Sesi Sembang Santai Superkids, Perkongsian Potensi Kanak-Kanak Dan Produk DXN

Satu sesi sembang santai Superkids perkongsian potensi perkembangan kanak-kanak telah diadakan di DXN Cyberville. Sesi sembang santai berlansung selama empat jam mengupas pelbagai kisah dan pengalaman yang telah dikongsikan oleh ibu serta penjaga yang telah dijemput istimewa oleh pihak DXN. Perkongsian ini mencakupi tentang anak pintar, autisme dan juga eczema.


Pelbagai infomasi dan tips yang dikongsikan secara santai bagaimana ibu dan penjaga superkids ini dalam membesarkan anak-anak termasuklah dari segi cabaran, kenangan, kekangan dan halangan mengikut keadaan masing-masing.

Kesemua mereka tanpa lokek, berkongsi tips pemakanan dan kesedaran dalam sentiasa meraikan serta menyokong perkembangan anak-anak.

Bahkan turut dikongsikan pengambilan suplemen tambahan anak-anak mereka adalah produk keluaran DXN.  Antara produk yang digunakan ialah RG, GL dan Spirulina.

Anak Austism Cukup Istimewa
Tidak mudah sebenarnya apabila mengetahui cahayamata yang pernah menghuni didalam rahim kita menghidapi autism. Inilah yang harus ditelan oleh ibu yang cukup tabah Haryati Karim, 38.  Ibu yang bekerja sebagai wartawan ini mengakui pada awalnya beliau dan suami berasa begitu sedih mengenangkan nasib anak bongsu mereka, Muhammad Hayyan Hazrel Ezriq yang disahkan doktor mempunyai masalah mild autism ketika berusia tiga tahun.


Namun kesedihan itu tidak lama, Haryati dan suami terus bangkit mencari info-info terbaik dalam penjagaan anak autism melalui menyertai kumpulan ibubapa yang juga mempunyai anak yang menghidapi masalah yang sama.

Apatah lagi dengan adanya pelbagai kempen kesedaran berkaitan dengan autism menjadikan beliau dan suami lebih cakna dalam membantu perkembangan anaknya dari awal. Bersama harapan agar Hayyan dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik pada masa hadapan.
Hayyan mengalami masalah pertuturan, bayangkan  ketika Hayyan berusia tiga tahun dia langsung tidak bercakap sebaliknya hanya menunjuk jika inginkan sesuatu. Selain itu, Hayyan juga tidak mempunya 'eye contact' jika kita bercakap dengannya, tetapi dia boleh bergaul dengan rakan sebaya dengan baik- ujar Haryati.
Selain menghantar ke terapi swasta dan kerajaan, Haryati juga menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia tiga tahun dan kelas renang pada usia lima tahun.
Memang apabila kita anak autism atau anak istimewa tidak kiralah apa masalah sekalipun, perlu banyak berkorban daripada segi masa dan juga wang ringgit.
Kos memang tidak murah untuk menghantar anak ke terapi swasta, sekolah dan aktiviti tambahan yang lain namun apabila memikirkan semua itu membantu perkembangannya Haryati tetap usahakan juga.

Usahanya membuahkan hasil apabila anaknya berusia 4 tahun, Hayyan mula bercakap dan kini pada usia 6 tahun Hayyan boleh berkomunikasi dua hala seperti kanak-kanak lain selain boleh membaca dan mengira.

Bukan itu sahaja, selain rawatan dan terapi di hospital swasta dan kerajaan, Haryati juga mencuba pelbagai rawatan alternatif seperti urutan dan pengambilan supplemen.
Urutan khas untuk kanak-kanak seperti Hayyan membantu untuk dia lebih bertenang dan mudah untuk bertutur.
Saya juga memberi Hayyan supplemen seperti Spirulina, Ganocelium (GL) dan minyak kelapa dara  keluaran DXN untuk membantunya lebih fokus ketika belajar. Selepas enam bulan pengambilannya memang nampak perubahan apabila dia lebih seronok untuk ke sekolah dan mudah menerima apa yang dipelajari - kata Haryati.

