Flowra | Wanita Pasti Memerlukannya Setiap Bulan

Tidak dinafikan setiap bulan wanita memang perlukan ini - TUALA WANITA! Tapi tahukah korang tidak semua tuala wanita di pasaran di luar sana selamat digunakan 😏 Ini terutama jika dilihat dari segi sudut kesihatan terutama kandungan bahan yang digunakan. Selain daripada itu, tuala wanita juga memainkan peranan dalam memberikan keselesaan sepanjang hari terutamanya ketika hari pertama ('flow' yang banyak). Sekiranya rekaannya tipis tetapi mencakupi seluruh ruang ianya akan smemberi keselesaan kepada pemakai.

Kenalkan "Flowra", nama jenama yang cukup 'catchy' bunyinya yang dapat membantu kita kaum wanita untuk sentiasa berada didalam keadaan selesa sepanjang masa tidak kira pada kitaran haid hari pertama ataupun sehingga hari-hari terakhir.

Apa yang menarik jenama ini turut mendapat pensijilan HALAL dari JAKIM tau! Ini adalah pertama kali di dunia produk tuala wanita mendapat pensijilan HALAL JAKIM.  Jadi kita guna tanpa rasa was-was kerana bahan yang digunakan semuanya bersih, suci dan selamat digunakan. Terdapat 4 pilihan tuala wanita jenama Flowra iaitu:-

  • Flowra Flexi Fit (Siang)
  • Flowra Flexi Fit (Malam)
  • Flowra Soft Touch (Siang)
  • Flowra Soft Touch (Malam)


Flowra Flexi Fit
Dihasilkan daripada teknologi tinggi dengan penyerapan sepenuhnya tanpa kebocoran dan ianya benar-benar memberi keselesaan. Dalam setiap pek terdapat 10 tuala wanita dan setiap satu panjangnya adalah 240mm.


Antara ciri tuala wanita Flowra Flexi Fit ini antara lain ianya memberi keselesaan kepada pemakai kerana kelembutan cotton di bahagian permukaan atas tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit. Bahkan ianya memberi extra perlindungan sekiranya kita terlibat aktiviti yang memerlukan aktif pergerakan. Paling penting kita akan rasa kering sepanjang masa.


Flowra Soft Touch
Dihasilkan daripada Pure Cotton yang permukaannya seperti kelembutan sutera. Ianya juga direka khas dalam memberikan pengudaraan yang terbaik. Untuk setiap pek mengandungi 10 keping tuala wanita dan mempunyai panjang sehingga 240mm.

Tuala wanita ini sesuai untuk kegunaan hari pertama ketika 'flow' sedang banyak. Rekaannya sangat menyokong daripada berlakunya kebocoran. Cepat menyerap dan memberikan kita rasa selesa sepanjang masa. Saya difahamkan ianya juga boleh mengatasi masalah perempuan yang sering mengalami rasa tidak selesa (seperti kegatalan) dan sebagaianya. Ianya juga mampu memberi kita rasa lebih rasa percaya diri biarpun ketika datang bulan.

Diaper Bae Bae
Selain daripada tuala wanita, turut ditawarkan adalan lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak. Saiz ditawarkan adalah daripada S sehingga XL. Lampin pakai buang ini tahan sehingga 8 -10 jam lamanya. Jadi bayi tidak akan meragam sepanjang waktu malam.
Bae Bae Pants

Sedikit info menarik yang suka saya nak kongsikan yang mana produk ini menggunakan teknologi angkawasan NASA. Ini adalah merujuk kepada teknologi 'suit' yang digunakan oleh angkasawan yang ke angkasa lepas.Seperti yang kita maklum, 'suit' tersebut haruslah bebas kimia terlarang. Paling penting mampu membuat penyerapan lama memandangkan angkasawan tidak akan ke 'tandas'. Teknologi yang sama digunakan didalam penghasilan lampin pakai buang Bae Bae,

Bae Bae Pita Lekat

Pembungkusan yang sangat comel. Dan diaper ini juga telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM. Jenama Bae Bae biarpun agak baru namun jika dilihat kepada kualiti dan rekannya setanding dengan jenama ternama di pasaran. Lampin pakai buang yang mesra bayi ini dapat memberi keselesaan kepada bayi apatah rekaannya juga mempunyai ciri 3D Anti Kebocoran

Korang boleh dapatkan produk ini di kiosk aafiyat store di i-City Mall Shah Alam. Dah alang-alang membeli di aafiyat jangan lupa untuk sertai cabutan bertuah sekali tau! Mana tahu ada rezeki menang hadiah :-)


 Jom sama-sama kita sokong produk lokal yang berkualiti premium. Ditawarkan secara esklusif pada harga yang cukup berpatutan dan menarik!

Flowra | Wanita Pasti Memerlukannya Setiap Bulan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 14, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. boleh hadiahkan pampers bae bae tu dekat kawan yang ada newborn nanti. Unik fakta bebas kimia tu.

    ReplyDelete
  2. Ooo baru yaa..Sis ko ni suka mencuba sesuatu yang baru then simpan buat koleksi hehehehe pampers tu pun, takde baby pun tapi suka beli hahahaha..

    ReplyDelete
  3. first time dengar, produk baru ke ni? nampak macam menarik siap ada sijil halal lagi. boleh try..hehe

    ReplyDelete
  4. Untuk tuala wanita, mmg wife ckp suka yg selesa. Sebelum ni try jenama lain, kalini boleh cuba yang ni. Mana tahu wife suka sebab selesa je guna. Ada tanda Halal lagi

    ReplyDelete
  5. Wah... Jenama baru! Kita suka cuba sesuatu yang baru sebab kekadang yang baru ni lebih memenuhi kehendak dan citarasa pemakai. Dan lagi yang ni ada sijil halal. Bagus!

    ReplyDelete
  6. Tak pernah jumpa lagi brand Flowra ni. Menarik! Alang alang tu boleh join cabutan bertuah.

    ReplyDelete
  7. Utuk topik tuala wanita ni saya memang tak berapa nak reti hehe. Banyak jugak info yg saya baru tahu dari artikel ni.

    ReplyDelete
  8. Wahhh tak sangka kita yer yang pampers sekarang ni dah menggunakan teknologi angkawasan NASA untuk buat suite mereka hehehehe budak-budak sekarang makin moden dan canggih hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Boleh guna reference ni untuk masa hadapan..Boleh share information ini dengan rakan gegurl dan family or even wife in near future...

    ReplyDelete
  10. Ada cabutan bertuah..Bagus juga mencuba..alang2 membeli manatau dapat pulak cabutan bertuah..kan untung

    ReplyDelete
  11. macam menarik la tuala wanita jenama Flowra ni. packing pun comel. beli sambil join cabutan bertuah pun best, mana tau kot ada rezeki kan

    ReplyDelete
  12. Oh wow. nice. jenama baru. suka tengok packaging dia. cantik :) Nanti boleh cuba. hee

    ReplyDelete
  13. This brand is new to me, the packaging and name macam best juga. Nanti sis check out.

    ReplyDelete
  14. Wah! Nampak menarik ni... ada tuala wanita dan lampin pakai buang bayi sekali... ala-ala untuk ibu dan anak gitu... yang paling menarik minat saya adalah kerana Flowradan Bae Bae merupakan satu-satunya tuala wanita dan lampin pakai buang bayi yang mempunyai pensijilan Halal... satu pencapaian yang baik ni... tahniah ya...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.