50 Juadah Selera Kampung di Nate' Bistro Ara Damansara

Nate' Bistro restoran yang terletak di Ara Damansara di sebelah belakang bangunan pusat membeli-belah Citta Mall ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Lokasi kedainya agak strategik dan terdapat banyak parkir disediakan berdekatan dengan kawasan restoran. Untuk hari biasa, restoran ini beroperasi seawal 7 pagi sehingga 8 malam. Dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Namun untuk bulan puasa nanti akan dibuka setiap hari, khas untuk ramadhan buffet.

Dan baru-baru ini saya bersama rakan yang lain berkesempatan menghadiri preview juadah berbuka puasa yang bakal ditawarkan sepanjang bulan ramadhan tahun ini. Apa yang menarik selain daripada keluasan restoran yang cukup luas dan selesa. Turut ditawarkan 50 juadah hidangan selera kampung yang hebat dan enak mampu memenuhi gastronomi masyarakat Malaysia

Selain itu, sepanjang bulan ramadhan juga akan disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan. Kita juga boleh solat berjemaah disini kerana pihak restoran juga turut menjemput imam bagi mengimamkan solat.

Sejujur dan seikhlasnya, saya memang sangat sukakan hampir semua makanan yang dicuba. Ini kerana walaupun hanya 50 juadah (bagi saya sudah banyak) sahaja namun dari segi RASA memang terbaik. Hidangan selera kampung yang ditawarkan memang benar-benar menyelerakan apatah lagi kebanyakannya adalah lauk pauk melayu tradisi yang memang menjadi pilihan sejak dulu lagi.

Antara hidangan yang mencuri perhatian saya seperti:-

Asam pedas ikan pari

Kari daging

Ayam goreng berempah

Ayam masak kicap

Sambal Udang

Rendang ayam

Gulai lemak labu

Gulai ikan patin

Kari ayam

Paru goreng bercili


Siput sedut masak lemak

Sayur goreng jawa

Gulai terung

Daging dendeng

Rojak dan ikan masin

Pelbagai jenis ikan bakar

Segala macam sambal yang memang padu kalau dinikmati bersama ikan bakar!

Pelbagai jeruk sebagai pencuci mulut

Terdapat pelbagai kuih tradisi yang boelh kita cuba. Paling say asuka kuih lopis, kuih koci dan kuih kole kacang. Memang feveret sejak dulu lagi.

Terdapat juga buah-buahan sebagai manisan mulut.


Pengat pisang yang sedap!!!

Minuman panas dan sejuk.

Di bahagian luar juga dibuka beberapa booth untuk masakan panas seperti murtabak, roti john dan pelbagai lagi.

Murtabak disini antara yang tersedap pernah saya nikmati. Isi dagingnya yang padu dan ramuan rasa didalamnya cukup sempurna.

Disediakan juga kawasan khas untuk mereka yang merokok. Jadi untuk perokok selepas berbuka bolehlah ke tempat khas yang disediakan.

Memang menikmati sepinggan ini tidak cukup tau. Hampir semua hidangan disini ingin dirasai. Semuanya sedap-sedap.

Keterujaan saya dengan hidangan selera kampung yang hebat ditawarkan di Nate' Bistro. Saya sangat rekomen untuk korang datang berbuka di sini, terutama jika hendak berbuka bersama keluarga mahupun rakan taulan. Banyak piilihan lauk pauk yang enak dan sememangnya kita akan berpuas hati dengan rasa dan pilihan juadah yang ditawarkan.

Harga yang ditawarkan adalah RM65, untuk pembelian voucher sebelum bulan puasa harga voucher yang ditawarkan adalah RM55 (jimat RM10). Untuk kanak-kanak bawah 7 tahun adalah PERCUMA.

Sebarang pertanyaan lanjut dan pembelian voucher boleh layari :-
https://www.instagram.com/nate.bistro/ atau hubungi terus ke talian 0376802840

Jom berbuka di Nate' Bistro!!
50 Juadah Selera Kampung di Nate' Bistro Ara Damansara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 10, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Eh RM 65 je kat Nate Bistro. Fikir mahal sangat tengok dari gambar2 dia. Selalu pi Citta Mall tapi xpernah nak pi kedai belakang dia tu. I baru tau~~

