Saham Anzo Paling Tinggi Diperdagangkan Dalam Tempoh 12 Bulan: Anzo Mula Mengintai Perniagaan Baru?

Anzo Holdings Bhd, (dulunya dikenali sebagai Harvest Court Industries Berhad) pengeluar dan memasarkan produk-produk kayu untuk di Malaysia sedang mencari peluang perniagaan baru bagi menjana pendapatan tambahan bagi kumpulan tersebut.


Difahamkan, kumpulan Anzo Holdings Berhad kini sedang berbincang dengan beberapa pelabur asing bagi menjayakan rancangan tersebut.

Pemegang saham merancang sesuatu agar Anzo membawanya ke tahap yang baru. Anzo boleh mendapatkan pelabur baru dan mereka mungkin menyuntik perniagaan baru ke dalam kumpulan.
Dari sumber yang dipercayai. 

Untuk pengetahuan semua Anzo Holdings Berhad juga terlibat dalam pembinaan dan pembangunan harta tanah. Syarikat ini juga memberi fokus pada kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman serta perkhidmatan penyelenggaraan yang berkaitan.
Dikatakan saham Anzo naik 4 sen atau 41.18 peratus pada hari ini dan ditutup pada harga 12 sen. Satu pencapaian yang hebat sebenarnya. Di mana ianya merupakan adalah salah satu saham yang paling banyak diperdagangkan di bursa saham tempatan. Untuk rekod, harga penutupan pada 12 sen juga adalah yang tertinggi diperdagangkan dalam 12 bulan terakhir. Dan jumlah saham yang diperdagangkan adalah 189 juta.

Menurut satu sumber;
Kenaikan harga saham menunjukkan ada peningkatan di Anzo. Melihat trend hari ini di mana kebanyakan syarikat yang tersenarai di Bursa mempelbagaikan dengan menceburkan diri dalam industri berkaitan kesihatan dan penjagaan kesihatan, Anzo juga dikatakan merancang hal yang sama untuk mempelbagaikan pendapatannya.

Mengajukan tentang Bursa Malaysia, Anzo menyatakan pihaknya sentiasa berhati-hati terhadap prospek kewangan pada saat ini memandangkan ekonomi akan terus menghadapi pelbagai andaian kemungkinan terutama dengan hadirnya wabak virus corona.

Anzo turut menyatakan bahawa ekonomi lembap akan berlaku secara meluas, dan diharapkan kumpulan Anzo dapat secara aktif mengambil langkah-langkah terbaik untuk menguruskan kos operasinya. Ini terutama untuk menyemak semula rancangan perniagaan bagi mengurangkan kemungkinan impak negatif yang timbul daripada kesan penularan pandemik Covid-19.

Anzo akan terus memberi tumpuan pada kecekapan dan produktiviti operasinya sehingga hasil yang memuaskan dapat dicapai untuk tahun kewangan semasa.

Kumpulan Anzo mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, iaitu hampir enam kali ganda berbanding pada suku tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh perdagangan daripada sumber bahagian pembinaan yang memberikan perolehan RM7.5 juta pada suku tahunan tersebut.

Tidak dinafikan industri kayu terjejas teruk disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berkuat kuasa pada bulan Mac 2020. Ini terbukti dengan sumbangannya hanya perolehan RM0.9 juta (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut.

Anzo juga menyatakan sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, kumpulan ini mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Untuk tahun ini hasil daripada perniagaan perdagangan bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar daripada kumpulan masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. Rentetan daripa itu, kerugian kumpulan sebelum cukai berkurang hampir separuh iaitu dari RM2.7 juta pada 2019 menjadi RM1.39 juta pada tahun 2020. Dan inisatu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Saham Anzo Paling Tinggi Diperdagangkan Dalam Tempoh 12 Bulan: Anzo Mula Mengintai Perniagaan Baru? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 22, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. 192.168 l 254.254 router login admin password informations. With http://192.168.1.254 ip address, you can perform many operations such as wifi password change, router configuration, Ip configuration, Iptv, port opening via this Ip.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.