Buffet Ramadhan 2023 : Serambi Selera di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2023 : Serambi Selera Fairfield by Marriott Kuala Lumpur - Menikmati juadah istimewa air tangan chef yang cukup berpengalaman pastinya meninggalkan satu kenangan yang cukup manis. Yup! Semuanya ini saya rasai sendiri di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur. Untuk tahun ini buffet ramadhan akan diadakan di Restoran Lesung Fairfield by Marriott Kuala Lumpur dengan bertemakan Serambi Selera yang akan bermula dari 24 Mac 2023, Jumaat hingga 19 April 2023, Jumaat.


Fairfield by Marriott Kuala Lumpur, Jalan Pahang ini terletak berhampiran dengan stesen monorel dan LRT. Jadi tiada masalah dari segi  pengangkutan awam untuk datang ke sini. Berlatarbelakangkan dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah dari hotel, kita boleh menikmati juadah dengan rasa lebih selesa dan seronok.


Terdapat kepelbagaian pilihan makanan dalam juadah Malaysia yang ditawarkan oleh Fairfield by Marriott Kuala Lumpur, sepanjang tempoh bufet Ramadhan. Hampir 150 menu ke semuanya. Untuk satu-satu masa, kawasan buffet ramadhan ini boleh menempatkan sehingga lebih kurang 100 pax sahaja.





Masakan Melayu telah menjadi pilihan masakan utama buffet Ramadhan tahun ini bagi memenuhi citarasa serta kegemaran masyarakat Malaysia. Menu pilihan terdiri daripada ulam ulaman yang terdiri daripada pelbagai kerabu yang menarik. Bubur lambuk dan pelbagai pilihan sup juga ada disediakan!


Terdapat juga Nasi Minyak Nusantara, Gulai Ikan Tenggiri Tempoyak, Sambal Udang Petai, Asam Pedas Ekor Lembu Belimbing Buluh, dan masakan melayu lain yang cukup menyelerakan.


Beberapa gerai live-action dan bakar-bakar sehinggalah ke gerai Durian dan buah-buahan juga tidak ketinggalan memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.


Salah satu menu kemuncak bufet ramadhan di sini ialah  Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Benggali. Begitu kuga dengan ikan bakar yang mana pesnya adalah resepi chef yang dimasak selama 2 jam lamanya.


Penutup malam yang hebat pastinya dengan tawaran kepelbagaian pilihan buah-buahan tropika yang boleh dinikmati. Salah satunya ialah Durian D24 istimewa daripada Pahang. Begitu juga dengan pemanis mulut, kita boleh menikmati serawa durian, pulut mangga dan pelbagai lagi.


Surau sangat luas di sini terletak di level S yang memang dikhaskan untuk tetamu untuk solat. Jadi tidak perlu risau buat tetamu muslim, ini kerana segala kemudahan sepanjang ramadhan untuk menunaikan kewajipan memang ada disediakan.


Serambi Selera 2023, Lesung Fairfield by Marriott Kuala Lumpur menawarkan bufet ramadhan pada harga :-

RM148nett (Dewasa) 
RM78nett (Kanak-kanak) berumur 5 hingga 11 tahun. 

 RM108nett (Dewasa sahaja- early bird)

Korang bolehlah membuat tempahan dengan hubungi 03-2777 7777 (samb.747) atau
WhatsApp +60 10-760 5455 / +60 18-918 7561 (En. Saiful – Pengurus Restoran)

Buffet Ramadhan 2023 : Serambi Selera di Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 20, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.