Projek 'Renewable Energy' Menarik Lebih Ramai Pelabur Asing Melabur Syarikat Solar di Malaysia

Wah! Satu berita baik buat rakyat Malaysia. Satu projek tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) akan di bina Malaysia. Projek ini secara tidak langsung telah menarik dana asing global untuk melabur dalam syarikat berasaskan solar.

Dilaporkan bahawa permintaan untuk tenaga di Semenanjung Malaysia meningkat menjadi kapasiti penjanaan sebanyak 30 (GW) pada tahun 2030 dari kapasiti permintaan puncak 15 GW  yang berlaku pada tahun 2008.

Malaysia mempunyai potensi sumber tenaga boleh diperbaharui yang sangat besar dalam bentuk biojisim, solar dan hidro. Dana pelaburan global terutamanya dalam projek tenaga boleh diperbaharui sentiasa mengintai potensi pelaburan di pasaran utama di Asia dan menyasarkan syarikat yang dinilai rendah tetapi berpotensi untuk berkembang.
Di Malaysia kita dapat lihat beberapa syarikat yang terlibat dalam projek tenaga boleh diperbaharui yang disenaraikan di bursa saham tempatan. Ini termasuk syarikat yang menawar projek di bawah skema Solar Skala Besar (LSS) di sini seperti Vsolar Group Bhd.
(Pengurus Dana Tempatan) 

Baru-baru ini, Malaysia telah membuka tender yang agak kompetitif iaitu GW loji solar yang bernilai kira-kira RM4 bilion. Dan ini merupakan kapasiti terbesar yang ditawarkan di bawah skim LSS. Pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mengutarakan proposal (kertas cadangan) melalui proses penawaran kompetitif untuk pengembangan projek LSS kitaran keempat (LSS4). Dalam satu kenyataan, Kementerian menyatakan kapasiti keseluruhan untuk LSS4 akan dibahagikan kepada beberapa paket 10-30 megawatt (MW), 30-50 MW dan hingga 500 MW.

Syarikat Vsolar telah menjalin kerjasama dengan Mattan Engineering Sdn Bhd untuk membida projek 50 WM di bawah skim LSS. Syarikat ini juga mengumumkan dalam Bursa Saham pada 16 Jun 2020 bahawa melalui anak syarikat milik penuhnya, Cubetech Asia Sdn Bhd telah merancang untuk menawar dan mendapatkan kuota di bawah skema LSS. Di mana Mattan Engineering Sdn Bhd sebagai rakan pertauliahan, kejuruteraan, perolehan dan pembinaan untuk projek.
Saham  daripada syarikat solar tersebut telah diurusniagakan secara aktif dalam beberapa minggu terakhir sejak projek LSS4 diumumkan. Ini sejajar dengan isu pembangunan industri tenaga boleh diperbaharui di Malaysia membuka mata pelabur-pelabur luar untuk membuat pelaburan.

Vsolar ditutup 1.5 sen lebih tinggi hari ini pada 7 sen. Dikatakan sebanyak 380.8 juta saham bertukar tangan. Dari segi jumlah, ini merupakan saham kedua paling aktif yang diniagakan di Bursa Malaysia.

Dalam satu satu sumber mengatakan bahawa Vsolar akan menghasilkan pendapatan yang lebih baik, sekiranya berjaya mendapatkan projek LSS. Dengan lebih banyak projek ditawarkan, syarikat VSolar juga mengharapkan dapat membida lebih banyak peluang baru.
Projek 'Renewable Energy' Menarik Lebih Ramai Pelabur Asing Melabur Syarikat Solar di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 29, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.