    ReplyDelete
  2. Wah.. ada baucer untuk dibeli sebelum Ramadhan.. banyak juga penjimatan tu.. RM10 jimat.. boleh la beli untuk persediaan berbuka puasa di bulan Ramadhan dekat Nate Bistro ni.. 50 juaadah selera kampung kot.. geram tengok menu-menu dalam gambar ni

    ReplyDelete
  3. menarik betul menu2 dia semuanya mmg menu kampung my favourite..mmg kalau 50 menu tu dah cukup berbaloi dengan harga siap ada voucher RM55 dan kids below 7y is free..kalau dekat mmg dah serbu bln ramadan nti hihi

    ReplyDelete
  4. first time know about Nate' Bistro restoran at Ara Damansara area. The food look so authentic. But I scared very pedas haha. however it's good price for the whole family to enjoy la

    ReplyDelete
  5. Nate' Bistro ?First time tahu pasal restoren ni .Erm tak sangka ada asam pedas ikan pari tuh .favourite saya .banyak juga menu lain yang sedap sedap .berbaloi dengan harga yang ditawarkan siapa ada baucer lagi .lagi best free untuk anak anak bawah 7 tahun

    ReplyDelete
  6. OMG !!!
    Sambal udang petaiiii !!! Ikan Patinnnn!!!
    Hahaha excited pulak bila nampak favorite food ni!!! dah boleh susun jadual nak pergi restoran mana sepanjang bulan puasa nanti. yang pastiii! restoran ni akan masuk dalam list muahahaha

    ReplyDelete
  7. banyaknya makan! suka tengok buffet makanan banyak dan best menu dia macam ni.memang kenyang la lepastu tak tahu nak pilih makanan yang mana

    ReplyDelete
  8. Ini betul2 selera kampung. Klu makanan macam ni boleh la ubat rindu kt kampung. Nk balik kene tunggu raya. hehehe. Harga pun boleh tahan murah. Nk kene try ni.

    ReplyDelete
  9. bestnya tengok awak pergi makan. Sedap-sedap pulak tu menu yang dihidangkan. Terliur kita dekat rumah ni lepas makan nasi lemak sendu. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Woww kanak2 bawah 7tahun tu percuma. Susah nak dengar.haha. suka lauk kampung camni. Kena dengan selera tekak nak makan. Asam pedas ikan pari tu nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  11. Adududuhhhhh... Memula nampak dah terliur kat rendang ayam, pastu ada lak gulai ikan patin, nampak lak paru voreng belada favorite kita! Awakkkk jahat lah!
    Nanti teman kita berbuka kat sini eh. Murah gak pakej dia kan.
    Baru tau nama kedai ni dan ada lak favorite food kita. Mmmmmm....... Yuk!

    ReplyDelete
  12. 50 menu juadah.. Mak aih.. Banyaknya la hai..
    Kita ni kalau makan 2 jenis lauk pun dah cukup dah.
    Menu dia semua menyelerakan la..
    Tergoda kita.. Hehe
    Harga pun tak mahal mana..

    ReplyDelete
  13. Jarang jarang nak jumpe buffet yang buat lauk pauk kampung ni kan. Waktu buffet ramadan je yang banyak tempat buat macam ni. Baru terubat rasa rindu nak makan lauk kampung

    ReplyDelete
  14. Meriahnya Buffet Ramadhan ni, Paling best hidangan dalam kawah tu, Kalau saya comfirm akan ceduk yang itu dahulu.. Sebab suka masakan panas-panas memang tu yg menarik ke situ dulu.

    ReplyDelete
  15. Salah satu tempat yang ade siput sidut.. Rasa tempat lain yang orang post takde.. Alahai feveret ni.. Lama tak makan siput sidut.. Sedap sangat tengok semua maknan dekat sini.. Bolehla masuk dalam list tempat makan nanti

    ReplyDelete
  16. murah sangat kalu rm65 harga dewasa. lagi pun dekat je dengan office kat shah alam. boleh la consider datang berbuka puasa kat sini.. rasanya kalu datang awal tak jem sangat jalan tu.. menu pun sedap

    ReplyDelete
  17. 50 juadah mencukupi kalau dijaga kualiti dan rasa sebab memang orang akan tercari-cari. Kalau banyak tapi kualiti dan rasanya ke Lautan Hindi watpe ye tak

    Lain kali ajak I ok

    ReplyDelete
  18. Wah ok juga ramadan buffet spread ini. 50 dishes for only RM65 eat all you can. Dish yang i paling paling minat and suka sekali is Siput sedut masak lemak.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.