Dengan Pelonggaran SOP, Rakyat Malaysia Sedia Lakukan Pengubahsuaian Rumah Demi Permulaan Baharu

Hong Leong Bank tawarkan peluang memenangi hadiah berupa pakej ubah suai
rumah pereka bernilai RM33,000 kepada tiga pemenang bertuah serta diskaun dan
pulangan tunai untuk beri wajah dan sentuhan baharu kepada rumah mereka

Dengan beberapa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun lepas, mereka yang berhasrat untuk mengubah suai rumah terpaksa menangguhkan dahulu rancangan mereka. Kini, memandangkan SOP telah dilonggarkan dan kita hampir kembali kepada normal, ramai rakyat Malaysia sudah bersedia memulakan projek pengubahsuaian bagi menyambut kunjungan sanak-saudara dan rakan-rakan. Untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah berupa pakej ubah suai rumah dengan penuh bergaya, Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) dan Dresid, platform penambahbaikan rumah sehenti digital, telah bekerjasama untuk membolehkan pelanggan bank memberi wajah baharu kepada rumah mereka dengan tiga pakej pengubahsuaian rumah impian bernilai RM33,000 setiap satu.

Dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Malaysia telah meluangkan banyak masa mereka di rumah dan ramai yang perlu menyediakan ruang di rumah mereka untuk stesen kerja memandangkan sebahagian besar daripada mereka terpaksa bekerja dari rumah. Oleh kerana kita kini beransur-ansur kembali ke pejabat, dan sudah boleh menerima pengunjung, ramai yang mahu mencantikkan lagi ruang di rumah. Sama ada mereka bentuk semula seluruh rumah, atau menambah perhiasan yang menceriakan ruang bilik, kami mahu pelanggan mengubah suai rumah mereka menjadi rumah impian dengan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing tanpa membebankan mereka dari
segi kewangan
ujar Andrew Jong, Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB.


Menurut Kwek Kon Hao, Ketua Pasukan Dresid, salah satu daripada isu paling umum yang dihadapi dalam mana-mana projek pengubahsuaian rumah ialah perbelanjaan melebihi bajet kerana pemilik rumah lazimnya tiada perancangan jelas tentang apa yang mahu dilakukan dan mereka sering menambah projek sampingan yang mungkin nampak menarik tetapi menelan kos dan melengahkan kerja yang dilakukan.

Terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja berbelanja mengikut bajet tanpa menjejaskan kecantikan rumah impian. Para pemilik rumah boleh mula membayangkan saiz projek yang ingin dilaksanakan, sama ada penambahbaikan kecil atau kerja pengubahsuaian besar dan menyediakan bajet yang tepat dengan mendapatkan tiga atau empat sebut harga daripada pembekal berbeza. Jangan tersasar daripada pelan induk dengan menetapkan keutamaan dan juga masa untuk mencapai matlamat anda. Tindakan mendokumenkan rancangan dan idea anda juga akan memastikan anda sekeluarga fokus dan menepati rancangan, tetapi lebih penting, berbelanja mengikut bajet
kata Kon Hao.


Kon Hao berkata menyediakan pelan pengubahsuaian terperinci menggunakan lembaran kerja dengan mencatatkan semua kos yang dijangkakan akan membantu pemilik rumah melihat sama ada rumah impian mereka boleh direka mengikut bajet. Antara sebab pemilik rumah gagal menepati bajet ialah kegagalan memasukkan harga benda kecil seperti kos pembersihan, perbelanjaan hidup semasa pengubahsuaian, masalah kawalan haiwan perosak, kerosakan besar kepada pendawaian atau paip dalam rumah yang lebih lama dan anggaran kurang tepat bagi kos bahan, buruh dan perabot.


Dari sekarang sehingga 8 Ogos 2022, pelanggan baharu dan sedia ada HLB berpeluang boleh merebut peluang memenangi pakej pengubahsuaian rumah oleh pereka bernilai RM33,000 daripada Dresid. Pelanggan hanya perlu melakukan transaksi untuk melayakkan diri seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah menerusi laman web HLB dan/atau HLB Connect untuk mendapatkan penyertaan dan terpilih sebagai satu daripada tiga pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah pengubahsuaian rumah yang indah. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menerima diskaun eksklusif sehingga 30% dan pulangan tunai tambahan sebanyak 7% di gedung runcit Guocera terpilih apabila berbelanja
menggunakan kad HLB masing-masing.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara anda boleh memenangi hadiah pengubahsuaian rumah pereka HLB, layari www.hlb.com.my/dreamhome


Dengan Pelonggaran SOP, Rakyat Malaysia Sedia Lakukan Pengubahsuaian Rumah Demi Permulaan Baharu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 20, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Wah..memang kena rebut la peluang ni. Bukan senang nak ada macam ni kan..bukan setakat rumah je..kereta pun ramai je yg nak upgrade skrg..haha

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik ni. Barulah boleh buat renovate tanpa terlebih bajet

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info. Boleh la try sebab nak renovate rumah kecilku di Seremban nun.

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....this is really good news for all new house owners & those looking to renovate juga. Thanks sis for this info. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Memnag ramai nak ubahsuai rumah tapi tertangguh, hah bila dah ada kelonggaran ni bolehlah buat. Bagus HLB buat program ni. Siapalah bertuah tu

    ReplyDelete
  6. Mmg happy lah sapa yg nak renovet rumah, program mcm nilah org tunggu2

    ReplyDelete
  7. What a beautiful initiative to help adults in need of financial assistance! i am definitely interested

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.