Butik AS HIJAB Kini Dibuka Di Giant Hypermarket Kota Damansara


Butik AS HIJAB Kini Dibuka Di Giant Hypermarket Kota Damansara- AS HIJAB bukanlah asing dikalangan masyarakat Malaysia. Jenama yang diperkenalkan oleh  usahawan melayu yang cukup berjaya, pasangan  Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida kini melangkah lebih jauh lagi dengan pembukaan butik fizikal oleh rakan kongsi mereka.


Majlis Perasmian Potong Riben bersempena dengan pembukaan Butik AS HIJAB telah berlangsung dengan cukup meriah pada 4hb Jun 2022 bertempat di Giant Hypermarket Kota Damansara. Untuk info ini merupakan Butik AS HIJAB yang pertama dibuka di Malaysia.  

Puan Zahirah dan  Encik Zaim 

Puan Zahirah Soo bersama abang beliau Encik Zaim merupakan pemilik butik AS Hijab di Giant Kota Damansara. Walaupun sebenarnya mereka sudah mempunyai perniagaan lain sendiri, namun atas kepercayaan dan komitemen dari pihak AS Legacy serta permintaan produk AS Hijab yang cukup memberangsangkan membuatkan mereka berdua yakin dengan keputusan yang diambil.

Tambah pula Encik Zaim dan Puan Zahirah antara usahawan yang cukup cemerlang dalam pasukan AS Legacy. Ini kerana jualan secara atas talian produk AS HIJAB dan D'Herbs dari syarikat mereka sahaja memang sudah mencecah jutaan ringgit.



Tidak disangkal AS Legacy memang sudah berjaya mempunyai empayar perniagaan mereka sendiri. Namun matlamat utama Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida adalah untuk membuka serta memberi peluang kepada lebih ramai usahawan untuk berniaga biarpun bermula dengan modal yang kecil. Selain motivasi yang konsisten, pihak syarikat turut menyediakan latihan keusahawanan dan bahan-bahan pemasaran kepada usahawan di bawah mereka.


AS Hijab - Mampu Milik dan Menawarkan Kualiti Terbaik

Antara koleksi tudung terbaru dari AS HIJAB

Dalam pelbagai produk yang ditawarkan oleh AS Legacy, produk dari rangkaian fesyen dan kecantikan paling mendapat permintaan yang tinggi. Ini dapat dilihat sendiri kepada permintaan yang meningkat hari demi hari bermula dari pengenalan produk hijab seperti tudung sarung, bawal dan shawl sejak 7 tahun yang lepas.

Rekaan cantik dengan fabrik yang cukup berkualiti

Asalnya Dato' Sri Aliff  Syukri yang begitu gemar melakar sesuatu yang indah (melukis) memberi idea kepada beliau untuk mengeluarkan tudung hasil rekaan coraknya dibuat sendiri. Biarpun bermula secara suka-suka siapa sangka tudung yang memang mensasarkan pada golongan pertengahan ini mula mendapat sambutan.

Variasi pilihan tudung yang cantik ditawarkan

Bayangkan sebanyak 250,000 helai tudung berjaya dijual dalam tempoh sebulan. Lebih esklusif hanya 500 helai sahaja dikeluarkan bagi setiap rekaan corak. Paling penting kualiti fabrik yang ditawarkan memang terbaik, rekaan cantik dan dijual pada harga menarik.


Dan kini AS HIJAB turut memperkenalkan produk telekung, jubah dan khimar. 


Perancangan Perjalanan AS HIJAB Pada Masa Akan Datang

Pada masa akan datang pihak AS Legasi juga merancang untuk membuka 20 cawangan lagi di seluruh Malaysia. Untuk masa terdekat dijangkakan 3 lagi cawangan baru lagi akan dibuka. Ini termasuklah di kawasan pantai timur. Begitu juga dengan perancangan untuk menembusi pasaran luar negara seperti Singapura dan Thailand.

Pihak AS Legacy juga sedang mencari  18 orang rakan niaga baru untuk kumpulan (batch) August 2022 dalam sasaran untuk meluaskan empayar perniagaan ini di seluruh Malaysia. Segala pertanyaan mengenai perniagaan boleh menghubungi Puan Zahirah di talian 016-3616289


Moga AS Legacy terus berjaya membantu lebih ramai usahawan di luar sana :-)

Butik AS HIJAB Kini Dibuka Di Giant Hypermarket Kota Damansara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 06, 2022 Rating: 5

4 comments:

  1. Kami telah BERJAYA!!!!Anda bila lagi?
    Ayuh BANGKIT 2022 bersama barisan JUTAWAN MALAYSIA
    šŸ¤
    Nur Ayu Ashikin
    Business Partner Millionaire Empire @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs
    šŸ“²www.wasap.my/60182524616/inginberjaya
    šŸ“²www.wasap.my/60182524616/inginberjaya
    šŸ“²www.wasap.my/60182524616/inginberjaya

    ReplyDelete
  2. "š‰š¢š¤šš š€š§ššš šˆš§š š¢š§ ššžš«š£ššš²šš,
    š€š§ššš š€š¤ššš§ š‚ššš«š¢ š’šžš«š¢š›š® š’ššš­š® š‰ššš„ššš§
    šŒšžš§š®š£š® šŠšžš£ššš²ššššš§."

    Dato' Seri Aliff Syukri Terlajak Laris
    Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid
    Mohd Zaim Muhammad Soo
    Zahirah Soo Wan Wanee

    Pencarian Rakan Niaga dibuka.
    ➡️Keuntungan Tinggi.
    ➡️Bahan Marketing saya sediakan.
    ➡️Ilmu Marketing saya akan share.

    Saya Perlu kan Rakan Niaga yang
    1. Kuat Semangat Tanpa Alasan
    2. Fokus Usaha untuk Berjaya

    Whatsapp 011-11226820
    https://www.wasap.my/+601111226820/BusinessPartnerLeaderHafisZainol

    #MantolMillionaire
    #businesspartner
    #ASHijab
    #TeamBPHafisZainol

    ReplyDelete
  3. Kami telah BERJAYA!!!!Anda bila lagi?
    Ayuh BANGKIT 2022 bersama barisan JUTAWAN MALAYSIA

    #jutawanduniaakhirat
    #businesspartner
    #coach_zaim
    #ppira
    #Kaks_legacy


    Salina Saidon
    +60192131135
    Business Partner Millionaire Empire
    KL & SELANGOR

    ReplyDelete
  4. Ayuh Bangkit 2022!!!!
    Berjaya dengan merealisasikan IMPIAN menjadi KENYATAAN @ 2023!
    PANTAS bertindak!
    Kami bimbing ANDA sehingga menjadi HEBAT!

    šŸ¤
    Muhamad Solihin
    Business Partner Millionaire Empire
    Utara ✨
    Peneng Kedah
    http://www.wasap.my/60174258413

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.