Fasha Sandha Kini Duta InnerShine

Punyalah excited bila jumpa dengan produk makanan tambahan yang digemari iaitu InnerShine. Saya memang suka dengan rasa buah beri dan prun apatah lagi apabila ianya didatangkan dalam bentuk pati, memang rasanya lebih menyegat dan 'pure' pekat.

Untuk pengetahuan korang, Innershine Pati Prun sangat berkesan untuk sistem penghadaman, ianya dapat membersihkan bahagian tubuh dalaman dan membantu memberi keserian pada wajah dalam masa 12 hari.

Selain itu gabungan pati buah prun dan vitamin E boleh meningkatkan keupayaan perlindungan kulit daripada radikal bebas yang terdapat di persekitaran dan sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. Suplemen yang berkhasiat ini 100% berasaskan daripada buah-buahan yang kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin (sejenis serat yang boleh larut dan membantu penghadaman serta dapat menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh badan).

Manakala InnerShine Pati Beri diperkaya dengan Vitamin A, C dan E serta Zink. Di mana vitamin C dan E dapat membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Selain itu ianya juga diperkaya dengan nutrien dari 7 jenis beri iaitu blueberi, strawberi, anggur, kranberi, chokeberries, acai beri, dan elder berries. Beri yang kaya dengan anti oksida ini dapat membantu melindungi kulit daripada UV. Selain itu ianya boleh menjadikan kulit lebih licin dan awet muda.

Dan untuk tahun 2019, Fasha Sandha telah dilantik terbaru InnerShine selaras dengan pengenalan 2 produk terbaru InnerShine di pasaran iaitu InnerShine Beri dan InnerShine Prune. Menurut Fasha, beliau percaya kecantikan sebenar adalah datang daripada dalaman. Sebagai seorang wanita yang sangat mementingkan penjagaan kesihatan, Fasha sentiasa memilih produk suplemen yang terbaik untuk kulit dan badannya. Dan InnerShine adalah pilihannya yang terbaik. InnerShine yang kaya dengan nutrien boleh menyerlahkan kecantikan secara holistik serta meningkatkan imunisasi badan.

Sehubungan dengan pelantikan Fasha Sandha sebagai duta, InnerShine turut mengumumkan tentang penajaan drama bersiri 14 episod iaitu Patah Sayap Bertongkat Paruh yang turut dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai peneraju utama. Ianya ditayangkan di saluran Atro Ria bermula 3 April 2019.

Untuk tahun kedua InnerShine bekerjasama dengan Watsons Malaysia menganjurkan Peraduan Pencarian Wajah #InnerShine Cantik Semulajadi. Peraduan ini bermula dari 5 Mac sehingga 14 April 2019. Seramai 30 pemenang dicari dan bakal memenangi wang tunai sebanyak RM300 dan hamper bernilai RM100. Caranya mudah sahaja, dengan hanya membeli produk InnerShine 12 botol daripada mana-mana Watsons. Ambil gambar secara kreatif bersama produk InnerShine Muat naik di laman sosial samada FB ataupun instagram. Letakkan kapsyen kreatif (cara korang menjaga kesihatan dan kecantikan) bersama hashtag #InnerShineCantikSemulajadi2019. Simpan resit sebagai bukti pembelian ya! Seramai 5 pemenang dicari setiap minggu.


Le's cantik bersama InnerShine!!!
Fasha Sandha Kini Duta InnerShine Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Hi, nak tanya, boleh ke saya consume 1 malam pati beri and malam esoknya pati prune innershine?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.