5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang

 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang- Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang merupakan filem aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn.Bhd dan Arie Zaharie Production. Tidak dinafikan sambutan filem yang berkisarkan tentang unit beruniform semakin mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat Malaysia. Karya Allahyarham Pitt Hanif ini turut mendapat kerjasama  AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM).


Menonton filem Coast Guard malaysia : Ops Helang yang berdurasi 85 minit ini secara jujur bagi saya sedikitpun tidak membosankan. Dibarisi pelakon yang cukup dikenali di Malaysia, antara lain seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Hazama, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.


Malam prebiu filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul bin Nasarah serta pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini. Tetamu yang hadir juga dihidangkan dengan jamuan ringan yang dibawakan istimewa oleh Starbucks Malaysia.


Penyeri malam sebelum tayangan tentulah persembahan daripada Zamani Slam dan juga Ariff Peter yang bergabung menyanyikan lagu tema filem Yes Sir.

 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang


1. Filem aksi yang kita tidak perlu tunggu sehingga pertengahan cerita untuk klimaks. Secara jujurnya untuk babak awalan kita sudah merasai ketegangan dan debaran. Apatah lagi melibatkan tentang kehilangan.

2. Bagi saya filem ini cukup sentimental kerana ianya adalah buah tangan pertama dan terakhir allahyarham Pitt Hanif sebagai pengarah. Jika sebelum ini allahyarham ini pernah menjadi pembantu pengarah untuk filem Pekak, J Revolusi, Suami Aku Ustaz dan beberapa filem lain. Dan allahyarham juga merupakan penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.

3. Watak antigonis yang dibawakan oleh Adlin Aman Ramlee dan Hazama benar-benar membuat kita ikut rasa menahan kemarahan. Lontaran dialog yang cukup bersahaja, mimik muka yang memang meminta untuk ditumbuk berkali-kali menjadikan kita terbawa-bawa rasa benci terhadap watak yang dipegang oleh kedua pelakon hebat ini. 


Saya sendiri tidak menyangka pelantun lagu Relakan Jiwa iaitu Hazama sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang seni lakonan. Membawa watak serius bukannya mudah. Jika sebelum ini Hazama ini cukup dikenali dalam watak-watak kelakar bersahaja. Contohnya sebagai Omar didalam filem bergenre Rock 4: Rockers Never Dai

4. Filem unit beruniform sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Ianya boleh memberi pendedahan kepada generasi muda tentang peranan dan tanggungjawab anggota keselamatan AGENSI
PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM). Di sini kita boleh melihat perajurit negara ini menjalankan amanah serta sanggup perjuangan berjuang sehingga menggadai nyawa demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.


5. Ianya satu fenomena baharu industri perfileman Malaysia apabila kita boleh lihat sendiri aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan ini tidak termasuk nilai aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.


Sinopsis Filem Coast Guard : Ops Helang
Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin.

Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar- besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Jom Menonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang
Tidak dinafikan terdapat juga babak yang ada tergantung juga jalan ceritanya. Namun ianya tidaklah menjejaskan perjalanan keseluruhan cerita. Filem dibawah klasifikasi P13 ini sarat dengan aksi pertarungan samada menggunakan senjata mahupun berlawan secara fizikal.


Jangan lupa untuk tonton filem edaran Metrowealth International Group (MIG), COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG yang bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini.

Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang sarat dengan aksi dan debaran!

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 01, 2023 Rating: 5

6 comments:

  1. hebat hebat pelakonnya. Filem macam ni la kita kena bawa anak anak menonton. ada nilai moral, ilmu dan pengajaran

    ReplyDelete
  2. insya Allah memang i plan nak gi tgk citer ni dgn razeen dan ariff (zharfan tak leh kacau sbb tgh exam SPM kan)

    ReplyDelete
  3. makin banyak filem macam ni kan. nasib baik best. nanti boleh la tengok filem ni pula, anak dah cakap awal-awal..haha

    ReplyDelete
  4. Memang best filem ni. Rugi kalau tak tonton. Pelakon semua yang kita rindui dan watak mereka berbeza dari yang kita pernah tonton. Plot twist dia tu paling gempak.

    ReplyDelete
  5. This movie macam gempak lah, my friend also recommend it so kita pun excited nak tonton

    ReplyDelete
  6. AM dah tgk movie Coast Guard. Memang berbaloi, penuh dgn aksi dan puas hati bila menontonnya. AM nak pegi lagi sekali bawa anak2 menonton pulak kali ini..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.