Seribu Nina Barista Take Over



Mendapat jemputan ke acara privasi untuk bertemu dengan pelakon utama Seribu Nina iaitu Adriana Adnan sememangnya tidak saya lepaskan. Drama bersiri di VIU kini telah memasuki episod ke 8 dengan jumlah keseluruhan siri adalah 10 episod.


Pengacara majlis Haziq Husni memang sangat sempoi dan kelakar orangnya. Menjadikan acara majlis Seribu Nina Barista Take Over ini cukup meriah dengan sorakan dan gelak tawa dari tetamu yang hadir. 


Di majlis yang sama Adriana juga berkesempatan menunjukkan skill beliau sebagai barista dengan menyediakan 2 cawan ais latte untuk diberikan kepada 2 tetamu yang bertuah.


Punyalah excited Adriana setelah misinya berjaya membuat ice cafee latte buat pertama kalinya.



Ini antara air minuman pelanggan jika datang ke Secret Recipe.



Thank you for your time Adriana. Moga terus sukses mewarnai dunia seni tanahair. Saya mula mengenali Adriana dalam lakonannya sebagai Jannah dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.


Memang puas makan. Semua hidangan yang disediakan memang enak-enak.

Sinopsis Seribu Nina
Mengisahkan tentang Amar (kyle Shafiq), seorang pensyarah sejarah tegar yang teragak-agak untuk berkahwin dengan teman wanitanya yang berjiwa bebas dan berbeza karektor dengan dirinya iaitu Nina (Adriana Adnan).



Pada suatu hari, Nina hilang secara tiba-tiba. Dan Amar berusaha untuk menjejakinya. Atas pertolongan Didi (Marsha) , Amar memulakan perjalanan interdimensi untuk mencari Nina di mana dia menemui pelbagai versi Nina; ada yang gila, ada yang pembunuh dan ada yang lebih sempurna daripada 'Nina sebenar'.

Siapakah NIna ini sebenarnya?
Seribu Nina Barista Take Over Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 15, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.