PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA

Usai tayangan perdana filem Mat Kilau  - KebangkitaPahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selakuPengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini. 

Menurutnya, 
Pihak Studio Kembara berasa sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan sangat mengalakkan yang diterima dari pelbagai pihak termasukmedia dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayanganperdana baru-baru ini.

Menurutnya, setelah sekian lama berusaha gigih untukmenghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahairini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad keacara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anaktempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir. Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industri perfileman negara.

Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkanmalah mampu mengharumkan nama negara. Studio Kembarabersedia bersama membantu mengangkat agenda nasional dimasa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,
katanya dalam rasa terharu.

Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju kedepan.

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. 


Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui adarekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British.

Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara.




PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 19, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.