Movie Review : Mar Rak


Filem Mar Rak bergenre suspen thriller merupakan buah tangan Datuk T S Jeffry yang mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia. Antara filem dan drama popular arahan Datuk T S Jeffry, seperti Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi.


Mar Rak telah diterbitkan oleh PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD. mengangkat warisan seni yang semakin dilupai iaitu tentang seni Menora Siam yang cukup popular  sekitar tahun 80an - 90an di Kelantan. 


Untuk filem arahan kali ini , Datuk T S Jeffry mempertaruhkan penyanyi yang juga pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Kael dan Shatirah Amanda. Selain itu. filem ini turut dibintangi pelakon seperti Nina KSC, Dyvianna James, Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.


Keistimewaan filem Mar Rak ini menggunakan khidmat suara nyanyian dari empat pelakon utamanya iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang mana menyanyikan lagu tema filem ini, Seru Cinta. 

Menariknya, lirik lagu ‘Seru Cinta’ ini juga telah dihasilkan sepernuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato’ T.S.Jeffry sendiri yang diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Sinopsis Mar Rak
Mengisahkan percintaan Krasem dan Rashidah yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan budaya. Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.

Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem merasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Tuntutan Mophi seterusnya untuk mendapatkan nyawa diganti dengan minyak pengasih telah disetujui Ai Ling, walaupun terpaksa melakukan perbuatan di luar batas kemanusiaan semata-mata untuk mencapai impiannya.

Siapakah yang akan menjadi mangsa pembunuhan Ai Ling dan apakah pengakhirannya?

Review Saya
Secara jujurnya, kisah dari filem ini tidaklah terlalu menyeramkan. Permulaan pada adengan rasuk dan elemen seram juga agak lambat iaitu ada pertengaham cerita. Namun begitu saya cukup suka dengan lontaran bahasa iaitu loghat kelate dan juga bahasa cina dengan campuran Siam. Setiap pelakon berjaya melontorkan dialog dengan baik sekali.

Begitu juga tentang tarian Menora yang cukup unik dan menarik. Sekurangnya bila menonton filem ini membuka mata kita tentang tarian tradisonal yang ada kisahnya yang tersendiri.
 
Filem Mar Rak akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 02.11.2023.
Movie Review : Mar Rak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.