Vivo V17 Dengan Kecanggihan Skrin Ultra O Dan Rekabentuk 5 Kamera


Yerp!! Terkini jenama vivo telah memperkenalkan V17 di Malaysia. Apa yang hebat mengenai V17 ini adalah ianya dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang dapat memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka.

V17 tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, sekaligus membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 sememangnya menjadi pilihan mereka yang suka bergaya!

"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5-kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi," 

"Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia."

Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia. 






Reka Bentuk Skrin Ultra O Terbaharu Membuka Pintu ke Dunia Baru

V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas, suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan. Paparan Super AMOLED mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru.


Peranti pintar ini juga disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah.

Kamera AI Quad 48MP dan Kamera Depan 32MP untuk Merakam Momen-Momen yang Tidak Boleh Dilupakan

V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat menyampaikan pengalaman fotografi yang terbaharu dengan kejelasan foto yang lebih baik. Peranti pintar ini juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

Salah satu gambar AI

Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah. Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja.

 "Super Night Selfie" 



Kapasiti Bateri yang Besar dan Prestasi Perisian yang Terbaik untuk Penggunaan Sepanjang Hari

V17 juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugas harian mereka hanya dengan menggunakan peranti pintar mereka, sama ada untuk kerja, bersosial atau hiburan. Ia disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa. Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.

Untuk gamer  pastinya teruja apabila vivo V17 ini telah dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang dapat menyediakan pengalaman permainan terbaik. Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif dapat mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menyeronokkan. V17 juga dilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang bolehkan gamer menggunakan pelbagai versi suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.Menarik bukan? Hehehe.

Secara ringkas, spesifikasi vivo v17 adalah seperti berikut:-




vivo V17 ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White. Dan telefon pintar vivo V17 ini  boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019.

Harga yang ditawarkan untuk vivo V17 adalah RM1699. Dan korang boleh membuat pra-tempahan sekarang!

Barang baik di pasaran,
vivo v17 menjadi rebutan!

Vivo V17 Dengan Kecanggihan Skrin Ultra O Dan Rekabentuk 5 Kamera Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 18, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Hahaha kak kte suka la camera vivo v17 ni sebab muka nampak peloles nampak lawa je dalam gambar hahahah

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar gambar yang diambil ngan kamera vivo ni. Selfie saja laa kalau ada phone ni haaaaaa..

    ReplyDelete
  3. Fuh makin peloles la muka orang2 yg ditangkap ye. Kalau gini dah takde originality dah. Kadang saya jumpa orang in person rasa terkejut sebab dalam FB dalam socmed nampak lagi cantik. Haha.. hadoi

    ReplyDelete
  4. Kakak emi baru 2 hari lepas beli phone jenama vivo, tapi emi lupa pulak nak tanya model yang mana. entah2 model ni tak?

    ReplyDelete
  5. lawa gak features camera dia yang super night selfie tu takdelah kelam je gambar hahaha

    ReplyDelete
  6. Mantap handphonenya dengan harganya yang berpatutan. Megapixel pun tinggi dan gambar semua cantik-cantik. Lepas ni kena try camera nya kat kedai nanti

    ReplyDelete
  7. Cantik hap dia. Makin canggih. Kamera jugak lawa semua.

    ReplyDelete
  8. Wallaaa makin canggih.. Kite masih dengan v7 wak.. Hehe.
    Tapi memang terbaik vivo ni dah berjuta kali jatuh pun still elok lagi

    ReplyDelete
  9. Aduh.. cantik pulak handphone vivo baru ni. Suka pulak tgk camera belakang tu nampak eksklusif je. Harga pun boleh tahan dengan functions yang ada tu. Kira yang suka bergambar ji wajib beli vivo17 ni.

    ReplyDelete
  10. Canggih betul phone zaman skrg ni. Sis yg lama ni pun dok terkial kial nak guna..hahaha.
    Teringin gak nak pakai phone cantik n canggih..tapi tu lah..budget lari tu akhir tahun

    ReplyDelete
  11. Cantiknye gambar kamera vivo v17 ni. Perlu gi survey fon ni. Takyah dah guna kamera guna fon je nak snap photo

    ReplyDelete
  12. Cun jugak VIVO V17 . Buat video pun sure cun dan dari segi harga nampak berbaloi. Tengok fulus new yer ni macam mana kotla ada rezeki lebih boleh la sambar satu .. hehehe

    ReplyDelete
  13. Wah, memang lawa design phone ni! Memang sekarng ni saya tengah kumpul duit nak beli phone baru, bolehlah masukkan phone ni senarai yg bakal dibeli

    ReplyDelete
  14. wow. vivo aida pun dah jauh ketinggalan ni meskipun lom lagi 2 thn pakai :)
    dah 17 dah.
    and harga ok, affordable lah dgn specs yg ohsem tu.
    aida ni lain2 tak reti, cuma tgk tang camera jer :)

    ReplyDelete
  15. Vivo memng best.. Hehehe.. Nad pengguna vivo.. Gmbr canyik dan terang.. Tapi waktu malam sama jugala.. Hehehe.. Banyak phone sekarang.. Sush pulak nak memilihnya

    ReplyDelete
  16. Banyak sgt telefon canggih sekarang ni. Vivo ni pun blh tahan power jugak. Harga pun sgt berbaloi kalu beli. Rse mcm nk beli sebijik je.

    ReplyDelete
  17. spek vivo nie boleh tahan canggih dan advance ya. harga pon bolehlah affordable untuk spesifikasi sebegitu. tengah riki2 phone jugak nie

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.