Beg Sekolah Troli Swan Technolite Rekabentuk Ergonomik, Versatil dan Menarik

Beg Sekolah Troli Swan Technolite Rekabentuk Ergonomik, Versatil dan Menarik- Pemilihan beg sekolah sangat penting dalam memastikan anak tidak terbeban membawa buku setiap kali melangkah kaki ke sekolah. Bayangkan ketebalan buku pelajaran anak yang bukan hanya sebuah bahkan lebih dari itu.

Dan saya sendiri telah memlih Beg Sekolah Troli Swan Technolite dengan rekabentuk ergonomik, versatil dan menarik. Beg ini saya belikan untuk Amani yang sudah memasuki darjah 6 pada tahun ini.

Beg ini menawarkan 3D Back Padding dan mempunyai ciri-ciri 'cool ventilation'. Jadi ianya sangat memberi sokongan di bahagian belakang badan. 

Apabila Amani memikulnya daripada belakang tidak akan menyebabkan Amani perlu membengkokkan badan. Dan ciri ini dapat membantu postur badan di bahagian belakang sentiasa berkeaddan tegak.

Selain itu di bahagian bahu adalah berbentuk 'U' jadi ianya dapat mengurangkan rasa beban di bahagian tulang belakang. Bahkan Amani sendiri mengakui ciri ini menyebabkan beliau berasa beg ini agak ringan.

Rekaan tayar troli juga nampak cantik dan kukuh. Dan sebenarnya tayar ini boleh dicabut dari beg jika tidak mahu menggunakannya.

Namun begitu dengan adanya tayar yang didatangkan bersama Beg Sekolah Troli Swan Technolite  memudahkan untuk Amani menarik beg sekolahnya ketika beliau menaiki tangga. Begitu juga jika hendak turun tangga, hanya tarik beg sahaja. Bunga di tayar memang menyokong pergerakan naik turun menggunakan tangga. Ianya sangat praktikal.

Dari segi kualiti jenama SWAN belum pernah mengecewakan. Memang kukuh dan tahan lasak. 

Jahitan pada beg memang sangat kemas. Kualiti material yang digunakan memang setanding dengan harga yang ditawarkan.


Saya paling suka jika beg ada banyak poket. Menjadikan semua barangan sekolah yang hendak dibawa lebih tersusun dan kemas.

Poket untuk diletakkan botol air juga ada disediakan/

Terdapat juga poket dan sub-poket di bahagian dalam.

Ini merupakan poket di bahagian hadapan beg.

Sangat kukuh ya!

Rekaan ergonomik membolehkan anak membawanya tanpa rasa beban dengan pelbagai barangan sekolah didalamnya. Paling penting rekaan ini membantu menjaga postur badan anak agak tidak bengkok atau harus membongkok.

Seperti Amani beliau mengakui sendiri dirinya lebih rasa selesa dan relaks bersama dengan beg sekolah troli SWAN Technolite.

So korang jangan lupa untuk dapatkan beg sekolah troli SWAN Technolite di semua kedai SWAN seluruh Malaysia, pasaraya besar ataupun melalui pembelian atas talian Shopee!
Beg Sekolah Troli Swan Technolite Rekabentuk Ergonomik, Versatil dan Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 12, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. oh bole pikul juga beg troli tu..ingat utk tarik je...tp skarang mmg ramai bdk2 bawa beg troli..yela berat kn nk pikul ngan buku mcm2

    ReplyDelete
  2. Bestnya Amani dapat beg Swan. Dulu pernah merajuk kat mak sebab tak belikan beg swan untuk ke sekolah. Hehe

    ReplyDelete
  3. Good option ya! Senang ada troli beg sekolah sekarang, buku bukan ringan especially teks book! Perfect choice ni

    ReplyDelete
  4. Best betul beg sekolah jenis troli ni.. Tarik je takyah gendong2.. Hehehe.. Nampak menarik beg swan ni berkualiti

    ReplyDelete
  5. At least senang budak skolah bawa beg berat-berat ke skolah. Bergaya pulak tu :)

    ReplyDelete
  6. cute je ada Beg Sekolah Troli Swan Technolite ni. Nampak simple dan berguna. Ok la sebab sekarang ni isu beg sekolah berat tak selesai lagi. Bagus ada beg ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.