Festival Ummah Mega Haflah 2023

Festival Ummah Mega Haflah telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2023 bersamaan 22 Rabiulawal 1445H . Ianya telah berlangsung di Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam.


Untuk info, festival ini adalah anjuran Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat yang merupakan Pengasas #MyInfaqIhsan yang sememangnya sangat aktif terlibat dalam kerja kerja kebajikan, dan #SweetTalkKeSyurga. 


Seramai 500 peserta wanita dari seluruh Malaysia telah menghadiri festival ini. Sambutan yang diterima cukup luar biasa dan hebat.


Lebih meriah dengan kehadiran Asatizah yang dikenali ramai, antaranya seperti:-

i. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022)
ii. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022)
iii. Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023)
iv. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),
v. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),
vi. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),
vii. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
viii. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
ix. Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)
x. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

 
Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)

Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al- quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami)

Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk memberi pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. 


Penganjuran festival ini juga dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran dan dapat mendidik hati peserta agar sentiasa menjadikan mengaji itu satu amalam harian.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.(Surah Sad, ayat 29)

 

Segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini sememangnya dapat menyuntik jiwa dan rohani agar terus hidup berlandaskan sunnah serta Al-Quran. Paling penting perkongsian yang baik dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.

Festival Ummah Mega Haflah 2023 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 10, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.