SATURDAY HAWKER NIGHT DI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM


Sepanjang bulan Disember, jangan ketinggalan untuk datang ke Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) dan merasai sendiri pengalaman di bufet berkonsepkan gerai, Saturday Hawker Night yang diadakan di Restoran Royale Songket, Aras G pada setiap Sabtu.


Terdapat 10 gerai yang menampilkan konsep berbeza bersama pelbagai jenis masakan dan kudapan ‘Arabic Tent’, ‘BlueWave Delicacies’, ‘Night Hawker’, ‘Little India’, ‘Texas Ranch’, ‘Penang Street’, ‘Italian Corner’, ‘Nyonya Street’, ‘China Town’, ‘Gerai Sup’ dan ‘Dessert Corner’.

Tetamu boleh memulakan makan malam dengan mencuba menu di gerai Arab Tent iaitu Shawarma bersama Roti Pita dan Roti Naan. Di gerai Night Hawker pula, terdapat Roti John, Keropok Lekor, Popiah Goreng dan Celup-Celup manakala aneka gorengan boleh didapati di gerai BlueWave Delicacies.

Bagi menambah lagi kemeriahan bufet malam bertemakan gerai-gerai, masakan India juga ditawarkan di salah sebuah gerai iaitu gerai Little India. Antara menu disitu ialah Roti Canai, Vadei, Marukku, Dhall, Kari Ikan, Kari Kambing, Kobis Goreng Kunyit, Daging Hitam, Ayam Goreng Berempah, Sambal, Papadom dan Nasi Putih.


Bagi peminat makanan Barat, jamu selera anda dengan Foot Long Sausage dan Piza di gerai Texas Ranch manakala Pasta E-Olio, Sos Bolognese dan Bebola Daging Keju Berkrim pula disediakan di gerai Italian Corner.


Rasai snek dan masakan kegemaran Malaysia di gerai Penang Street, Nyonya Street, China Town dan gerai Sup. Makanan kegemaran ramai seperti Rojak Buah dan Sotong Kangkung boleh didapati di gerai Penang Street. Bagi mereka yang menggemari masakan Cina, nikmati Dim Sum, Chinese Pancake dan Mee Wanton di gerai Chinese Town.


Selain itu, tetamu boleh mencuba masakan di gerai Nyonya Street yang menawarkan Laksa Nyonya Melaka. Di gerai Sup pula, terdapat Sup Tulang Daging Tetel dan Szechuan Crab Meat Soup.


Semestinya suasana gerai mampu menaikkan selera, tetamu akan teruja untuk mencuba aneka pilihan pemanis mulut untuk melengkapkan keseronokan pada malam Sabtu. Antara pilihannya termasuklah Air Batu Campur Leleh, Ice Cream, Bubur Jagung Manis dan Aneka Kek.


Saturday Hawker Night di Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan berlangsung pada setiap Sabtu sepanjang bulan Disember dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Harga yang ditawarkan adalah RM 69.00+ untuk dewasa dewasa, manakala harga kanak-kanak dari 4 tahun hingga 11 tahun ialah RM34.50+. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833 sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman web www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.

Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Tempoh promosi : Setiap Sabtu pada Disember
Harga : RM 69.00+ Dewasa, RM 34.50+ Kanak-Kanak

SATURDAY HAWKER NIGHT DI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 11, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.