MOU Angsa Emas Jewellery Dan Pelancaran Kad Keahlian AEJ Takaful

Masyarakat hari ini sudah mula celik tentang manfaat emas. Kini, emas bukan sahaja cantik dijadikan perhiasan dalam bergaya bahkan boleh juga dijadikan ‘dana kecemasan’ ketika dilanda musibah.Jika dulu kita hanya bersungguh menyimpan wang untuk dana ketika kecemasan Tetapi kini boleh menyimpan emas sebagai benteng kewangan terakhir dengan menjual atau memajaknya untuk mendapatkan wang tunai segera.


Melihat dengan keperluan dan permintaan emas hari ini, peneraju perniagaan emas patuh syariah di Malaysia iaitu Angsa Emas Jewellery mempunyai misi untuk melaksanakan misi memperluaskan industri emas serta melakukan pelbagai rancangan kolaborasi strategik.


Transaksi Atas Talian
Pengarah Angsa Emas Jewellery, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, syarikat mahu melaksanakan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan.
Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas.
Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery.
Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,
katanya kepada media.


Sehingga artikel ini ditulis, Angsa Emas Jewellery sudah mempunyai dua kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam.


Keahlian AEJ Takaful
Keahlian AEJ Takaful adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.


Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian disamping memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan. Pelan keahlian ini dibuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun. 


Encik Rozily Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah Etiqa, berkata, 
Etiqa General Takaful Berhad amat berbesar hati menawarkan sebuah pelan perlindungan Individu Berkumpulan kepada ahli-ahlii Angsa Emas Jewellery. Pendekatan strategik ini akan memberikan nilai tambah yang besar dengan memberikan mereka pampasan sehingga RM30,000 kematian atau kecacatan penuh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan, serta pampasan kos pengebumian sehingga RM3,000.

Faedah Keahlian AEJ Takaful:




Rozita Che Wan Sebagai Muse Angsa Emas Jewellery
Penampilan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che' Ta memang mencuri perhatian. Susuk badannya yang tinggi lampai, manis berbusana merah jambu bersama dengan perhiasan dari Angsa Emas Jewellery memang terserlah keayuan.


Pihak syarikat Angsa Emas memilih beliau kerana pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan beliau seorang yang sentiasa menjaga keterampilan dan anggun. Che Ta juga melengkapkan gayanya dengan memakai barang kemas.


Oleh itu, Angsa Emas Jewellery sangat berinspirasi untuk menjadikan Rozita Che Wan sebagai Muse bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery bagi tahun 2023. Semoga dengan kerjasama ini menambahkan lagi kilauan kedua-dua belah pihak.


Profil Syarikat Angsa Emas Jewellery Group Sdn Bhd
Angsa Emas Jewellery telah diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor.

Syarikat ini semakin popular kerana menjual barang kemas dengan reka bentuk eksklusif berbeza dengan kedai barang kemas lain yang menjual reka bentuk tradisional. Reka bentuk barang kemas yang terdapat di Angsa Emas Jewellery diberi sentuhan eksklusiviti seperti koleksi Adore, Hagiaa dan Omnia.

Angsa Emas Jewellery mengutamakan keselesaan pelanggan di mana kakitangan dilatih untuk mengendalikan pelanggan dengan sebaik mungkin, profesionalisme dan mesra. Meningkatkan nilai untuk pelanggan adalah keutamaan syarikat dan hasilnya, Angsa Emas Jewellery turut mendapat kepercayaan pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Syarikat juga memupuk persekitaran kerja yang memuaskan, mesra dan sentiasa menggalakkan kakitangan untuk berkembang bersama syarikat. Memandangkan jenama Angsa Emas Jewellery terus berkembang, syarikat sentiasa mencari alternatif lain yang boleh diterima pakai untuk melayani pelanggan dengan lebih baik.

Cabaran terbesar Angsa Emas Jewellery untuk menghadapi pasaran emas pada tahun ini ialah memperkenalkan reka bentuk emas moden, bergaya dan minimalis untuk menambah nilai eksklusif Angsa Emas Jewellery.

Moga Angsa Emas Jewellery terus sukses!
MOU Angsa Emas Jewellery Dan Pelancaran Kad Keahlian AEJ Takaful Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 24, 2023 Rating: 5

2 comments:

  1. I punya charm I beli kat Angsa Emas atau kat Gdora. Baru I tau nama penuh Normadora sebab I panggil Edora je.

    ReplyDelete
  2. saya sangat suka koleksi beads dan charm di angsa emas. saya kumpul semua bead logo angsa emas, harap akan ada bead logo lagi

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.