Sambutan “RAT-tical” Chinese New Year di Sunway Lagoon


Sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon Malaysia memang cukup meriah. Dan pada tahun ini Sunway Lagoon telah menganjurkan  “RAT-tical” Chinese New Year. Jika korang hendak menemui Captain Quack & Friends bolehlah ke Sunway Lagoon yang bermula dari 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020!


Pada hari pertama dan kedua Hari Raya Cina iaitu 25 dan 26 Januari 2020, kita boleh saksikan Chinese New Year Lion Dance & Seasons Drums dan juga persembahan epik “A Mouse’s Tale” daripada  Captain Quack & Friends dan Sifu Lao Shu.


Memang meriah! Apatah lagi drama sebabak yang dipersembahkan mempunyai mesejnya yang tersendiri. Iaitu simbolik daripada persahabatan dan persengketaan serta persefahaman dan perpaduan.

Makan Besar di Beach Bistro

Oh ya! Korang juga boleh menikmati makan besar di Sunway Lagoon. Ini terutama apabila korang ke sini bersama ahli keluarga yang lain. Yerp! Di Beach Bistro Sunway Lagoon turut menawarkan yee sang :-)

Yee sang sepertimana yangkit aketahui ianya adalah salad ikan mentah gaya Chaozhou yang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Hidangan ini juga dikatakan lambang kepada kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Korang boleh dapatkan lebih info mengenai hidangan yang ditawarkan dengan menghubungi talian 03-56210200, 010-4369699 dan 010-6671735

Jom makan besar di Beach Bistro Sunway Lagoon.


Rasai Pengalaman Menyusuri Zambezi River Yang Baru Dibuka

Antara tarikan  yang menarik dan perlu dirasai oleh semua pengunjung Sunway Lagoon - Zambezi River. Telah dibuka secara rasmi dengan pemandangan persekitaran yang lebih menarik dan lebih cantik.



Begitu gembiranya anak-anak saya ketika berada di sini. So, korang jangan lupa menikmati keseronokan bermain air di Zambezi River.



Apabila dapat bercuti bersama keluarga , itu adalah momen yang tidak mungkin dapat dilupakan

Aktiviti RAT-tical Yang Lain
Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena dengan tahun tikus tahun Baru Cina di Sunway Lagoon, antaranya seperti:-
  • Rat Race Animal Kingdom
  • Chapteh
  • Sand Art
  • Wishing Love Pond
  • Lucky Tree
  • Fortune Chest
  • Huat Cheese Mountain



Anak-anak memang suka dengan aktiviti Sand Art. Dan aktiviti ini diadakan sepanjang tempoh kempen sambutan yang bermula dari jam 3.00 petang sehingga 3.30 petang.



Lucky Tree akan diadakan dari jam 11 pagi sehingga 11.30 pagi, lokasi acara ini berhadapan Scream Cafe Stage.

Wishing Love Pond, yang terletak berdekatan dengan Carousel. Sepanjang kempen sambutan aktiviti ini bermula dari jam 10 pagi sehingga 10.30 pagi sahaja.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena dengan smabutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon. Untuk keterangan lanjut boleh layari :-


Sambutan “RAT-tical” Chinese New Year di Sunway Lagoon Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 20, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Wahh Sunway Lagoon pon ada sambutan Chinese New Year yeaa, nampak menarik dan meriah jugak anjuran mereka. Nanti bolehla pergi ke sana lagi 😁

    ReplyDelete
  2. Wahhh menariknya aktiviti yang dianjurkan disana. Ni kalau bebudak ni confirm tak nak balik hehehe.

    ReplyDelete
  3. Wah meriah sungguh majljs sambutan Tahun Baru Cina di Sunway ni ya. Mesti kanak kanak suka berlibur di sini.

    ReplyDelete
  4. Wah meriah betul ye kak sambutan CNY kat Sunway. Anak-anak suka sangat la dengar acara2 camni. Memang betul-betul meriah ni! Kte lak yang teruja haha

    ReplyDelete
  5. eh dah buka ye, tahun lepas pergi still under construction. fuh meriah.. lagi seronok la lepas nak mandi manda kat sunway lagoon

    ReplyDelete
  6. Bestnye. Macam2 aktiviti Sunway buat sempena CNY. Dah lama tak pegi Sunway Lagoon

    ReplyDelete
  7. Wowww Sunway Lagoon ni apa-apa perayaan kalau dia buats ambutan mesti meriahkan...dan yang sedihnya, Sis belum pernah sampai lagi Sunway ni huhuhu

    ReplyDelete
  8. Wah Sunway Lagoon buat sambutan CNY. Walaupun CNY tinggal beberapa saja je lagi tapi dapat rasa dah kemeriahan sambutan CNY nanti

    ReplyDelete
  9. wah meriahnya sambutan CNY kat sunway Lagoon! syok siap pakej mandi manda tu kan

    ReplyDelete
  10. Wow best nya Sunway LAgoon, gambar2 pun menarik and nampak seronok sangat! eiii rasa nak bawak anak pergi minggu ni jugak! :p

    ReplyDelete
  11. Menarik tul aktiviti kat Sunway Lagoon time CNY ni. So, mana-mana family yang tak balik kampung tu leh la plan datang ke sini. Boleh gak anak-anak berseronok kan..

    ReplyDelete
  12. Wow!!! Menariknya tengok suasana yang meriah tu... Nampak happy je anak-anak main air beserta mainan yang ada kat sana tu... sebenarnya, saya ni, rumah memang dekat je dengan Sunway Lagoon... tapi tak pernah pergi lagi... hehehehe... ni yang nak kena pergi ni...

    ReplyDelete
  13. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. View and Download pictures, videos, stories, igtv with the help of instagram web viewer and downloader –
    Instagram viewer.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.