Kismis California, Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Antara jenama kismis di pasaran, saya cukup gemarkan California Raisin. Biarpun saiznya kecil tetapi kualitinya sangat hebat apatah kaya dengan khasiat. Saya difahamkan kismis mengandungi 35% fruktosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi dan juga sumber tenaga yang tidak mempunyai lemak mahupun kolestrol.

Antara kelebihan Kismis California seperti :-

  • Mempunyai rasa manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan.
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol. 
  • Rendah natrium (garam) semulajadi.
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Mengandungi fitonutrien yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.

Lebih menarik kismis bukan hanya boleh dinikmati begitu sahaja bahkan kita boleh jadikannya sebagai salah satu bahan dalam sajian. Dan saya telah berpeluang merasai sendiri hidangan yang dihasilkan oleh chef bertaraf dunia didalam satu majlis "Sanplings On The Fourteen Restaurant".

Resepi hidangan adalah hasil ciptaan chef selebriti antarabangsa  bertaraf 2 bintang Michelin iaitu Chef Emmanuel Stroobant dan juga chef jemputan iaitu Chef Anton Rose.

Chef Emmanuel Stroobant telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak beliau berusia 16 tahun lagi. Di mana ketika itu beliau bermula sebagai pembantu dapur. Hasil kerja keras dan komited beliau dalam bidang kulinari sehingga sedekad lamanya meletakkan beliau kini antara chef hebat yang cukup dikenali serata dunia.

Antara portfolia gah yang pernah dipegang oleh Chef Emmanuel ialah sebagai chef pengacara untuk saluran AFC bertahun-tahun lamanya dan kini beliau telah memiliki restorannya sendiri di Kota Singa iaitu Singapura yang dikenali sebagai 'Saint Pierre'.

Antara hidangan yang dihasilkan oleh Chef Emmanuel seperti:-

  • Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga
  • Pasta Kismis Caifornia dengan Jintan Hitam dan Udang
  • Kismis California dengan Rusuk Lembu dan Buahan Musim Sejuk


Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga

Pasta Kismis Caifornia dengan Jintan Hitam dan Udang

Kismis California dengan Rusuk Lembu dan Buahan Musim Sejuk

Untuk pemanis mulut pula, saya dapat merasai sendiri air tangan dari Chef Erich Anton Roos dari Switzrland telah melibatkan diri dalam bidang kulinari selama 40 tahun. Menembusi pasaran kulinari antarabangsa terutama di negara Barat dan Asia. Dan kini Chef Erich berkhidmat di Bangkok memberi tumpuan terhadap perundingan dan perncangan strategik untuk keperluan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa. 

Chef Erich telah menyediakan 3 jenis manisan iaitu:-

  • Mufin kismis California dengan krim
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California
  • Paf Epal

Saya juga telah mencuba soda sparkling raisin. Sedap dan menyegarkan!! Haks.

Sememangnya sangat penting pengambilan buahan dalam diet pemakanan setiap hari. Seperti yang disyorkan kita perlu mengambil lebih kurang 1 cawan buahan segar yang mana ianya lebih kurang 1/2 cawan kismis.

Namun secara peribadi, kismis lebih praktikal dan mudah kerana kita boleh menikmatinya di mana sahaja. Tepuk dada tanyalah selera!

.
Rentetan itu, tidak dinafikan kehebatan nikmat buah kismis yang begitu kecil saiznya tetapi memberi impak yang besar dari segi rasa dan khasiat semulajadi. Dan pastinya kismis akan menjadi kudapan ringkas untuk saya dan keluarga, selain menjadikannya sebagai salah satu bahan dalam masakan. Barulah dinamakan 'kita amalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan setiap hari'!

Boleh layari laman web berikut untuk keterangan lanjut:-


Kismis California, Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 11, 2020 Rating: 5

22 comments:

  1. wah tak sangka kismis masuk dalam menu makanan. nampak sedap sangat ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya memang suka makan kismks. Nak naka kalau buat nasi hujan panas bubuh kismis memang sedap

    ReplyDelete
  3. suka makan kismis ni sebab tak manis sangat macam kismis lain. Soda tu nampak sedap lah. Kalau menu masakan kita, kismis ni ada dalam nasi beriani ataupun masak kurma. Sedap jadinya!

