Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022 Anjuran Little Caliphs


Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022 telah berlangsung di MAEPS Serdang anjuran Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB). Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak tahun 2016.

Objektif utama Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022  adalah untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal ‘Naik Haji’ kepada anak-anak berumur 6 tahun seiring dengan pendekatan metadologi Project Based Learning (PBL) secara hands-on The Little Caliphs®Program. 

YBhg. Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah bt. Jamaluddin (CAO Little Caliphs®), •YBhg. Datuk Haji Roslan bin Nordin (CEO Little Caliphs®) dan YBhg. Tuan Fazrul Ismail, Pengerusi Akademi Sinergi Ikhlas (Perasmi)

Little Caliphs® kini mempunyai 35 ribu anak anak tadika serta keluarga menerusi 480 buah tadika di seluruh negara. Untuk info Little Caliphs® pernah di anugerahkan Gold Award Readers Digest Trusted Brand 2018-2021, Superbrand dan Malaysia Book of Record bagi Program Simulasi Little Hajj tahun 2019.

Untuk makluman, penyertaan anak-anak Little Caliphs® dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seramai 7,150 orang. Manakala 780 orang guru-guru Tadika Little Caliphs® bertindak sebagai tenaga Mutawwif. 

Penganjuran turut dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Zon Utara, Tengah dan Zon Selatan yang menjangkau jumlah keseluruhan seramai 15,000 orang kanak- kanak di seluruh negara.

Mengimbau penganjuran Little Hajj 2019 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dimana ia mendapat liputan yang sangat meluas dengan hampir semua agensi media cetak dan media elektronik telah berkampung di MAEPS, Serdang bagi membuat liputan secara langsung termasuk juga paparan di media sosial.


Tahun ini, selepas dua tahun negara kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, Little Caliphs® sekali lagi berpeluang untuk mengadakan kembali acara Little Hajj secara fizikal dalam kumpulan yang besar.

Selain acara ikonik dimana anak-anak berpeluang anak anak melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah dengan ketinggian 10 kaki, aktiviti yang turut dijalankan semasa program berlangsung adalah seperti:

1) Cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji 

2) Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah 
**Jemaah haji, mesti melaksanakan satu daripada rukun yang dianggap sebagai kemuncak kepada ibadat haji, iaitu wukuf di Arafah, sebagai mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Haji itu, salah satu daripada rukunnya ialah wukuf di Arafah


3) Bermalam di Muzdalifah
Muzdalifah merupakan suatu tempat ibadat berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah : ayat 198 yang bermaksud
" Apabila kamu berangkat dari Arafah maka sebutlah nama Allah di Mas'ar al-Haram (Muzdalifah)."


4) Mabit di Mina
Mabit di Mina ialah bermalam di Mina pada hari-hari tasyriq (malam tanggal 11, 12, dan 13 Dzulhijjah). Menurut Jumhur ulama mabit di Mina hukumnya wajib, sebahagian yang lain mengatakan sunat.

Apa yang penting melalui pendekatan amali seperti ini dapat memberi sedikit pengalaman buat anak-anak serta memotivasikan mereka untuk menjalani ibadah haji ini satu hari nanti. Ibarat pepatah lama  meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. 

Tahniah Little Caliphs kerana sukses menganjurkan Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022 :-)
Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022 Anjuran Little Caliphs Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2022 Rating: 5

5 comments:

  1. Bestnya anak-anak dapat rasai pergi ke tanah such.. diorang mesti excited kan..dapat ilmu lagi

    ReplyDelete
  2. I tengok video you kat fb teruja pulak. Memang praktikal habis ni. Dania dulu pun produk tadika Little Caliph ni tapi time tu takde pulak praktikal ni. Best la kalau I jadi budak...

    ReplyDelete
  3. Menarik juga kan ada event macam ni for the kids to learn too! good sharing for better exposure and let more parents know about this kan..

    ReplyDelete
  4. It's a really nice effort to organize this event for the kids, very meaningful. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Bagusnya program macam ni, anak-anak mesti dekat dengan Allah dan para Nabi kan.. lepas ni nanti ada rezeki boleh pergi tanah Suci...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.