Review Filem Minions : The Rise Of Gru


Apabila trailer filem Minions : The Rise of Gru sudah mula kelihatan di media sosial. Ameer dan Yara begitu teruja hendak menontonnya. Sebagai peminat animasi dan karektor Minions, kemunculan filem terbaru Minions memang sangatlah dinantikan oleh mereka berdua,


Kebetulan ketika saya sedang scroll instagram, terpandanglah pada peraduan yang menawarkan tiket menonton preview filem ini. Haruslah saya mencuba dengan menyertainya. Siapa sangka, di hari terakhir penyertaan dibuka, jawapan saya dipilih antara pemenang. Yup! Saya telah memenangi 3 tiket preview dari Tonton Malaysia :-)

Review Filem Minions : The Rise Of Gru


Mengisahkan Gru di zaman persekolahannya yang bercita-cita untuk menjadi ketua penjahat yang sukses. Satu hari beliau mendapat jemputan untuk menghadiri sesi temuduga menjadi ahli salah seorang ahli kumpulan villian popular 'Vicious Six". 


Gru yang memang lama mengidamkan untuk menjadi salah seorang ahli kumpulan tersebut berasa teruja sampai terus merasakan belia tidak memerlukan rakan-rakan baiknya yang selama setia bersama Minion.


Sesuatu telah berlaku yang menyebabkan Gru mencuri rantai Zodiak kumpulan Vicious. Keadaan menjadi lebih sukar apabila rantai tersebut hilang. Minions yang comel dan kelakar cuba membantu. Pelbagai insiden kelakar terjadi ini terutama sesi penyamaran, bagaimana Minions boleh terjebak dalam belajar kungfu dengan Madam Chua dan pelbagai hal lagi.


Memang kelakar! Terutama apabila kita mendengar dialog-dialog sponton Minions. Ditto.. San Presisko Muak Muak... dan ada one part tiba-tiba Minions sebut nasi goreng, hahahahah. Random. Tapi memang sumpah kelakar.

Animasi yang sangat kalerful, lagu-lagu pun best serta menghiburkan. Walaupun kelakar tetap sarat dengan pelajaran yang anak-anak boleh ambil iktibar seperti erti kasih-sayang, persahabatan dan team work!

Saya sangat rekomen untuk korang boleh bawa anak-anak untuk tonton movie ini. Serius! Menghiburkan.


Review Filem Minions : The Rise Of Gru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 29, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Miniom memang feveret ramai anak2..memang wajib tonton la kalau ada filem terbaru Minions

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.