 

Sebagai ibu yang memiliki anak mild autism, Haryati mengesa ibubapa segera membawa anak berjumpa doktor jika anak mereka mempunyai perkembangan yang lewat seperti  pertuturan.
Para ibubapa tolong jangan berada difasa 'indenial' atau penafian terlalu lama kerana jika anak benar-benar mempunyai masalah, kelewatan mendapatkan rawatan dan terapi akan memusnahkan masa depan anak anda sendiri.
Lagi cepat mendapat rawatan dan terapi, lebih banyak potensi anak akan berkembang. Jangan berputus ada, sebolehnya usahakan agar anak boleh berdikari dan hidup dengan masyarakat sebab kita tidak selamanya ada bersama mereka.
Kini Tiada Lagi Ekzema
Selain masalah autism turut dikongsikan tentang cabaran untuk memulihkan anak yang menghidapi ekzema dan juga tip untuk menjadikan anak pintar.


Yusnida Mohd Yusoff yang merupakan nenek kepada Iris Mikayla, 5, anak yang menghidapi masalah ekzema sejak berusia 4 bulan. Lebih dikenali sebagai Tok Ma dikalangan cucu-cucunya, Yusnida ada berkongsikab tentang bagaimana beliau dan anaknya menjaga serta memulihkan masalah yang dihadapi oleh Iris.
Saya sudah cuba pelbagai cara dan krim dipasaran, tetapi tidak baik-baik juga. Akhirnya dengan menjaga pemakanan dan memberi supplemen seperti Spirulina dan Ganocelium (GL) keluaran DXN, kulitnya pulih.
Jika ditanya pada cabaran, sememangnya tidak mudah Ini kerana untuk melakukan rawatan secara alami akan mengambil masa yang agak panjang. Ibu bapa atau penjaga anak ekzema perlu banyak bersabar dan jangan berhenti untuk mendapatkan rawatan.
Ekzema ada pelbagai jenis dan setiap orang berbeza-beza kaedah rawatannya. Paling penting harus memastikan kulit sentiasa lembab supaya tidak berasa gatal- kongsi Yusnida.

Anak Pintar Impian Ibubapa
Seronok melihat pada pencapaian Maryam. Anak pintar yang baru berusia 10 tahun ini bukan sahaja sukses didalam pelajaran bahkan aktiviti ko-kurikulum. Beliau juga merupakan atlet renang (perenang laut dalam) yang telah menyertai pelbagai kejohianan.


 Siti Zaleha Mat Yusuf, ibu kepada Maryam atau nama sebenarnya  Aish Arissa Maryam Shaiful Azli  berusia 10 tahun turut berkongsikan amalan pengambilan makanan Maryam dari dalam perut sehinggalah sekarang. 

Menurut Siti Zaleha ketika mengandungkan Maryam beliau memang kerap mengambil susu bersama madu. Beliau juga percaya pemakanan yang terbaik seperti produk alami sangat membantu perkembangan tumbesaran anak.


Maryam memang mengamalkan pengambilan Spirulina dan Ganocelium (GL) sejak berusia enam bulan. Pengambilan secara konsisten menjadikan Maryam sentiasa fokus ketika di sekolah menjadikan beliau seronok belajar.

Sering mendapat tempat pertama di sekolahnya, SJKC Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan, Maryam juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris. Selain aktif  bersukan, Maryam juga merupakan penari Jabatan Kesenian Negeri Sembilan, penari tarian singa dan berkebolehan bermain piano.
Sebagai ibu saya tidak pernah memaksanya untuk membaca buku atau melakukan sebarang aktiviti, sebaliknya semua atas kemahuannya sendiri.
Tambahnya, sesibuk manapun kerjanya, dia akan memastikan makanan anak-anaknya terjaga. Baginya pemakanan dan persekitaran yang sihat amat penting untuk pembesaran anak-anak.

Selain pelbagai aktiviti dan pengambilan supplemen, paling penting adalah makanan yang sihat yang dimasak di rumah dan sokongan kita sebagai ibubapa kepada anak-anak.  Tambah Siti Zaleha yang turut memberitahu anaknya Maryam bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Suplemen DXN Pilihan Superkids
Kesemua ibu-ibu yang hebat ini telah bersama-sama berkongsikan pengalaman masing-masing dalam sesi sembang santai Superkids Sharing Session yang diadakan di DXN Cyberville, Cyberjaya.

Apa yang penting mereka juga telah memberikan supplemen DXN iaitu Spirulina, Ganocelium (GL) and Reishi Gano (RG) kepada anak-anak superkids mereka sebagai makanan tambahan setiap hari. Ini kerana suplement DXN dihasilkan dari bahan semula jadi berkualiti tinggi dan sememangnya  membantu gaya hidup lebih sihat.

Sesi Sembang Santai Superkids, Perkongsian Potensi Kanak-Kanak Dan Produk DXN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 30, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.