Review Filem : Sumpahan Syaitan

Filem seram dengan suntikan komedi sememangnya tidak begitu banyak mewarnai di skrin layar perak negara. Jadi apabila filem Sumpahan Syaitan diterbitkan, saya begitu teruja untuk menontonnya. Sebagai peminat cerita seram dan juga komedi, gabungan dua genre ini didalam satu naskhah memang menarik hati saya.


Dibarisi pelakon yang cukup dikenali di tanahair seperti Farid Kamil, Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Dato' AC Mizal, Saiful Apek, Yassin, Azli Senario dan ramai lagi. 


Plot filem Sumpahan Syaitan ini sebenarnya agak serius yang berkait dengan perkara mistik cuma apabila sebahagian pelakon yang terlibat memang mempunyai personaliti yang kelakar tanpa disedari ada babak-baka yang kita boleh ketawa tanpa disedari.

Review Filem Sumpahan Syaitan
Dalam filem ini kita boleh belajar tentang erti persahabatan, Bagaimana adanya sahabat yang baik seperti Sam (Farid Kamil) dan Malik (Dato' AC Mizal) yang akan sama-sama membantu apabila memerlukan apatah lagi melibatkan nyawa yang menjadi pecaturan.


Seperti yang kita ketahui tentang sifat syaitan, memperdayakan manusia. Tetapi sebenarnya dalam filem ini jika kita telus tentang pengsiannya bagaimana antara manusia juga yang berperangai seperti syaitan iaitu menipu untuk kepentingan diri sendiri. Ini apa yang terjadi apabila Sam ditipu oleh Ray (Adam Shahz) dalam pelaburan MLM.


Jika Dato' AC Mizal sebelum ini cukup popular dengan karektor gila-gila dan kelakar tetapi didalam filem ini, beliau memegang watak Malik seorang usahawan yang serius dan bijak mencari peluang. Sesuatu yang sangat berbeza dengan personalitinya dan kita boleh melihat watak serius dalam filem Sumpahan Syaitan.


Begitu juga dengan watak Branco yang dibawakan oleh Datuk Jalaludin Hassan yang bagi saya memang outstanding sebagai Godfather, ketua gengstar yang tidak mempunyai belas dan kasihan. Kemunculan dukun (Yassin) dan apabila digabungkan bersama dengan Chef (Saiful Apek) memang gamat suasana cerita. Lontaran dialog yang bersahaja menjadikan kehadiran dua persoanliti ini didalam skrin yang sama cukup menghiburkan.

Sinopsis Sumpahan Syaitan
Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam yang bergelut dengan masalah kewangan dan beliau ingin mengubah nasib keluarganya. Kerana desakan beliau telah berhutang dengan Branco (Datuk Jalaludin Hassan) sebanyak RM3 juta bagi memulakan perniagaan barunya. dan sekali lagi beliau tertipu.


Atas ehsan kawan baiknya Malik, beliau telah bersetuju untuk menguruskan sebuah hotel terbiar bagi mengelakkan dia dan keluarga ditemui dengan kumpulan Branco. Di sini hotel inilah bermula dengan pelbagai kejadian mistik yang melibatkan nyawa.


Apakah sebenarnya yang terjadi di hotel ini? Siapakah orang gila yang kerap muncul secara tiba-tiba di hotel ini.


Menerusi filem Sumpahan Syaitan ini juga membuka peluang kepada penyanyi baru yang cukup berbakat iaitu Aniez yang telah membawakan lagu Akhirnya Pasti dalam mempromosikan filem ini. 


Manakala lagu Pergilah nyanyian Amira Anuar dan rap dari Ishraq yang merupakan lagu tema untuk filem Sumpahan Syaitan.

Untuk info, Sumpahan Syaitan merupakan filem seram komedi arahan Roy Krishna yang telah mula penggambaran sejak tahun 2019. Disebabkan masalah Covid yang melanda negara menyebabkan penangguhan tayangannya sehingga 2 Mac 2023 ini.


Filem yang diterbitkan oleh DBay Film Factory Sdn Bhd dan Red Firess Film Production ini telah mendapat lulus tayangan tanpa sebarang potongan serta mendapat klasifikasi PG13.

Jom Sertai Peraduan dan Menang Motor
Kepada penonton yang telah mendapatkan tiket serta menonton filem Sumapahan Syaitan. Korang berpeluang untuk memenang hadiah motorsikal yang ditawarkan. Sebanyak 5 buah motorsikal ditawarkan pada mereka yang bertuah. 


Untuk syarat dan info boleh layari sumpahansyaitan.com


Jangan lupa untuk tonton filem Sumpahan Syaitan yang berdurasi 120 minit ini di pawagan berdekatan bermula 2 Mac 2023 nanti.

Review Filem : Sumpahan Syaitan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 25, 2023 Rating: 5

5 comments:

  1. Ohh my ...their makeup so so surreal, this make sienny a bit timid to watch this horror movie in cinema...will let me best buddy know instead as she loves horror movie . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. i cant wait to watch this one. it looks super scary and interesting at the same time!

    ReplyDelete
  3. Yeay. Nak try the contest la- mana tau rezeki kan. Ayu dah join contest tu ke?

    ReplyDelete
  4. Menarik juga jalan cerita filem ni kan.. horror plus comedy sure best ni.. boleh la plan ngan kawan-kawan nanti! Boleh menang motor juga ye..

    ReplyDelete
  5. I like this kind of horror comedy movie, its not too scary at the same time entertaining

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.