Taco Bell | Restoran Makanan Segera Pilihan Ameer



Taco Bell | Restoran Makanan Segera Pilihan Ameer- Restoran Taco Bell ini baru sahaja dibuka di Shah Alam. Pada minggu pertama selepas pembukaan, memang ramai gila pelanggannya. Kita mampu tengok sahaja masih belum gigih beratur panjang semata0mata untuk hidangan dari Taco Bell. Masuk minggu kedua operasinya sudah seperti biasa (normal). Tidaklah ramai sangat atau terlalu kosong.

Kiranya kalau datang nak makan tak perlu pun beratur panjang. Biasanya dapat terus order di kaunter.


Anak saya yang begitu sukakan Taco Bell tentulah Ameer. Pencinta sayuran dan roti kebab. Bila sudah diperkenalkan pada beliau hidangan Taco Bell, apa lagi hampir setiap minggu diminta di bawa ke sini. Paling haru duit belanja RM3 Ameer suruh saya kumpul untuk seminggu, cukup RM15 boleh beli satu set hidangan untuk beliau. Minat betul ya!


Tidaklah sampai hati nak guna duit anak, hahahah. Biasanya kita bagi dia 'task' atau jika Ameer ikut arahan maka beliau akan mendapat ganjaran apa yang dbeliau mahukan. Dengan senang hati, Ameer memang akan ikut arahan.


Taco ni memang feveret saya. Ada krim masam-masam, keju, daging dan sayuran didalamnya. Taco ni ranggup tu yang best! Tapi anak-anak saya tak berapa suka yang ini



Hidangan dari Taco Bell yang mereka gemari lebih kepada roti pita. Ada yang ada daging.. Ada yang keju semata. Ada juga yang berintikan coklat.


Paling suka ya! Yang ada keju meleleh macam ni, hehehehe



Ini set yang saya order untuk dimakan sendiri. Nampak sedikit kan. Tapi kenyang!


Kalau ditanya harga, bagi saya secara peribadi tidaklah terlalu mahal. Biasa seperti restoran makana segera yang lain. Cuma kelainannya ianya adalah taco. Tidaklah kita jumpa menu ayam goreng, buger ke di sini.

Repeat lagi? Iskhh Jangan ditanya makanan kegemaran Ameer kan. Of course la akan kembali lagi. 

Taco Bell | Restoran Makanan Segera Pilihan Ameer Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 21, 2022 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.