Penangan PKP, Saya Sertai Pelbagai Peraduan dan Memenangi Pelbagai Hadiah

 Rasanya ramai yang tahu saya memang suka sertai pelbagai jenis peraduan. Minat dan hobi sebenarnya. Dan biasanya saya akan sertai peraduan yang memang saya guna barang tersebut. Terutamanya produk makanan dan bahan masakan. Dan saya juga suka sertai peraduan yang melibatkan produk penjagaan harian samada untuk rumah ataupun diri. Seperti sabun basuh, syampu dan lain-lain.

Namun ianya bergantung kepada keperluan juga. Sebab saya memang beli untuk guna sendiri dan famili. Jarang sangat nak jual balik (rasanya tak pernah jual, hahahah). Anak saya ramai, kadang-kala saya bagi pada emak takpun adik-adik saya.

Gambar dari Google

Bermula temph PKP saya memang aktif join peraduan atas talian (ada juga offline). Tapi secara jujurnya kali ini memang agak mencabar dan sukar nak menang, hahah. Sebab saingan berkali-kali ganda penyertaan dan ramai betul mereka yang jauh lebih kreatif entrinya daripada saya.

Untuk rekod saya tak ada memenangi hadiah utama di mana-mana peraduan kali ini. Hadiah paling besar pun hanyalah RM700 sahaja. Tapi apa jua hadiah yang diterima memang saya rasa bersyukur sangat. Ini kerana bagi saya samada kecil atau besar, ianya tetap rezeki yang sangat disyukuri. Dan paling best! Bila dapat hadiah, anak-anak yang paling happy.

Ini antara hadiah yang dimenangi. Tapi rasanya saya ada 2-3 lagi kemenangan tak sebab lupa capture/simpan, sebab semua gambar dibawah ini saya ambil dari IGS saya (boleh follow IG : @ayurafikah). Saya memang aktif perkongsian di IG berbanding di FB sejak kebelakangan ini.

Antara kemenangan musim PKP :-) dibawah nama saya sendiri tak termasuk proxy yang lain (adik, anak dan suami). Susunan berterabur bukan ikut tarikh penyertaan dan pemberitahuan pemenang ya!



 Saja tengok LIVE dan Share. Okla..dapat sambal FREE..siap COD ke rumah lagi.

Gambar ni saya join 2-3 contest. tapi saya sangkut dari peraduan yang ini sahaja :-) Bolehlah voucher Shopee RM50, hiks

Hadiah ini saya redeem beli Burger Kings untuk berbuka puasa.

Lepas announce pemenang, minggu depannya masuk dah cash RM150 ;-)

 Saya buat projek Realme gambar Maggi. Tapi kalah untuk menang voucher Grab Food RM30. Gambar yang sama saya join untuk contest Maggi. Alhamdulillah dapat produk Maggi.

Contest ni saya join 2 kali. Satu sebelum PKP (contest lain produk sama, alhamdulillah saya dan Anaqi menang). Dan ini saya join masa dalam PKP. Antara feveret menuman saya ni.

Contest ni saya join last minute. Winner ramai. Tapi hadiah dia biasa jer iaitu voucher shopee RM30 (kena beli produk Nestle sahaja) dan juga 1 karton air Milo. Saya beli MILO 7 tin, kebetulan ada promosi kat 7eleven (1 tin RM1 rasanya). Beli untuk Yara dan Ameer sebab diaorang tak puasa. Tak sangka entri tiang gol saya menang, hahaha.


Antara peraduan masak yang ramai winner dan hadiah dia best. Sebab pemenang mingguan ramai so saya join. Hadiah dia cash RM300 dan produk. Lepas pengumuman pemenang tak sampai 2 minggu hadiah selamat sampai di rumah :-)

Peraduan ini saya ajak Afiq teman ke Giant. Beria posing dengan ais Krim Magnolia kat situ. Kesian Afiq kena melayan mak dia, hahahaha.

Contest ni sebenarnya saya join 2 dalam 1. Pada yang sama antara contest resepi di FB Planta. Contest di FB memang kalah. memang banyak giler entri masakan yang jauh lebih hebat dari saya. tapi saya sangkut untuk peraduan pembelian. Alhamdulillah :-)

 Masa join contest ni. Kebetulan Dalgona Coffee tengah trending. beli sebab nak buat Dalgona, hahaha.

