Miraly Asam Pedas Claypot di Jasin Melaka

 Kalau korang ke Jasin Melaka, jangan lupa untuk singgah warung tepi jalan "Miraly Asam Pedas Claypot". Masakan pedas antara yang power kebanyakannya datang dari negeri Melaka, betul kan? Lokasi warung ni berdekatan dengan Penjara Industri Jasin.

Btw. Masa mula-mula dulu tengok penjara ni, selalu terfikir penjara industri ni untuk orang yang melakukan kesalahan dalam sektor industri ke? Hahaha. Sebab bangunan penjara dari luar nampak cantik, gitewww.

Rupanya bila saya tanya dengan pemilik warung ni, penjara industri ni sebenarnya menempatkan banduan yang akan dibebaskan (macam dalam setahun sebelum dibebaskan, rasanyalah). Dan banduan ini akan diberi latihan industri secara komprehensif kat sini.
Hokeh! Belanja satu gambar boss beria selfie depan warung Miraly. Warung ni diusahakan oleh penduduk kawasan situ juga. Orang lama. Saya lupa tanya nama pakcik tu. Tapi memang pekat benor gaya bahasa orang Melaka, hiks.

Peramah dowang melayan kitaorang. Warung ni mungkin orang tak perasan kewujudannya sebab walaupun ianya terletak di jalan utama ke Pekan Jasin tapi sekitarnya terdapat banyak pokok-pokok besar dan rumah kampung. Oh ya! Warung ini dibuka dari jam 11 pagi sampai 10 malam.

Masakan utama tentulah asam pedas. Ada macam-macam jenis lauk asam pedas claypot yang ditawarkan. Ada daging tetel, ikan pari, ikan kembong dan pelbagai lagi. Ada juga nasi ayam. Cuma untuk lontong goreng dan set burung puyuh ikut musim.

Nak order untuk tempahan makan-makan pun boleh tau.

Hidangan yang saya order hari itu. Sebenarnya lauk asam pedas tu memang banyak. Kiranya kalau beli 1 claypot asam pedas dan kongsikan 2 orang pun boleh. Lengkap dengan rasa pekat, pedas dan masam-manis. Memang terbaik!



Kalau ke Jasin jangan lupa singgah! Support orang tempatan berniaga. Dan paling penting sedap dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan :-)
Miraly Asam Pedas Claypot di Jasin Melaka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 30, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Terbaik lah... Saya bukan penggemar asam pedas tapi dia punya masak boleh buat asam pedas jadi my favourite food... 2 kali singgah 2 Kali meleleh hidung 😂

    ReplyDelete
  2. wah. Terbaik la Ayue buat review sampai ke Melaka. Adakah daku kena cari asam pedas untuk lunch nie? Bahaya la layan review makan nie hahaha

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! The food looks yummy and tasty. Must visit here if I travel to Melaka. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Asam pedas meman sedp.. Nanti p melaka boleh singgah sini.. Melaka bnyak pilihan kan.. Tertarik dengan banduan tu

    ReplyDelete
  5. Lama tak ke melaka. Klau ke sana mmg mesti cari asam pedas. Boleh la nanti ke Miraly cuba asam pedas tu.. tertarik pulak tengok. Lagipun dh lama tak makan asam pedas

    ReplyDelete
  6. Kalau kata asam pedas melaka, memang sedap lahaiii...selain asam pedas Johor, Melaka juga antara asam pedas terbaek di Malaysia...nanti ke Melaka boleh cuba makan sini...macam ada pernah tau kedai ni..

    ReplyDelete
  7. Tengok gamabr menu time waktu yaya nak lunch ni pun rasa terliur pulak membayangkan asam pedas, burung puyuh smeua tu fuh memang favourite yaya. Nanti jalan-jalan Melaka boleh singgah sini hee

    ReplyDelete
  8. Asam pedas melaka memang awesome! tapi tak pernah makan dekat sini, lps ni boleh pi kedai ji pulaklah

    ReplyDelete
  9. okay baru tahu jugak ni pasal penjara industri hehe kalau pergi melaka jarang ke jasin tapi boleh try kalau menyinggah ke sana

    ReplyDelete
  10. Bagus inisiatif kedai ni bantu banduan2. Memberi sinar harapan kpd mereka. Kita msyarakat mmg kena bantu bagi moral dkt diorang. Goodjob

    ReplyDelete
  11. Boleh cuba ni, kitaorang kalau ke Melaka memang cari asam pedas je. Suami memang suka cari tempat baru untuk cuba asam pedas. Bolehlah suggest tempat ni nanti.

    ReplyDelete
  12. kat melaka je ada asam pedas yang sesedap huu boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  13. I recently came across your blog and read along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to but I really enjoyed reading your blog. Click here

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.