakn terutama dari segi kesan sampingan sekiranya sakit dan sebagainya. Untuk melakukan rawatan ini juga kit aperlu memastikan tidak ada membuat pembedahan dalam tempoh 6 bulan sebelum. Dan sangat penting untuk memberitahu doktor sekiranya kita ada mempunyai alahan tertentu samada terhadap ubat dan sebagainya.

Bahagian badan yang berlemak boleh melakukan rawatan CLATUU ini antaranya di bahagian peha, abdomen pinggang, lenggan dan juga bahaguan belakang badan (boleh rujuk peda gambar di atas).


CLATUU berfungsi dengan perlahan menarik kawasan berlemak ke dalam aplikator 360 ° yang dipatenkan dan kemudian menyejukkan kawasan yang dipilih ke suhu rendah, di mana proses ‘apoptosis’ semula jadi tubuh diaktifkan. Sensor keselamatan terbina dalam mengekalkan suhu tetap. Ini mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Untuk pengetahuan semua emak degil adalah sejenis lemak yang sukar untuk hilang walaupun setelah menjalani diet dan senaman. Ia menyimpan lebih banyak lemak di bawah pengaruh insulin dan membiarkan sedikit darah mengalir ke dalamnya. Lemak degil juga bertindak sangat berbeza dengan lemak biasa yang terdapat di tempat lain di badan kita. Kita tidak boleh membuang lemak degil sama seperti lemak biasa.

Sel-sel lemak yang tidak diingini sangat reaktif terhadap suhu yang melampau. Mereka boleh dimusnahkan oleh suhu yang sangat tinggi atau sangat rendah. Terapi gelombang akustik akan memastikan lemak dan limfa diarahkan ke kelenjar getah bening. Sistem limfa semula jadi tubuh akan memecah dan membuang sel-sel lemak mati dengan selamat dan semula jadi.
Proses yang diambil tidak terlalu lama, lebih kurang dalam 1 jam. Ianya berggantung bahagian mana yang hendak dilakukan rawatan CLATUU.

Manfaat Rawatan Pembekalan Lemak Clatuu
Rawatan Pembekuan Lemak Clatuu memberikan pembentukan dan kontur badan semula jadi. Tubuh akan kelihatan cantik dan berkontur semula jadi. Antara manfaat lain dari Clatuu Fat Freezing termasuklah;
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Hasilnya semula jadi (tiada kesan parut dll)
  • Ringkas, senang dan pantas prosedurnya
  • Kurang risiko menambah berat badan
  • Tidak invasif
  • Tiada masa pemulihan yang tertekan (downtime)

Kita akan diletakkan pek gel ini. Ianya agak sejuk juga. Rawatan ini menguunakan nesin CLATUU yang serba canggih. Kita dapat lihat dengan jelas bacaan dan proses yang diapaprkan paparan mesin ini.

Rawatan di Klinik Dr Chong -Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam memang dikendalikan oleh doktor dan pembantu  yang cukup berpengalaman. Sepanjang rawatan memang kita akan rasa selesa, selamat dan yakin.

Ketika rawatan dijalankan. Pelanggan hanya baring dalam keadaan yang mereka paling selesa.

Rawatan ini bertujuan untuk memecahkan lemak badan yang degil. Namun jika dilihat dari segi kesannya mungkin juga mengambil masa. Ini kerana ianya tidak memberi kesan secara terus kepada perubahan berat badan. Namun atas nasihat doktor juga adalah sebaiknya kita menjaga dan mengawal pemakanan melalui pengambilan diet yang seimbang. Selain itu bersenam secara konsisten antara alternatif yang sangat disyorkan.


Tawaran Hebat Bersempena Dengan Sambutan Ulangtahun Yang Ke-4

Bersempena dengan ulangtahun keempat, Klinik Dr Chong - Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam telah mengadakan promosi potongan harga yang cukup berbaloi dan berpatutan untuk hampir semua rawatan yang disediakan. Selain itu, korang juga berpeluang memenangi hadiah kereta Proton Saga yang merupakan hadiah utama yang ditawarkan.








Memang berbaloi sangat harga yang ditawarkan. Rugi kalau tak grab ketika promosi sekarang ini :-)

VLog : Menerima Rawatan Clatuu

Untuk mendapatkan rawatan dan perundingan dari Klinik Dr Chong - Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam, boleh hubungi 03-5524 3083.


Social media:-

Rawatan CLATUU Di Klinik Dr Chong - Skin & Lasers Specialist Clinic Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 07, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. wah menarik la. betul susah nak hilangkan lemak degil kt bhgian bdn ni terutamanya peha dan perut, melainkan buat senaman

    ReplyDelete
  2. wow bestnya! perempuan mana tak nak hilangkan lemak. yang ni nampak okay dan tak perlu jalani pembedahan

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi tahu pasal pembekuan lemak ni. Menarik! Kadang busy dengan kerja sampai tak sempat nak exercise.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada bajet dan keperluan untuk buang lemak memang pilihan terbaik dgn adanya promosi ni..

    ReplyDelete
  5. Wow promosi dia mencecah 90% tu. Rugi ni klu tak amek peluang

    ReplyDelete
  6. I know about CLATUU treatment years ago. nice la to do and slim down easily hehe.

    ReplyDelete
  7. Waaaa ni Sis pernah buat rawatan gini gak... memang nampak kesan bila habis 5 seisi rawatan... tapi akhirnya Sis ko tak sambung, terus gendut balik peyut kita huhuhu...ingat nak sambung balik laaaa...

    ReplyDelete
  8. Wah menariknya. baru tahu pasal ni. hehe. teringin jugak nak cuba mana tau ada kesan yang bagus kan

    ReplyDelete
  9. Wahh treatment pecahkan lemak, i kena try ni.. Banyak sgt lemak degil walaupun dah penat diet sini sana, control makan.

    ReplyDelete
  10. Pergh ni kongsi dekat man2 mesti ramai berminat. Yela siapa yang taknak hilangkan lemak degil ni. Lagipun ade yg murah.. Firstime dgr clatu ni

    ReplyDelete
  11. Senang dah sekarang nak buang lemak tanpa pembedahan. Janji kena jaga makan lps tu kan.

    ReplyDelete
  12. Ayiooo nampaknya macam aku kena ambil jer rawatan ni hehehe tapi lemak aku tebal lagi macam mana wakakakakaka hehehehehe boleh ker mereka pecahkan...

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya kak. Nak buang juga lemak perut yang degil ni. Lepas czer dia takmau pergi. Lembik je perut tu kat situ. Hurrrmmm.

    ReplyDelete
  14. Wahhh kemain ya Acik KOL. Lepasnie confirm langsing. Menariklah tawaran promosi yg dorg twarkan. Kena grab nie

    ReplyDelete
  15. Clatu.. Tak pernah dengar kak.. First time iena dengar.. Menarik ni.. Lelemak bahagia banyak ni😂😂😂

    ReplyDelete
  16. Wah menariknyaaa. first time dengar :) thanks sharing kak.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.