MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA SEMUA WAKIL JUALAN TERTINGGI MEERACLE

MEERACLE, satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kereta Mercedes-Benz kepada semua wakil jualan yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun 2018. Majlis eksklusif ini diadakan pada 28 Mac 2019 di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle)dan Puan Siti Azlina Md Halil (Master Stokis Meeracle)

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membuktikan bahawa pihak syarikat sangat komited di dalam memperkasakan wakil jualan MEERACLE. Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama berusaha mencapai misi syarikat pada tahun 2019.


Aksi Puan Siti Azlina Md Halil (Master Stokis Meeracle) mencuba kereta barunya

Majlis ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada kesemua wakil jualan yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle) dan para Master Stokis Meeracle yang memenangi kempen #menjadidenganmeeracle :-


1. Puan Masdiana Mohamadiah
2. Puan Siti Azlina Md Halil
3. Puan Meera Nordin (Pengasas Meeracle)
4. Puan Nazariah Mohd Shah
5. Puan Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman


Kempen #menjadidenganmeeracle ini telah dijalankan selama 7 bulan bermula dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan galakkan kepada semua wakil jualan untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Ketua Unit Pemasaran MEERACLE, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan dalam satu temubual bersama media bahawa kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan MEERACLE akan berjaya memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya.

Ini bermakna, MEERACLE akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi MEERACLE iaitu untuk memperkasakan para wanita daripada segi sosial dan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.

MEERACLE juga akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA SEMUA WAKIL JUALAN TERTINGGI MEERACLE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 21, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.