essenHERB Produk Penjagaan Wajah Terbaik dari Korea

Baik wanita mahupun lelaki hari ini, masing-masing mempunyai keinginan untuk menjaga dan mencantikkan kulit wajah. Bukan sahaja untuk memberi keyakinan diri bahkan menjadi kepuasan di hati apabila memiliki kulit wajah yang bersih dan berseri-seri.

Saya tidak terkecuali, sentiasa mencari yang terbaik untuk kulit wajah dan paling penting ramuan bahan formulasi menjadi keutamaan dalam setiap pemilihan produk penjagaan diambil kira. Tentunya saya akan memilih yang selamat dan dihasilkan dari bahan semulajadi.

Kenalkan produk penjagaan wajah dari Korea essenHERB. Mula diperkenalkan pada tahun 2018 di pasaran dengan 2 siri penjagaan wajah menggunakan bahan utama antara lain seperti Bulgarian Rose dan juga Tea Tree. 

Misi essenHERB
Melihat kepada misi syarikat sendiri yang mana mengambil berat tentang pengguna produk menjadikan saya begitu teruja untuk mencubanya sendiri. Apatah lagi kita sedia maklum masyarakat Korea sememangnya sangat 'advance' dalam bidang kecantikan dan rawatan wajah.

Antara misi essenHERB adalah seperti berikut:-
  • Hanya menggunakan bahan yang terbaik dan terpilih
  • Truthful product developement
  • Minimal artificial prescription orientation
  • Do not focus on appearance
Produk essenHERB juga telah mendapat verifikasi daripada ujian dermatalogi yang telah dijalankan. Antaranya Dematest - Seal Awarded, 99% Natural Origin, Certified Vegan dan Cruelty Free.

Rangkaian Penjagaan Wajah essenHERB
Seperti yang saya maklumkan terdapat 2 siri penjagaan wajah yang korang boleh pilih daripada essenHERB mengikut keperluan dan kesesuaian kulit wajah yang dimiliki,

Samada dari essenHERB Tea Tree ataupun/dan bersama essenHERB Bulgarian Rose. Setiap satu mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri,

essenHERB Tea Tree
Produk yang dihasilkan daripada ramuan utama tea tree dari Australia ini sememangnya sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat! Ini kerana tea tree itu sendiri sememangnya sudah bertindak sebagai antiseptik. Selain daripada kulit berjerawat, produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif. Ini kerana ramuan didalamnya boleh memberi kelegaan dan mengawal kelembapan-minyak sekaligus menjadikan kulit lebih sihat. Terdapat 4 produk yang boleh dicuba di bawah siri ini iaitu:-
  • essenHERB Tea Tree Foam Cleanser
  • essenHERB Tea Tree Toner
  • essenHERB Tea Tree Ampoule
  • essenHERB Tea Tree Cream

essenHERB Bulgarian Rose
First time saya cuba produk ni. Memang saya excited sangat! Sebab saya memang peminat bauan ros. Wanginya memang terapi buat saya. Apa yang menarik untuk varian ini dihasilkan daripada Bulgarian Rose dari Lembah Cazulac Bulgaria. Manfaat daripada formulasi ini ialah ianya dapat menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lembut. 4 produk yang boleh dicuba di bawah siri ini antaranya ialah:-
  • essenHERB Bulgarian Rose Foam Cleanser
  • essenHERB Bulgarian Rose Toner
  • essenHERB Bulgarian Rose Ampoule
  • essenHERB Bulgarian Rose Cream

Guardian Gayasquad X essenHERB

Produk ini mula diperkenalkan di Malaysia sekitar Disember 2019 di seluruh rangkaian Guardian Malaysia. Apa yang menarik biarpun jenama ini baru, namum ramai yang sudah mengenalinya memandangkan jenama ini agak popular di Korea.

Di satu sesi istimewa bersama Guardian Gayasquad dan essenHERB, saya dapat mengenali lebih dekat produk ini. Memandangkan saya memang mencari produk penjagaan muka yang sesuai untuk anak saya selain kegunaan diri sendiri. Banyak yang saya pelajari tertama dari segi ramuan yang digunakan, cara penggunaan produk dengan betul dan pelbagai lagi. Selain itu, saya dapat kenali ramai kawan baru yang juga mempunyai minat yang sama - mencari penjagaan diri dan peribadi yang terbaik! 

Tidak sah kalau tiada aktiviti dilakukan semasa sesi Guardian Gayasquad, ahaks. Dan kali ini kami perlu mengekspresikan kreativiti di atas kanvas dengan bertemakan vegan dan juga rose. Memang seronok sangat! Bagi saya snediir lebih 10 tahun rasanya tidak memegang berus lukisan.

Hasil seni yang dihasilkan digunakan sebagai salah satu prop utama untuk cabaran flatlay bersama produk. Tada!!! Hasil flatlay saya, hahahaha. Ok tak??? Ngeeeee

Korang boleh dapatkan produk essenHERB dari seluruh rangkaian Guardian di Malaysia. Samada di outlet Guardian mahupun di atas talian.

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
essenHERB Produk Penjagaan Wajah Terbaik dari Korea Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 30, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. boleh la cari kat guardian nanti. Kat sini Guardian je pun yang bila masuk rasa selesa sangat. Hahah..Yang lain tak best.

    ReplyDelete
  2. saya memang suka produk dari korea. sesuai dengan kulit dan suhu kat sini. bila dah masuk guradian, memang sah produk tu berkualiti

    ReplyDelete
  3. Agituuuuuu! patutlah cantik peloles. ini rahsia mu rupanya ahahaahahah. nanti nak recommend juga lah dekat orang lain. tq shareeeee

    ReplyDelete
  4. Menarik juga aktivitinya...kena pegang berus lukisan...anyway boleh cuba produk nie..senang nak cari.pulak..cari di watson jer

    ReplyDelete
  5. wahh produk baru ye? untuk lelaki okay jugak ke? kalau okay bolehlah saya cuba jugak nnti :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dtg event guardian. Mesti ada aktiviti best2. Sungguh kah bagus produk nie ? Kalau sesuai utk dipakai lelaki nk cubalah

    ReplyDelete
  7. Menarik juga senarai produk dia kan. Once current skincare I habis, nak try la barang satu dua. Kita tunggu sales kat Guardian hehehe

    ReplyDelete
  8. Makin banyak pilihan.. boleh recommend pada org rumah nanti

    ReplyDelete
  9. Produk baru ye? Boleh survey kat guardian nanti. Bawah opis je ni

    ReplyDelete
  10. Wahhh produk ni dah ada dipasaran since 2019.. Bagus ada program macam ni untuk produk awareness... Well done to Guardian! Mcm menarik produk berasaskan rose.. Sure wangi dan boleh buat ala2 terapi....

    ReplyDelete
  11. no wonder you looking prettier! I wish to let my girl try essenHERB Tea Tree range

    ReplyDelete
  12. Wahh semenjak jadi pengajar ni makin banyak produk kak ayu guna nak nampak lebih muda dan yakin berhadapan dengan student makin mencabar hehehehe orang laki macam kita ni boleh guna tak...

    ReplyDelete
  13. Mcm bagus jer produk essenHERB ni lglah bau rose nti blhlah tgk kat Guardian

    ReplyDelete
  14. za pernah dengar juga nama brand ni kat group skincare za .. rupanya dah masuk guardian dah... senang lah nnt nak beli

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.