Farmasi Alpro Sugi Dulu Di Jepun Kini Sudah Berada di Malaysia

Kini masyarakat  Malaysia  boleh menikmati pengalaman membeli-belah di kedai farmasi di Jepun tanpa perlu ke negara matahari terbit tersebut. Hanya berbelanja di Farmasi Alpro Sugi, Petaling Jaya.



Farmasi Alpro Sugi yang baru dibuka ini terletak di The Starling Mall,  berkeluasan 3,888 kaki persegi adalah hasil kerjasama bersama Sugi Holdings Co. Ltd., yang merupakan rangkaian farmasi terkemuka Jepun dengan 1,600 outlet.


Ph. Lee Yin- Chen, Pengarah Pemasaran Penjenamaan, Promosi & Perdagangan, dan juga Ketua E- Dagang Alpro Pharmacy berkata, 


“Kami memahami bahawa pembelian bagi produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri terdiri dari salah satu diantara jadual perjalanan paling popular apabila melawat Jepun. Perkongsian eksklusif dengan Sugi ini membolehkan kami memperluaskan tawaran kami untuk melangkaui produk kesihatan dan kecantikan
‘Made in Japan’ yang terkenal kepada produk penjagaan kesejahteraan dan penjagaan bayi yang berkualiti dengan mudah di Malaysia.”


Selain itu, pengalaman membeli-belah di kedai farmasi Jepun yang holistik ini tidak terhad kepada warga Lembah Klang sahaja, Farmasi Alpro Sugi kedua di Malaysia juga akan membuat pembukaan kepada orang ramai di Paradigm Mall, Johor Bahru.

“Berpegang teguh kepada asal usul kami sebagai farmasi komuniti, kedua-dua farmasi ini mempunyai ahli farmasi profesional yang memberi 'Minute Consult', iaitu akses melalui talian di farmasi kami kepada panel doktor, serta pakar pemakanan, pakar diet, penasihat kesihatan dan penasihat kecantikan yang sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan kami. Farmasi ini juga dilengkapi dengan Analisis Kulit AI Lanjutan untuk mengesan pelbagai masalah kulit, Ujian Occu-AI untuk kesihatan mata dan analisis risiko kesihatan bagi pelanggan untuk lebih memahami keperluan kesihatan dan tubuh mereka,” 

Bersempena dengan pembukaan baharu ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 70% untuk barangan terpilih melalui ‘Daily Super Deals’. 

Bermula dari sekarang hingga 30 November (selagi stok masih ada), pelanggan boleh menebus ‘Belanja dan Tebus Japanese Skater Pikachu Tumblers’ dan set ‘Handkerchief
Landmarks Jepun’ di Farmasi Alpro Sugi di The Starling Mall, Petaling Jaya dan Paradigm Mall, Johor Bahru.


Lawati Farmasi Alpro Sugi dan nikmati pengalaman penjagaan kesihatan Jepun yang tiada tandingannya!




Farmasi Alpro Sugi Dulu Di Jepun Kini Sudah Berada di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 25, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.