Jovian Selcare Pharmacy Kini Telah Dibuka di Shah Alam Selangor



Jovian Selcare Pharmacy kini secara rasmi telah dibuka di PKNS Shah Alam. Dan ini merupakan cawangan keempat yang telah dibuka. Pelancaran ini telah dilaksanakan melalui pemotongan reben oleh Pengarah Eksekutif SRAGATE Healthcare & Pengerusi  Jovian Selcare Pharmacy iaitu Noor Hisham Mohd Ghouth. Diiringi bersama ahli lembaga pengarah iaitu Dato' Jovian Mandagie, Dr. Muaz Omar, Shaharul Razi Amran dan Sandraruben Neelamagham.


Perletakan farmasi yang cukup strategik iaitu bangunan PKNS yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mendapatkan baranagn keperluan. Jovial Selcare Pharmacy menawarkan pelbagai produk termasuklah rangkaian penjagaan diri dan produk kesihatan. 

Produk daripada pengusaha tempatan Tanamera

Apa yang lebih unik, di Jovian Selcare Pharmacy bukan sahaja menawarkan produk berjenama terkemuka bahkan terdapat juga produk kesihatan serta kecantikan daripada pengusaha tempatan.


Sekaligus Jovian Selcare Pharmacy ini dapat menyediakan platform pemasaran kepada jenama-jenama tempatan untuk mempertengahkan lagi jenama mereka kepada masyarakat. Selaras dengan matlamat SELGATE yang mahu menyediakan akses kepada semua perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan harga yang cukup berpatutan.

Ada bahagian REHAB CENTRE

Susu dan vitamin

Diaper untuk golongan dewasa

Produk penjagaan diri

Pelanggan bukan sahaja boleh datang membeli serta mendapatkan produk kesihatan yang mereka inginkan. Bahkan di Jovian Selcare Pharmacy turut menyediakan perkhidmatan konsultansi untuk mereka yang ingin medapat lebih maklumat tentang produk kesihatan yang sedang/mahu digunakan.



Bagi yang tidak berpeluang mendapatkan produk dari kedai fizikal Jovian Selcare Pharmacy, mereka boleh dapatkan juga menerusi pltform atas talian www.jovianselcare.com.



Jovian Selcare Pharmacy Kini Telah Dibuka di Shah Alam Selangor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.