TOURISM MALAYSIA MENYANTUNI BUDAYA, WARISAN & MAKANAN EURASIA SEMASA PERASMIAN FRANCAIS RESTORAN EURASIA PERTAMA DI MALAYSIA - MEMORIE CAFE



Menyusuri di laluan yang dinamakan sebagai The Link Sunway Piramid, menyaksikan pelbagai jenis restoran dan kafe yang cukup menarik. Namun tujuan saya ke situ adalah untuk menghadiri majlis pelancaran Memorie Café di Sunway Pyramid, sebuah tarikan pelancongan yang menghidangkan juadah-juadah warisan silam eurasia dari tahun 1500-an.


Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), YBhg. Datuk Musa Haji Yusof telah hadir bagi merasmikan pelancaran gilang-gemilang pembukaan Memorie Café. Pengenalan Memorie Café ini antara lain untuk membawa kembali budaya Eurasia di Malaysia dan mempromosi tarikan-tarikan pelancongan warisan Eurasia hasil dari sejarah negara kita yang dibanggakan. Majlis ini diadakan turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Tourism Melaka, 


Makanan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita dan saling berkait rapat dengan budaya. Banyak yang boleh dipelajari tentang sesuatu budaya melalui juadah yang diturunkan turun temurun. Walaupun Malaysia kaya dengan pelbagai juadah tradisional, namun budaya Eurasia masih belum menempa nama di peringkat global. Jadi, pelancaran Memorie Café sebagai francais restoran Eurasia yang pertama di Malaysia adalah untuk memperagakan kepelbagaian budaya di negara kita yang harmoni.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Memorie Cafe membawa para pengunjung merentasi masa; membolehkan mereka untuk menghayati pengaruh budaya Eropah di Malaysia melalui cita rasa unik yang terhasil dari pertembungan dua budaya ini sejak ratusan tahun yang lalu. Dengan perasmian kedai perdana ini di destinasi pelancongan terbesar Malaysia - Sunway Pyramid, Memorie Cafe bakal menjadi sebuah tarikan popular di mana pelancong dalam dan luar negara boleh mengunjunginya semasa melancong ke ibu kota dan menghayati budaya Eurasia yang menjangkau 500 tahun.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Memorie Cafe, Encik James Thum berkata, 
Kami membangunkan Memorie Cafe bagi memperagakan budaya Eurasia di Malaysia kepada dunia, dan makanan merupakan cara yang terbaik untuk tujuan ini. Juadah Eurasia ini berkait rapat dengan kebanyakan orang di dunia, yang mana ia menggabungkan juadah tradisional Barat dan Timur. Ini membolehkan orang ramai dari serata dunia untuk menikmati juadah yang berkait rapat dengan budaya mereka, dan pada masa yang sama membolehkan mereka mengenali tentang sejarah negara kita. Dengan ini, kami berharap untuk memainkan peranan penting dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan untuk menikmati juadah dan tarikan-tarikan budaya dan warisan yang unik - pada masa yang sama, meningkatkan industri pelancongan secara keseluruhan.

Para pengunjung dapat menikmati pelbagai menu ikonik Eurasia di Memorie Café, antaranya ialah:

Ikan Bakar Portugis

Eurasian Desserts : Pang Susi, Eurasian Sugee Cake & Portuguese Tart

Mango Curry Fish

Prawn Bostado
\
\
Devil (Debal) Curry Bun

Eurasian Chicken Stew


YBhg. Datuk Musa Haji Yusof, di dalam ucapan perasmian beliau mengatakan ianya merupakan waktu yang tepat untuk memperkenalkan kembali budaya Eurasia yang terkenal di Melaka, memandangkan Malaysia sudah pun membuka pintu sempadan kepada pelancong-pelancong luar negara pada waktu ini.

Saya percaya Memorie Cafe berperanan sebagai contoh kepelbagaian Malaysia yang disatukan oleh juadah kita yang unik dan lazat, yang mana kita berusaha untuk menjadi sebuah syurga makanan di Asia Tenggara. Mereka bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memelihara budaya, resipi dan cara memasak tradisional di zaman moden ini, saya berharap para pengunjung berhasrat untuk berkunjung ke Melaka setelah menikmati juadah-juadah yang tersedia. Marilah kita bekerja sama di dalam mempromosikan Malaysia secara keseluruhannya, dan sentiasa bersedia untuk menyapa para pelancong dengan ucapan ‘Selamat Datang
kata YBhg. Datuk Musa Haji Yusof.

Turut hadir, badan-badan kerajaan dan swasta, pertubuhan-pertubuhan, influencers, pengamal media dan artis-artis demi menyokong majlis ini. Sebagai persembahan pembukaan, pemain violin kontemporari tempatan, Nisa Addina berjaya memukau para tetamu dengan lagu-lagu bertemakan Eurasia, manakala Persona Art Dance Theater menerima tepukan yang gemuruh dengan persembahan kebudayaan mereka sebagai persembahan penutup majlis.

Selain itu, syarikat-syarikat terkemuka seperti Vivo, Standard Chartered, Sunway Lagoon, Respack, Symbion, Defenze, Dking dan The VIP Pass menunjukkan sokongan mereka dengan meningkatkan kesedaran tentang budaya Eurasia sambil memacu industri pelancongan melalui penajaan. Turut terlibat ialah Santai Travel sebagai rakan media rasmi manakala Sunway Pyramid sebagai tempat upacara rasmi.


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.memoriecafe.com/.

TOURISM MALAYSIA MENYANTUNI BUDAYA, WARISAN & MAKANAN EURASIA SEMASA PERASMIAN FRANCAIS RESTORAN EURASIA PERTAMA DI MALAYSIA - MEMORIE CAFE Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 10, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.