StarVendors Kembali Menganjurkan Dua Karnival Hebat | Festival Fesyen & Kecantikan di Lalaport dan Kedah Raya Fest 2022

StarVendors Kembali Menganjurkan Dua Karnival Hebat | Festival Fesyen & Kecantikan di Lalaport dan Kedah Raya Fest 2022- StarVendors jenama festival beli-belah yang cukup dikenali di Malaysia kini kembali dengan menganjurkan dua karnival yang cukup berperstij dan mampu menarik usahawan (vendor) bersama-sama berniaga serta memasarkan produk mereka agar lebih dikenali.


Untuk info, beberapa siri jelajah beberapa lokasi di sekitar negara telah dirancangkan, termasuklah Sabah dan Sarawak. Untuk permulaan selepas Festival StarVendors Mega Raya 2022, StarVendors telah merancang dua acara terbesar yang bakal melibatkan beberapa selebriti popular dan produk mereka untuk bersama-sama menjayakan program karnival yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd, Puan Ifa Raziah yang juga merupakan selebriti versatil cukup dikenali di tanahair mengumumkan sendiri dua karnival di bawah syarikatnya iaitu:-
  • Festival Fesyen & Kecantikan sempena Sambutan Minggu Usahawan Negara 2022
  • Kedah Raya Fest 2022

Seramai 40 selebriti akan terlbat yang akan membuka 'booth' dan seterusnya menjual produk mereka sendiri. Antaranya seperti Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Kak KM, Dain Fouziah Gous, Datp' Jovian Mandagie, Lan Solo, Yassin, Hannah Delisha, Che' Ta, Lana Nordin, Nana Mahzan dan ramai lagi.

Puan Ifa juga menyatakan bahawa artis-artis yang dibawakan untuk menyertai karnival kali ini daripada pelbagai generasi. Dari artis senior sehinggalah yang masih baru (BBNU). Setiap artis ini masing-masing mempunyai pengaruh dan pengikutnya sendiri.

Selain daripada selebriti yang terlibat, pihak penaja bersama turut hadir ke majlis sidang media pengumuman mengenai karnival yang bakal dijayakan oleh StarVendors. 

Antaranya seperti Che Ta Pot Pet dan suami dari Secret Desire, wakil dari phak Uda Holdings, wakil dari Sugar Bomb, wakil dari Dr. Kayu dan ramai lagi. Kesmua pihak penaja bersama yang hadiri turut diberikan cenderamata kenangan iaitu ukiran khas dari Dr. Kayu.

Bersama dengan wakil dari pihak Lalaport

Cenderamata dari Dr. Kayu kepada Puan Ifa Raziah

Cenderamata kepada Secret Desire

Bersama dengan wakil dari Sugar Bomb

Festival Fesyen & Kecantikan sempena Sambutan Minggu Usahawan Negara 2022
Lokasi karnival ini diadakan di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport Bukit Bintang City Center, Karnival akan berlangsung  selama 4 hari iaitu dari 24 Jun sehingga 27 Jun 2022.

Dengan kehadiran artis memasarkan produk mereka di sini, sekaligus membuka peluang lebih ramai masyarakat untuk hadir ke pusat membeli-belah Lalaport yang terletak di ibu kota. Kemudahan pengangkutan ke pusat membeli-belah ini cukup banyak apatah lagi jika hadir menggunakan pengangkutan sendiri. Memang ada disediakan parkir di bawah bangunan untuk semua pengunjung.

Kedah Raya Fest 2022
Karnival yang sememangnya sangat dinantikan oleh masyarakat yang tinggal di sebelah utara. Untuk Kedah Raya Fest 2022 ianya akan berlangsung di Raia Hotel & Convention Center Alor Setar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Alor Setar Kedah

Hanya dua hari sahaja iaitu pada 1 dan 2 Julai 2022. Karnival ini juga diadakan bersempena dengan persediaan sambutan Hari Raya Aidilada pada 10 Julai nanti.

Jom Sertai Cabutan Bertuah
Turut diadakan sambungan daripada Peraduan Cabutan Bertuah, kesinambungan daripada Festival StarVendors Mega Raya 2022. Di mana tinggal 1 lagi motor RXZ serta 1 pakej umrah yang menantikan siapakan pemenang untuk hadiah yang ditawarkan.

Untuk menyertainya pengunjung perlu membeli minimum RM50 dalam satu resit daripada mana-mana gerai jualan (vendor) serta produk premium StarVendors bernilai RM10 bagi melayakkan diri untuk menyertai Peraduan Cabutan Bertuah.

Cabutan akan dilakukan di akhir siri jelajah StarVendors yang akan diadakan di salah sebuah pusat membeli belah terkemukan di Lembah Klang pada bulan November 2022.

Jom sama-sama kita meriahkan karnival anjuran StarVendors - Festival Fesyen & Kecantikan dan Kedah Raya Fest 2022!!

StarVendors Kembali Menganjurkan Dua Karnival Hebat | Festival Fesyen & Kecantikan di Lalaport dan Kedah Raya Fest 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 08, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Wow. Congrats Starvendors. Kembali mengaum dan bersinar hebat. Adakah kita kena buat rombongan ke sana? Hehe

    ReplyDelete
  2. wah kejap je dah nak masuk raya haji pulak kan? meriah betul tahun ni! kita pun ada macam plan nak buat kenduri raya haji nanti doakan murah rezeki

    ReplyDelete
  3. Wahh dengan rm50 da bole masok cabutan bertuah. Best betulll... shopping raya lagi la kita ni hehe

    ReplyDelete
  4. wah terbaiklah! starvendors ni memang terkenal sebagai salah satu usaha untuk memeriahkan semula ekonomi rakyat dan peniaga tempatan :)

    ReplyDelete
  5. Perghh hebat-hebat artis yang ada, memang meriah laaa nanti yaaaa...

    ReplyDelete
  6. Wahh makin meriah Kedah Raya Fest tuk shopping raya haji lak menarik kena pergi ni kenapa Kedah huhuhuhu..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.