Cuti-cuti Malaysia | Safari Bukit Gambang Resort City

Ya ampun 2.1.2020 hari ini. Punyalah lama tak menulis. Kekangan masa dengan kehidupan baru memang memerlukan masa untuk 'adjust' agar lebih selesa. Cuma nak kongsikan kisah masa saya family besar pergi bercuti di Bukit Gambang City Resort Pahang.

Kalau memandu dari Kuala Lumpur perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Pandu 'slow-slow' sebab bertolak dari pergi dan check in paling awal pun pukul 2pm. Sebenarnya pertama kali sampai Pekan Gambang Pahang. Dan Gambang sememangnya cukup popular dengan kawasan yang menempatkan begitu banyak institusi pengajian tinggi, seperti Pusat Asasi UIA, Universiti Pahang, kolej matrikulasi dan banyak lagi.

Bandar kecil yang agak sunyi. Jadi pada mereka yang tidak suka ada kesibukan kota akan rasa seronok tinggal disini.

Mula-mula sampai sini, nampak macam kelam jer kawasan ni. Tapi bila dah masuk ke dalam, tak adalah teruk sangat. Apa yang penting kita tengok jadual setiap persembahan yang ada di Safari. Dan saya memang rekomen, korang untuk datang untuk tengok persembahan. Semua menarik dan berinformasi.

Antara port yang anak saya suka, di kawasan unta dan alma. Ianya berdekatan dengan tempat persembahan harimau putih. Oh ya! Dekat sini nak main ATV pun boleh.Harga takdelah mahal sangat, untuk jelajah stau safari.


Antara gambar Anaqi dan Yara yang saya suka. Memang sepanjang percutian ini, Yara memang melekat dengan Anaqi 24 jam ya. Happy Yara sebab abang feveret dia ada sekali. Selain Anaqi Yara memang rapat dengan Akid.


Alhamdulillah. Masa masuk Safari cuaca sangat redup. Tak panas dan tak pula hujan. Cuma kawasan tu tak berangin. So agak panas sebab tak ada angin, hahaha. Tapi kitaorang hokey jer! Janji dapat tengok semua binatang kat situ.

Persembahan burung yang menyeronokkan!

Otw nak tengok persembahan burung. Kita lalui kawasan beruang dan beruk. Kami dapat tengok dari atas. Agak seram juga sebab duk membayangkan kalaulah terjatuh memang selamatlah jadi habuan beruang, hahaha.


Bayangkan hamper penuh trm dengan ahli keluarga kitaorang jer. Hahahaha. Memang meriah. Masa ni kitaorang ikut trip masuk kawasan savannah. Tengok hidupan liar dan jinak pada jarak dekat.

Dalam 30 minit juga kitaorang tengok haiwan kat situ. Paling best, staff  Safari siap berikan banyak info mengenai haiwan kat situ. Menarik sangat! Seperti kita tengok cerita di animal planet. Tapi yang ini dalam real life siap ada 'fun fact', 'true fact'...hahaha.







Banyak sebenarnya gambar diambil dari sini. Tapi macam malas nak masukkan semua, hahahah.

Yang bestnya Safari disini dibuka sehingga malam. Jadi sambil menunggu 2 persembahan pada sebelah malam. Kitaorang makan malam kat sini. Kitaorang order nasi kukus dan set burger homemade. Kedua-dua sedap dan berbaloi.

Beria nak bergambar kat tempat persembahan api pada sebelah malam. Tenaga bebudak ni sangat banyak hokeh. Biarpun seharian sakan berjalan dalam Safari, sebelah malam pun masih bertenaga lagi.

Sebelum persembahan sebelah malam bermula. Kita jalan-jalan lawat haiwan dalam kandang. Banyak juga haiwan yang 'rare' kita boleh jumpa kat sini.

Antara pertunjukan api yang menarik pernah saya tonton. Yang bestnya pemain api ini sangat pandai berkomunikasi dengan audiens. Untuk aksi memang saya sudah melihatnya. Cuma bila ada sedikit selingan drama itu yang menjadi lebih menarik.

Tarzan Adventures ni antara yang best juga. Kisah kelakar dengan gelagat tarzan, pemburu dan gorilla.

Memang best percutian di Safari Gambang Resort City terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sukakan haiwan!

Cuti-cuti Malaysia | Safari Bukit Gambang Resort City Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.