Contest bersama ERA ni saya dah cuba berkali-kali dari penaja Wonda lagi. 2 kali saya dapat terpilih antara finalist. Tapi GAGAL. Dan last entri untuk kempen ini saya hanya cuba nasib. Alhamdulillah. Rezeki menang juga hadiah yang ditawarkan. Voucher Shopee bernilai RM500


Hadiah kegigihan. Saya mencari banner ni, beria-ia sebab kena ambil gambar. Alhamdulillah. Berjaya juga sangkut hadiah.

 Contest kat IG. senang jer. Just join. Share kat IGS.

Hadiah paling sedih, produk expired 3 Julai 2020...

Ambil gambar dengan masakan Maggi. Join week 2. Ramai winners. alhamdulillah rezeki cash RM100.

Ambil gambar alka-ala bau busuk di rumah. hahaha. Bolehlah hadiah saguhati mingguan, hahaha.


Alhamdulillah. Hampir semua dah digunakan.

Hadiah dah diterima.

Cash dah masuk pagi ni :-)

Rasanya ini jer contest Raya yang saya menang setakat ini, hahahaha.

Peraduan 2 dalam 1, hehehe. Siapa join dia tahu. ada 2 contest, berlainan hadiah ditawarkan. Kaedah penyertaan lebih kurang sama.

Latest kemenangan. Tapi saya memang suka Super Ring. Setiap kali pergi Tesco mesti beli. Sebab saya memang kaki Super Ring. Tapi sekali beli dalam RM5 jer..Pergi TESCO sebulan dalam 3 kali jer. So kalau menang, memang rezeki terpijak jer ni ..hehehe

Rasanya menang macam peralatan baking..lupa dah..haha

Orang selalu tanya saya, untung ke join contest ni kak?

Sebenarnya kalau tanya pada saya secara peribadi. Ianya lebih kepada hobi dan gian nak join jer. Yang menang tu kemanisannya. Yang kalah banyak gilerrrrrrrrrrrrrrr. 10 kita join belum tentu 10 kita akan dapat hasil. Tapi saya OK. Dah namapun peraduan. Kena terima juga kenyataan kekalahan, hahaha.

Apa yang menarik sepanjang PKP, saya dapat improved skill memasak saya. Serius walaupun hari-hari masak tapi masakan seperti keropok lekor, lasagna bukanlah yang biasa saya lakukan. Tapi musim PKP ni, hampir hari-hari saya masak beria. Pagi masak lain, tengahari  masakan lain siap pakej ada minum petang dan supper. Buat donutla, brownies la...

Cer bayangkan.. segala mak nenek kuih tradisi saya cuba. Siap suami saya cakap, sikit lagi boleh dah awak berniaga ni, hahahaha.

Saya juga baru asah diri dalam aktiviti hasilkan video. Dan pada yang sama saya belajar mencari engagement di IG. Alhamdulillah, kadang-kadang walaupun saya kalah untuk peraduan memasak. Tapi klien approach saya untuk mencuba masakan menggunakan produk mereka dan saya diberi ganjaran dalam bentuk cash dan produk. Win-win situation.

Dalam masa yang sama saya juga belajar nak mantapkan skill pengambilan gambar. Serius. banyak kali ambil gambar tetap failed juga. Terutama  gambar momen, flatlay dan pelbagai lagi. Saya juga belajar editing gambar menggunakan pelbagai apps. Biarpun tak mahir tapi saya memang tetap mahu mencuba. Nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih... Hmm..saya banyak juga berdalihnya, hakhak

Orang kata, saya tak bekerja jadi saya banyak masa. Hmm. Silap tu. Ramai kengkawan saya samada blogger dan kaki contest. Diaorang bekerja sepenuh masa.  Ada yang doktor perubatan, pensyarah, frontliner (pun ada).. Tapi boleh sertai juga. Bahkan entri contest mereka juga jauh hebat dari saya, tau.

Antara kita nak atau tidak. tepuk dada tanyalah selera. Seperti saya sekadar melayan hobi yang menggembirakan hati dan dapat memberi manfaat pada keluarga :-)

Penangan PKP, Saya Sertai Pelbagai Peraduan dan Memenangi Pelbagai Hadiah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 10, 2020 Rating: 5

23 comments:

  1. Wahh untuk tempoh PKP, ini kira banyak juga ni. Tahniah dan tumpang gembira ya! Saya pun banyak juga habiskan masa buat hobi sementara ada lebihan masa sambil Work From Home kan. Hihi. Ada hikmah juga dalam kita berkurung di rumah ni!

