Jom Menang GOLD BAR Dari CMASA.MY

Platform terbaik membeli-belah,
Variasi barangan dengan harga promosi,
Hanya klik, jimat masa dan mudah,
Semuanya setel dihujung jari.

 Musim PKPP ini saya percaya ramai yang suka berbelanja menerusi platfom pembelian barangan atas talian. Ada pelbagai produk lokal yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Saya memang suka berbelanja di laman web https://cmasa.my/. Dengan susunan produk yang ditawarkan mengikut kategori, memudahkan saya membuat carian produk yang saya inginkan.



Menariknya, pelbagai jenama lokal produk muslim kegunaan harian ada ditawarkan. Ini terutama produk makanan dan pes masakan.Senang nak buat pilihan dan perbandingan.


Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar
Oh ya! Ada berita baik untuk semua pembeli produk dari https://cmasa.my/. Bermula dari hari ini sehingga 30 Jun 2020, korang boleh menyertai Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar!



Caranya mudah sahaja, hiks.
Ada 3 langkah yang perlu korang lakukan.

LANGKAH 1 :
Korang kena beli mana-mana produk (min 1 produk sahaja, lebih lagi bagus, heheh) dari laman web https://cmasa.my/ . Apa sahaja barang, janji beli itu adalah syarat peraduan.

LANGKAH 2 :
Jangan lupa untuk simpan resit pembelian (setelah pembayaran dilakukan). Paling penting korang kena hantar PRIVATE MESSAGE ke FB Page rasmi
https://www.facebook.com/CMASA.YaPEIM/  
dan muat naik resit pembelian sebagai bukti dan pengesahan transaksi pembelian telah dijalankan.

LANGKAH 3 :
Yerp! Setelah setel laksanakan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula ..
"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............"

Lengkapkan ayat di atas berserta dengan gambar kreatif di posting tersebut. Sertakan sekali hashtag #cmasa dan pastikan akaun FB korang berstatus PUBLIC (tatapan umum) ya.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi.

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...
Rezeki berbelanja di CMASA.MY diberikan ganjaran EMAS secara PERCUMA :-) 
Ada 16 hadiah menarik ditawarkan iaitu:-

Hadiah Utama x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840
Keahlian Privilege YAPEIM

Hadiah Kedua x 3
Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465
Keahlian Privilege YAPEIM

Saguhati x 10
Cenderama Barangan YAPEIM
Keahlian Privilege YAPEIM

Faiti....
Join lekas, tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 Jun 2020!

Jom beli,
Join sekali,
Menang itu rezeki,
Syukur pada Illahi :-)
Jom Menang GOLD BAR Dari CMASA.MY Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 24, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. menariknya, beli apa-apa barang ada peluang untuk menang gold bar..mudah2an ada rezeki untuk sesiapa yang join...kita pun nak try gak lah!

    ReplyDelete
  2. Menarik kak ayu. Sambil kita membeli, kita ada peluang untuk rebut gold bar. Banyak tu hadiahnya. Syarat penyertaan pun mudah je. ☺️

    ReplyDelete
  3. Haaa alang alang dah membeli tuu nani boleh laa join giveaway sekali. Mana tahu kan kot2 blh menang hadiah. Nnt nak try usha gak laaa ..

    ReplyDelete
  4. Kita nak juga laaa menang, mana tau kan rezeki dapat gold bar, woww ...sekarang juga try!

    ReplyDelete
  5. best kalau dapat menang gold bar tu. Simpan buat aset, harga tengah cun boleh jual. Shopping dekat masa ni pun bagus sebab bantu produk muslim berkembang

    ReplyDelete
  6. Nice peraduannya..ahaan boleh la join nanti

    ReplyDelete
  7. wah menarik ni. sambil membeli boleh menang goldbar. nanti nak try tengoklah apa yang ada dkt laman web tu, mana tau ada rezeki menang goldbar :)

    ReplyDelete
  8. Wah goldbar.. Klu menang tu melompat la kiter.. Seronok tak terkata.. Hehe

    ReplyDelete
  9. skarang ni byk btul website utk shopping online..sambil shopping dpt plak join contest yg adiahnya gold bar tu..best btul

    ReplyDelete
  10. Yeay ada platform baru untuk shopping. Boleh menang gold bar tu 😍

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. harga emas pun sedang naik sekarang ni, tak rugi kumpul emas, lagi-lagi dapat emas free. siapa yang tak nak kan

    ReplyDelete
  12. Woww hadiah dia goldbar la.. nanti kena p jengah ni website cmasa.

    Mana tahu dapat peluang menang goldbar free 😊

    ReplyDelete
  13. Hadiahnya pun..gold bar tu! Menarik sangat ni. Nak cuba nasib lah.

    ReplyDelete
  14. Ayu mesti masuk juga ni kan? Good luck sebab awak kan sentiasa bertuah..

    ReplyDelete
  15. untungnya dapat menang gold bar. mesti syok kan. semoga berjaya

    ReplyDelete
  16. menariknya tak pernah dengar pasal ecommerce cmasamy ni ada peraduan menang gold bar ni menarik nii

    ReplyDelete
  17. senangnya nak menang kak !! atie dah baca kat ig dorang, memang target boleh menang ni.. hee~

    ReplyDelete
  18. Wahh bestnya kalau menang gold bar tu, tapi kena lah join dulu kan. Boleh le cuba nanti, mana tahu ada rezeki

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.