AEON Malaysia Anjurkan Program Berkat Korban 2022

AEON Malaysia Anjurkan Program Berkat Korban 2022- Tahun ini merupakan tahun ketiga AEON CO. (M) BHD. (AEON) meneruskan usahanya memberi kemudahan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan membawa kembali “Berkat Korban 2022”.


Sabda Rasulullah ‘alaihi wa sallam :
 Ù…َÙ†ْ دَÙ„َّ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙŠْرٍ 
Siapa yang menunjukkan pada suatu kebaikan

Di mana Siapa yang menunjukkan pada suatu kebaikan akan diberi ganjaran seperti pahala. Melakukan ibadah kurban adalah paling mudah untuk kita mendapat pahala dari Allah S.W.T. Ibadah korban juga disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmatNya yang berbagai-bagai seperti nikmat kesihatan, kebahagiaan, kemewahan dan yang paling penting adalah nikmat keimanan kepadaNya.

Untuk info, AEON telah memperkenalkan Berkat Korban pada tahun 2020 dan 2021 di mana satu inisiatif memberikan kemudahan kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban ketika didalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Atas sambutan yang cukup baik sebelum ini,  program Berkat Korban diteruskan lagi. Namun apa yang lebih menarik untuk Berkat Korban 2022, AEON telah berkolaborasi bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.


Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, 

Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian.
Tambah beliau lagi,
AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,

Berkat Korban 2022 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu.
Program Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing. Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880.


Manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200. Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini


AEON turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022.


Ustaz Don Daniyal berkata, 
Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.
Inisiatif  Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Bagi tujuan tempahan, para pelanggan hanya perlu :-
  • Hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau
  • Menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816. 
Tarikh akhir kaunter dibuka adalah pada 5 Julai 2022.

AEON Malaysia Anjurkan Program Berkat Korban 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Bagus buat program macam ni. Pastinya telus dan yang mengambil bahagian dalam korban pun puas hati dengan berat haiwan korban dan proses perlaksanaannya

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.