Movie Review : Cerana Biduk Bu Merah

Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan oleh Goldhill  Pictures Sdn Bhd. 


Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd, En Haizul Anafer Ali mengharapkan agar filem Cerana Biduk Bu Merah ini mendapat sambutan dan menjadi tontonan umum memandangkan terdapat banyak mesej dan pengajaran yang ada disampaikan. 


Sebagai contoh, segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan, ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti.

Selain wadah hiburan filem ini turut menyelitkan natijah terhadap perbuatan syrik, saka, semangat dan spiritual yang mash berleluasa dalam masyarakat.


Filem Cerana Biduk Bu Merah merupakan arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha (Bu Merah), Pekin Ibrahim (Imran), Wan Hanafi Su (Hj Rusli) Badrul Muhayat (Husin Belati), Sarah Daewoo (Sofia), Pyan Kepoh dan ramai lagi

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak. Memang sangat cantik kerana menampilkan pemandangan perkampungan nelayan.

Sinopsis Cerana Biduk Bu Merah
Mengisahkan seorang wanita tua Bu Merah yang merupakan pemilik Cerana Biduk yang diwarisi turun temurun.


Kisah Cerana Biduk yang dapat memberi kesenangan kepada tuannya dan juga menjadikannya tuannya kelihatan sentiasa muda biarpun bertahun-tahun lamanya.

Pada suatu hari Bu Merah telah menyelematkan seorang gadis bernama Sofa. Gadis misteri ini seolah mempunyai kaitan dengannya.


Rupanya Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya. Untuk info, menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu Cerana Biduk.

Saka Cerana Biduk tinggalan suami nnyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah yang saka Cerana Biduk perlu dihapuskan. 


Demii menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya . Bu Merah membocorkan rahsia bagaimana caranya boleh menumpaskan saka Cerana Biduk.

Berjayakah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk? Untuk mengetahui kesudahannya, korang kenalah saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah di
pawagam yang berdekatan.

Filem Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. 


Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual, apa yang baik kita ambil teladan.Manakala yang mendatangkan kejahatan kita jauhkan.




Movie Review : Cerana Biduk Bu Merah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. menarik jln citernya tp biasanya sesuai utk drama/telefilem jer ni...sbb lately penonton movie kat msia suka specific genre mcm mat kilau/polis evo/malbatt/animasi

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.