    ReplyDelete
  4. California Kismis memang kismis yg saya minat apabila membuat kek khususnya kek buah. Nak cuba la resepi yang dibuat chef ni nampak menarik.

    ReplyDelete
  5. Tengok kismis ni teringat arwah Abah yang paksa kami dulu makan kismis supaya katanya tak cepat jadi nyanyuk hahahaha..sakan kami adik beradik telan kismis. Tapi jenama yang ini memang sedap, senang nak bawa sebab pekm kecik kan...

    ReplyDelete
  6. Kismis jenama ni mmg lama bertahan kn kak.dari saya kecik,dh mmg ada.sedap pun yer.selalu beli ni bila tiap kali singgah mini market sbb nmpk dpn cashier.hihi

    ReplyDelete
  7. I love Sun Maid raisins. Memang sedap rasa nyer. Thank you for sharing your review. Have a good day.

    ReplyDelete
  8. Sun Maid ni dulu adalah bekalan Rawlins masa sekolah rendah. Memang nostalgik bila terkenang razanya yang lazat tu. Nanti nak suruh adik try masak dengan Sun Maid la.

    ReplyDelete
  9. Murni memang selalu amalkan makan kismis ni setiap hari..tak sangka banyak pulak resepi yang boleh dibuat menggunakan kismis ni..nampak sedap pulak tu

    ReplyDelete
  10. sedap nampak semuanya tu. jarang nampak org letak kismis dlm paste. kalau nasi tu ada la...

    ReplyDelete
  11. Alaaa..taun ni sis x dpt rasa kismis ni..sodehhh. Kalau dpt makan cam tu aje..bagi pandai sikit otak ni..hehehe. Masuk dlm nasi minyak pun sodap ni

    ReplyDelete
  12. Kismis ni kira agak lama jugak dalam pasaran kan? Tengok gmbr2 ni , baru dpt idea macam2 utk masak bAgi anak makan

    ReplyDelete
  13. Hebat betul diaorang ni boleh buat menu menu yang unik guna kismis je. Kalau saya kismis tu untuk makan macam tu je. Tak pun letak dalam nasi hujan panas

    ReplyDelete
  14. dulu2 suka dan selalu makan ni. buat kudap2 atau masuk dalam masakan.

    ReplyDelete
  15. Yaya suka juga kismis Sun Maid ni..sedap kalau makan oat campur dengan kismis. Kalau buat puding roti memang berlambaklah tabur kismis. Hihi

    ReplyDelete
  16. Bagus buat maknn dari kismis ni.. Manis satu, berkhasiat dan elok pun ye.. Selalu makna masuk dalam nasi minyak je.. Ni boleh pelbgaai lagi

    ReplyDelete
  17. kismis ni memang bagus.
    anak2 aida memang amalkan makan kismis every morning.
    the first food diorang ngap before breakfast.

    ReplyDelete
  18. Memang sedap kismis ni. dulu2 selalu makan. nampak sedap jugak menu guna kismis ni :)

    ReplyDelete
  19. Saya kalau beli raisin suka beli brand ni.. Sebab rasa dia tu mcm xsama skit dengan raisin laim.. Lagipun brand ni trusted kan.. Dah lama ada kt pasaran

    ReplyDelete
  20. Kismis brand ni sangat sedap dan rasa tak terlalu manis. Masa kecil selalu makan.

    ReplyDelete
  21. Kismis mmg menjadi kegemaran Bonda ni...kalo mak buat kek kukus tu, mesti bahan utama dia kismis...sambil masuk dlm kek, sambil masuk mulut...hahahha

    ReplyDelete
  22. Memang sedap dan sihat dengan masakan kismis California. Mouse mommy pun enjoy mkn jugak :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.