Amani Telah Menyertai Klinik Juara Bowling Anjuran Milo Malaysia



Cuti sekolah baru-baru ini saya telah menghantar Amani ke Klinik Juara anjuran Milo Malaysia. Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis permainan yang ditawarkan didalam modul Klinik Juara. antaranya seperti hoki, bola jaring, bola keranjang, bowling dan banyak lagi.

Tapi memandangkan ianya diadakan setiap hari Sabtu jadi saya telah memilih lokasi latihan yang berdekatan dengan rumah. Dan akhirnya saya memilih bowling. Ini bukan sahaja kerana faktor jarak (latihan di Aeon Shah Alam) bahkan sukan ini sememangnya antara yang diminati Amani.

Apa yang menarik dengan menyertai Klinik Juara ini, anak-anak bukan sahaja diajar dengan asas permainan bahkan beberapa teknik untuk menajdi pemain profesional juga diberikan. Dan biasanya untuk setiap kelas sememangnya akan diajar oleh jurulatih yang berpengalaman.

Antara kelebihan dengan menyertai Klinik Juara Bowling ini seperti:-

KEMAHIRAN TEKNIKAL
Pelajari tip-tip dan teknik yang betul daripada jurulatih profesional.

KOORDINASI TANGAN-MATA
Tingkatkan koordinasi tangan-mata anak anda melalui latihan berstrategi.

TUMBESARAN FIZIKAL
Perolehi kekuatan kardiovaskular dan otot melalui latihan dan tubi.


Amani biarpun beliau meminati sukan ini tetapi sebenarnya beliau tidak mempunyai pengetahuan asas didalam teknik balingan bola bowling. Sekadar bermain suka-suka bersama keluarga mahupun bersama rakan di waktu lapang.

 Lebih kurang ada 8 sesi latihan so lebih kurabg 2 bulan. Dan setiap latihan lebih kurang ada 2 jam. Oh ya! Bayaran yang dikenakan adalah RM100 sahaja. Dapat t-shirt lMilo dan goodies bag. Setiap kali selepas latihan akan diberikan air kotak Milo.

Ke semua peserta Klinik Juara Bowling bergambar kenangan.

Klinik Juara Milo ini diadakan berkala setiap tahun, so korang kalau nak tahu lebih informasi dan aktiviti terkini boleh layari www.milo.com.my

Amani Telah Menyertai Klinik Juara Bowling Anjuran Milo Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.