    ReplyDelete
  2. Congrats ayu!!besh sgt2 bila menang mcm2 esp cash or voucher:) moga u terus murah rezeki..aamiin

    ReplyDelete
  3. Wah rajinnya masuk peraduan...bagus la Tahniah menang mcm2 peraduan tu.

    ReplyDelete
  4. respect ngan Ayu, gigih join contest and alhamdulillah banyak gak menang. anak2 pun sporting support hobi mak... best!!! moga terus dimurahkan rezeki.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. Congrats Kak Ayu. I setakat ni, tak banyak kemenangan lagi. On off masuk peraduan ni. Selalunya macam mana nak tau ye kalo ada peraduan. Selalu terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya melalui FB dan rakan2 contest kat situ..kalau kita dalam circle diaorang akan tag...ada yg secara personal dm kat IG suruh join :-)...

      biasanya kita share juga kat kengkawan..and diaorang akan share balik..
      kat FB ada group contest boleh join kat situ Contest in malaysia nama FB dia rasanya

      Delete
  6. Alhamdulillah. Murah rezeki ayu dan keluarga

    ReplyDelete
  7. Ya Allah murahnya rezeki. seronok tengok hihi

    ReplyDelete
  8. tahniah tahniah tahniah, kemanisan bercontest adalah bila diumumkan pemenang

    ReplyDelete
  9. Tahniah tahniah.. Rezeki mencurah curah.. Sy memang tak biasa masuk contest.. Tp nmpk best la penyertaan awk ni

    ReplyDelete
  10. Wowww rezeki ayu, selalu join contest ada jugak yang masyukkk, alhamdulillah. Akak contest2 ni tak pandai sangat n kdg2 malas nak membeli kalau kena beli barang tu..hehehe

    ReplyDelete
  11. Rajinnya kak ayu join contest. Banyak yang menang plak tu. Tahniah kak

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak Ayu .. tumpang happy sebab setiap kesungguhan itu pasti membuahkan hasil. Nak kena berguru ni dengan Kak Ayu..hehehe

    ReplyDelete
  13. Wah... you are really lucky person. I hardly win any contest. More good luck to you ya

    ReplyDelete
  14. Woww chaiyokk laaa Ayu, kemain banyak peraduan ko masuk dan menang...ni namanya rezeki orang nampak di tuahnya nama Ayu hehehehe...tahniah tau...Sis ko sepanjang PKP ni, manjang dapat gak, dapat LEMAK hahahahaha

    ReplyDelete
  15. Ya Allah seronoknya murah rezeki. Kita yang tengok je ni pun rasa seronok!

    ReplyDelete
  16. Rajin sis join macam macam contest ni. Bagus juga tu.

    ReplyDelete
  17. Meriahnya hadiah. Alhamdulillah rezeki. Guna bakat yang ada dan grab peluang. Patutla ada nampak jugak ig org lain yg mmg join contest je setiap hari. Bergantung pada minat kan.

    ReplyDelete
  18. Rambang mata terus bila tengok notification kemenangan Kak Ayu... Wow!!! Sangat menginspirasikan... saya kalau mood rajin tu join la jugak contest tapi tu lah, kena buat consistently macam Kak Ayu ni... mana tau ada rezeki nak dapat hadiah kan kan kannnn... tahniah ya Kak Ayu...

    ReplyDelete
  19. Wahhh nama akak ayu mmg ong lah ni asyik menang je masuk competitions. Percayalah kak. Za ni masuk la apa pun nama payah benar nk menang. Hahaha cabutan bertuah tak pernah dpt seumur hidup.. Haha sedih

    ReplyDelete
  20. Wah seriousla? Rajinnya... join banyak contest dan menang pulak tu... tahniah, murah rezeki tau... org lain susah nak menang

    ReplyDelete
  21. Wahhh banyak gileeee join contest! Tapi kagumlah sebab tak putus asa join lagi dan lagi.. tahniah sebab menang banyak sgt contest...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.