Pengenalan COSRY Image Dengan Tawaran Pakaian Ready-To-Wear (RTW)

Pengenalan COSRY Image Dengan Tawaran Pakaian Ready-To-Wear (RTW)- Asalnya perkenalan Datin Philomena Simeon dengan Pengasas Butik COSRY,  Ariff Quasry Md Nor bermula sebagai pelanggan yang sering menempah baju di butik itu.Kebetulan mereka berkongsi minat yang sama dalam bidang fesyen dengan saling bertukar pandangan, melontarkan pendapat dalam industri fesyen dan tekstil tanah air.
 

Atas keserasian itu, Philomena kini ‘menyertai’ pasukan kerja COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi butik itu untuk bersama-sama berganding bahu dan mencurahkan idea untuk penjenamaan semula COSRY.


Kesediaan Philomena untuk bersama-sama mengembangkan empire fesyen COSRY amat bermakna kepada Ariff yang diibaratkan ‘tempang sebelah kaki’, selepas sahabat karib, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif COSRY, Putra Aziz, meninggal dunia pada Disember 2021.

Bagi mencorakkan pembaharuan dan mengukuhkan penguasaan COSRY dalam industri fesyen tanah air, Philomena menyuntik motif Sarawak yang ternyata mempunyai kelainan sendiri.

Saya anak jati Bumi Kenyalang jadi saya mahu mengetengahkan budaya pelbagai suku kaum di negeri itu dan kepada pencinta fesyen, motif Sarawak tidak asing lagi kepada mereka.
Minat saya terus bercambah dalam seni rekafesyen ini apabila saya berkhidmat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya(MOTAC) di bawah Datuk Sri Hajah Nancy.
Saya sering mengiringi beliau ke tempat pembuatan songket dan batik Sarawak dan dari situlah minat saya semakin berkembang
katanya.

Bagaimanapun tambahnya, selepas mendirikan rumahtangga, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai perkhidmatan awam kerana mahu mengejar impiannya untuk menceburi bidang fesyen dan tekstil.
Alhamdulillah, fokus saya kini tertumpu kepada penjenamaan semula COSRY bersama Ariff dan warga COSRY.


Pada majlis hari ini juga, COSRY melancarkan laman sesawang yang baru iaitu www.cosry.com.


Penubuhan COSRY Image
Penjenamaan semula COSRY turut menyaksikan penubuhan ‘COSRY IMAGE’ dengan mengeluarkan pakaian Ready-To-Wear (RTW).



Sebelum ini konsep rekaaan COSRY adalah‘made-to-measure’ iaitu lebih kepada tempahan.


Bagaimanapun, untuk meluaskan lagi sasaran pemasaran COSRY kepada seluruh masyarakat terutama golongan muda, COSRY mengeluarkan pakaian RTW yang tersedia sepanjang masa dan sesuai digayakan pada semua keadaan serta majlis keraian.



Latar Belakang COSRY
COSRY merupakan jenama fesyen yang sudah menapak di hati peminat hampir 20 tahun lalu. Terkenal sebagai jenama yang mengeluarkan busana perkahwinan eksklusif dan anggun.

COSRY sering menjadi pilihan bakal pengantin di kalangan VVIP, selebriti dan dan artis ternama tanah air.

Mereka yang pernah menggayakan baju pengantin sentuhan COSRY ialah Datuk Sheila Majid, Dato' Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani, Erra Fazira, Anzalna Nasir, YM Che Puan Juliana Evans, YM Che Puan Shamim Farid, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datin Niena Baharun, Dr Amalina Che Bakri, Zahiran Mcwilson & Aiman Hakim, Elfira Loy, Nadiyah Shahab & Ben Ali, Mawar Rashid & Raf Yaacob dan Bella Astillah & Arif Aziz.

Malah, pelakon Hollywood Batman Forever, Nicole Kidman turut pernah menggayakan busana rekaan COSRY di sebuah acara karpet merah di Turki pada tahun 2016.

PROGRAM JAHITAN MANIK IBU TUNGGAL (B40) BERSAMA COSRY
Program Jahitan Manik Ibu Tunggal (B40) Bersama COSRY pernah diadakan pada 2017 merupakan antara program yang mendapa tperhatian dan dinanti-nantikan golongan ibutunggal B40 kerana manfaatnya yang memberi hasil lumayan sehingga mencecah RM5000 ke RM8000 sebulan pada musim perayaan.

Program ini pernah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita di kawasan Wilayah Persekutuan.

​YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT, 
DATUK SRI HAJAH NANCY SHUKRI

Justeru, COSRY berhasrat untuk meneruskan program ini bukan sahaja untuk mendapatkan seberapa ramai penyertaan komuniti, malah butik bercita-cita untuk memantap dan memperkasakan lagi kemahiran golongan ibu tunggal B40 dalam bidang jahitan manik.

Semoga kedatangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat pada majlis  hari ini, dapat memimpin COSRY untuk meneruskan program ini. Semoga usaha ini menjadi realiti dan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengenalan COSRY Image Dengan Tawaran Pakaian Ready-To-Wear (RTW) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 26, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.