Chef Faez Usahawan Nasi Arab dan Kunafa Viral Berimpian Menjadi Penghibur di Malaysia

Chef Faez Usahawan Nasi Arab dan Kunafa Viral Berimpian Menjadi Penghibur di Malaysia -Susuk tubuh yang tinggi lampai, berwajah maskulin arab sememangnya Chef Faez mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Figura yang berasal dari negara Syria ini sudah menetap di Malaysia 10 tahun lamanya.


Chef Faez atau nama penuhnya Mohammad Faez dilahirkan pada 27 Oktober 1988 ini mula dikenali di Malaysia dek penangan manisan Kunafa Viral yang menjadi kegilaan masyarakat setempat. Biarpun baru berusia 34 tahun, Chef Faez sudah mempunyai perniagaannya sendiri di Malaysia.


Antaranya perniagaan makanan seperti kunafa dan nasi arab mandy serta minyak wangi Oud. Di Malaysia Chef Faez sudah membuka 2 restoran iaitu satu terletak di jalan Imbi Kuala Lumpur dan juga di Alor Setar. Kedua-dua Restoran Chef Faez ini cukup popular dan sentiasa dikunjungi pelanggan-pelanggan yang  menggemari masakan negara Arab.


Terkini Chef Faez mula mencari tapak di Malaysia sebagai penyanyi. Ini kerana beliau mempunyai bakat sebagai penghibur yang mana satu masa dulu beliau pernah menjadi penyanyi dan pelakon di negara asalnya.

Restoran Chef Faez Jalan Imbi


Sememangnya saya cukup menggemari makanan dari negara Timur Tengah. Dan apabila saya mencuba sendiri nasi maqlubah by Che Faez, tidak dinafikan saya sudah mula jatuh cinta dengan tekstur dan rasanya yang benar-benar puas dalam setiap suapan.


Samada dinikmati bersama kambing mahupun ayam, rasanya tetap sama - sedap tidak terkata.  Menurut Chef Faez nasi arab di restorannya mempunyai sedikit sentuhan rasa yang digemari kebanyakan masyarakat Malaysia iaitu pedas cili api (dipotong kecil dan ditabur diatas nasi).


Yup korang! Jangan lupa untuk rasai sendiri kunafa homemade dari Restoran Chef Faez. Lembut, ranggup, rasa lemak-lemak keju dan sedikit percikan rasa manis. Taburan kacang pitachio diatasnya menjadikan rasa kunafa ini lebih istimewa.

Moga Chef Faez berjaya menjadi penghibur di Malaysia dan seterusnya dikenali ke seluruh Asia Tenggara.

Jemput like dan follow Chef Faez di media sosial ya 👉👈

https://instagram.com/cheffaez
https://www.tiktok.com/@cheffaez
https://www.facebook.com/cheffaez
https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

Chef Faez Usahawan Nasi Arab dan Kunafa Viral Berimpian Menjadi Penghibur di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 02, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.